Saturday, January 2, 2016
Projek 2016: Manuskrip Cinta 7 Negara
Lila Suhaili pelajar Ph.D Komunikasi membuat keputusan untuk mengembara setelah mendapat tahu arwah ibunya meninggalkan sejumlah wang yang banyak untuk hidupnya nanti. Wang yang banyak itu adalah kiriman dari sahabat lama arwah ibunya Stephanie yang berada di London. Tanpa pengetahuan Lila Suhaili arwah ibunya adalah bekas pelukis yang pernah bermastatutin di UK. Stephanie telah membantu menjual hasil-hasil arwah ibu Lila Suhaili.
Lila Suhaili yang rasa terpinggir dengan keluarga sendiri membawa diri sambil emnyiapkan tesisinya. Dia tidak mahu berasa tertekan berada di rumah. Dia merancang magu menyinggah perpustakaan yang dilawati setiap negara.
Bermula di Bali, dia bertemu dengan lelaki bernama Alamsyahrizal yang kecewa, kekasihnya berkahwin dengan lelaki lain. Malahan di Bali, dia bertemu dengan bekas kekasih arwah ibunya, Bambang yang masih bujang.
Dari Bali ke Singapura seterusnya ke Thailand dia asyik tertembung dengan Alamsyahrizal. Dia beranggapan lelaki Minangkabau itu sengaja mahu mengintip dia. Hinggakan ke destinasi terakhir di UK, dia bertemu lagi dengan Alamsyahrizal. Lila Suhaili tertanya-tanya adakah lelaki kelahiran rembau ini jodohnya?
Mencari 'Mr Right: My George
Annie yang bercita-cita mahu menjadi Novelis mendapat berita baik bahawa buku beliau My George akan diterbitkan. Penerbit beliau Della memberitahu beliau bahawa beliau teruja tentang kisah hubungan Annie dengan teman lelaki yang sempurna George. Malah, mereka tidak sabar untuk bertemu dengannya apabila Annie membuat penampilan pertama di Ekspo Bookseller Amerika bertemu dengan lelaki bernama George yang begitu sempurna di matanya. Annie menulis kerana mengimpikan lelaki yang sempurna seperti George dalam novelnya. Della dan Annie berbincang untuk menggunakan lelaki bernama George untuk melariskan novel tersebut. Annie juga cuba mendekati lelaki itu agar mereka lebih rapat.
Novel ini bukan cerita benar mengenai apa yang telah berlaku, ia adalah salah satu fiksyen tentang apa Annie berharap akan berlaku. Sejak Della telah menjual novel itu sebagai memoir, dia mencadangkan mereka menyewa "George" untuk Ekspo Buku nanti agar pembaca novel My George lebih teruja.
Annie memiliki kawan lama bernama Henry, pereka Landskap yang sentiasa memberi sokongan namun tidak ebrsteuju bahawa Annie menipu pembaca dengan menggunakan George bagi melariskan novel tersebut. Henry juga rasa bimbang dan cemburu jika Henry benar-benar jatuh cinta dengan Annie.
Sehari sebelum Ekspo buku berlangsung, Annie ditemui oleh Henry dan meluahkan perasaannya. Henry berkata nama George dalam novel Annie boleh sahaja ditukar dengan namanya. Malah dia yakin hanya dia lelaki yang diperlukan oleh Annie sebenarnya.
Vacation
Clark Griswold lakonan Chevy Chase, mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan isterinya Ellen lakonan Beverly D'Angelo dan dua anaknya Rusty dan Audrey setelah 15 tahun bekerja tanpa bercuti. Clark memutuskan untuk membawa keluarganya dari Chicago kawasan ke Los Angeles yang ada taman hiburan Walley Dunia. Ellen mahu menaiki kapal terbang , tetapi Clark berkeras untuk memandu, kerana beranggapan dapat merapatkan hubungan keluarganya. Beliau membeli kereta baru sebagai persediaan untuk perjalanan yang jauh , tetapi peniaga kereta mendakwa kereta tersebut tidak bertahan untuk enam minggu. .Perjalanan dari Chicago ke LA mengambil masa 2 minggu jika memandu kereta!
Semasa perjalanan keluarga, mereka menghadapi banyak kejadian yang tidak diingini, Ketika Ellen dan Clark bergaduh , mereka tersesat kemalangan dan menjadi terdampar di padang pasir
Walaupun menghadapi pelbagai musibah yang emlanda Ellen dan anak-anaknya, Clark menjadi taksub untuk tiba ke Walley World. Mereka akhirnya tiba walley World tetapi mendapati taman ini ditutup dua minggu untuk proses penambaikan. Clark kecewa akhirnya membeli pistol mainan untuk mengugut pengawal keselamatan agar membenarkan mereka masuk ke dalam walley Woeld Ellen dan anak-anak ikut dan cuba untuk menenangkan Clark. Akhirnya, pasukan LAPD SWAT tiba, bersama-sama dengan pemilik walley World
Friday, January 1, 2016
Projek 2016: Gadis Kopi
Arissa penggemar kopi yang selalu menikmati kopi di kafe kopi milik Aridi. Arissa dilihat wanita pendiam yang penuh misteri. Setiap hari menaip di kafe Aridi dan setiap hari kopi menjadi minumannya.Sehinggakan kafe Aridi dikutuk dan dikritik hebat oleh Gadis Kopi melalui akhbar kompak, Aridi merasakan Arissa itu Gadis Kopi
Wednesday, December 30, 2015
'Planner' dan Merantau ke Deli
Sehari lagi kita akan melangkah ke tahun 2016. Jadi saya sempat ke POPULAR, AEON Ayer Keroh, melaka semata-mata mahu mencari Planner untuk saya gunakan pada tahun 2016. Belek punya belek saya tertarik dengan Planner geometri warna merah jambu
Walaupun saya penulis saya tak berapa gemar menulis tentang kehidupan dan apa yang berlaku sebaliknya cuma tulis perkara-perkara penting sahaja
Merantau Ke Deli adalah buku yang memang saya cari sebab saya dalam proses mengumpul karya-karya Hamka.
Tuesday, December 29, 2015
Antologi: Sedetik.Doc
Alhamdulilah. Ini merupakan buah tangan saya sebelum penutupan tahun 2015. Ini merupakan antologi kedua saya. Sebelum ini antologi pertama saya ialah Impian dan Harapan terbitan IPM. Antologi kedua saya ini memaparkan perjuangan saya mencuba setiap genre penulisan untuk kali pertama. Pertama kali menulis novel, pertama kali menulis artikel, pertama kali menulis esei, pertama kali menulis puisi dan pertama kali membaca sajak di khalayak ramai.
Puisi: Sayang
Alhamdulilah. Puisi yang saya tulis dua tahun lepas akhirnya tersiar dalam Akhbar Sinar Ahad pada 27 Disember 2015. Puisi ini ditulis apabila saya melihat gambar-gambar pemderitaan anak mangsa peperangan di Syria dan Palestin. Hati saya cukup terusik akan penderitaan mereka. Kebanyakan kanak-kanak ini kehilangan orang-orang tersayang
Ulasan Novel: Lukanya Merah
Pertama kali diberi peluang mengulas novel hebat ini saya teruja. Sangat teruja. Bagi saya novel karya Rohani Deraman mampu mengalirkan air mata pembaca. Saya sendiri sebak dan tidak menyangka wanita tua ini mampu berdepan dengan pelbagai onar dan rintangan untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negerinya. Wanita tua yang kehilangan suami dan anak-anaknya mampu berdepan dengan pelbagai rintangan yang saya rasakan wanita tua lain tidak mampu mendepaninya.
Para wanita di luar sana harus membaca karya hebat ini. Membaca setiap aksara mampu menyerap semangat jati diri cintakan agama, bangsa dan negara. Ulasan saya ini tersiar dalam Majalah Jendela Selatan edisi Disember 2015
Thursday, December 17, 2015
Forum Hang Tuah Memang Wujud
Pada 17 Disember 2015 bertempat di Muzium Rakyat telah ada satu Forum Hang Tuah memang Wujud anjuran PERZIM dan IKSEP. Forum ini diadakan rentetan beberapa Penganalisis dan pakar Sejarah ada yang menolak akan kewujudan Laksamana Haang Tuah. Forum ini dihadiri rata-ratanya anak jati Melaka yang datang memberi sokongan dan mempertahankan kewujudan pahlawan terbilang itu.
Hang Tuah dikatakan wujud apabila ada bukti salasilah pahlawan tersebut. Selain itu, kewujudan makan Hang Tuah di Tg Keling. Selain itu, ada bukti-bukti Hang Tuah mengembara ke serata dunia termasuk China dan Jepun. Selain itu ada nama-nama tempat menggunakan nama Hang Tuah di sekitar negara seberang.
Dua orang Pensyarah dari Universiti Putra Malaysia juga menyokong kewujudan Hang Tuah berdasarkan hasil kajian yang dijalankan.
Hang Tuah dikatakan wujud apabila ada bukti salasilah pahlawan tersebut. Selain itu, kewujudan makan Hang Tuah di Tg Keling. Selain itu, ada bukti-bukti Hang Tuah mengembara ke serata dunia termasuk China dan Jepun. Selain itu ada nama-nama tempat menggunakan nama Hang Tuah di sekitar negara seberang.
Dua orang Pensyarah dari Universiti Putra Malaysia juga menyokong kewujudan Hang Tuah berdasarkan hasil kajian yang dijalankan.
Tuesday, May 5, 2015
Rindu Syurga 17
Bab 17
“Betul
mak, Syaza sendiri nampak Lily berbual
dengan jantan dalam kereta. Siap peluk – peluk lagi mak. Bercium-cium pulak tu.
Ieee menyampah Syaza tengok! Tak sanggup Syaza lihat mak”adu Syaza dengan muka
berkerut – kerut. Mulutnya macam bertih jagung bercerita keburukan sepupu sendiri.
Dalam hati dia
tersenyum riang. Lepas ni siaplah kau Lily Sarah. Pasti kau kena ganyang dengan
emak aku! Padan muka kau! Dia sengaja menambah – nambah cerita. Apa yang pasti
dia memang melihat Lily Sarah berbual
dengan seorang lelaki kacak dalam kereta
mewah itu di kawasan parkir kereta depan flat.. Jelas Lily Sarah kelihatan malu
– malu dan tersenyum. Senyuman Lily Sarah yang membuatkan dia bertambah benci.
Geram sungguh melihat wajah Lily Sarah yang berseri – seri. Ish, ini tak boleh jadi
ni!
Mak
Limah yang mendengar terus membara sampai ke kepala. Mendidih darahnya
mendengar cerita anak tunggalnya. Dasar anak perempuan GRO! Mak Limah sudah
mengetap – ngetapkan bibirnya. Langsir di jendela di selak. Ada sebuah kereta porche merah di luar rumah. Dia melihat Lily
Sarah tertawa di dalam kereta dengan seorang lelaki. Dia berasa cemburu.
Siapakah lelaki kaya itu? Teman lelaki Lily Sarah ke?
Syaza
turut menjengah ke jendela. Menyirap darahnya melihat kebahagiaan Lily Sarah.
Lelaki itu pula macam anak orang dan bekerjaya hebat. Di mana Lily Sarah bertemu
lelaki itu? Di Kolej ke? Tak pun di kelab – kelab malam tapi Lily Sarah bukanlah
kaki kelab malam.
“Siap
kau Lily Sarah. Lepas ni memang aku buat gulai. Betina tak tahu malu. Mak
dengan anak sama saja!” Muka Mak Limah sudah beruba. Bergetar giginya bila
melihat kemesraan Lily Sarah dengan lelaki itu. Kan bagus anak dia, Syaza yang
berada di tempat Lily Sarah. Kau memang tak layak hidup bahagia Lily Sarah.
Sebab mak kaulah hidup aku tak bahagia. Sebab emak kau juga aku gagal mendapat
lelaki yang aku impi – impikan. Emak kau yang merentap segala impian aku. Dada
Mak Limah sudah berombak kencang. Kali ini dia ada alasan untuk mengerjakan Lily
Sarah sepuas – puas hatinya. Sudah lama dia tidak mengerjakan Lily Sarah. Kali
terakhir bila Lily Sarah secara tidak sengaja pecahkan gelas. Apalagi melayang
batang mop ke tubuh Lily Sarah. Puas hatinya bila melihat Lily Sarah menangis
dan meraung – raung memohon kemaafan.
Dua
beranak seperti sudah bersedia untuk melakukan sesuatu terhadap Lily Sarah lebih
– lebih lagi Mak Limah yang sudah menyinsing lengan baju. Syaza menarik muka marah bila melihat Lily Sarah melambai
– lambai tangan ke arah kereta yang berlalu pergi.
“Assalamualaikum!”
Lily Sarah memberi salam seraya masuk ke
dalam rumah dengan senyuman. Hatinya girang bila dapat bertemu dengan Ariq
Iskandar. Di sebalik wajah serius, lelaki itu suka berlawak rupanya. Acap kali
wajahnya merah menyala bila di usik. Dia bahagia ketika ini. Sangat bahagia.
Dia menguntum senyuman memanjang bila membaca berita akhbar yang mengatakan
Model terkenal Rindiani mengumumkan perpisahannya dengan Ariq Iskandar.
Baru
sahaja kaki kanan mahu memijak ruang tamu kecil, muncul Mak Limah dengan muka
mengalahkan harimau betina terus menarik tudungnya sekuat hati. Lily Sarah terdorong
ke depan terus jatuh terduduk atas lantai.
“Mari
sini betina sundal!” Mak long terus menarik rambut ikal Lily sarah sehinggakan dia
menjerit dan terus bangun. Diameronta-ronta minta dilepaskan.
Lily Sarah menjerit kuat
terus terjatuh di atas lantai bila ditolak oleh Syaza. Dia mengerang kesakitan
bila terasa rambut di dalam ditarik lagi oleh Mak Limah. Lily Sarah terpisat-pisat
mahu melepaskan diri.
Syaza
tersenyum sinis hanya berdiri melihat aksi yang biasa dilihatnya bila Mak Limah
sudah naik hantu. Hatinya juga puas bila melihat air mata Lily Sarah.
“Kau
memang anak tak guna. Suka malukan aku!” Mak Limah terus menarik rambut panjang
Lily Sarah dan menyeretnya hingga ke tengah dapur.
“Sakit
Mak long! Sakit!” Lily Sarah memegang tangan Mak Limah dan sedaya upaya menarik
tangan Mak Limah yang menampar – nampar kuat mukanya. Perit wajahnya bila diperlakukan
sebegitu rupa. Tidak cukup itu Mak Limah terus mencapai batang mop lalu memukul
tubuh Lily Sarah sekuat hati. Melaung – laung Lily Sarah meminta tolong dari
Syaza tetapi yang diterima hanya jelingan dan ejekan dari Syaza yang sedikit
pun tiada simpati.
“Kau
memang perempuan tak guna. Dasar anak GRO! Memalukan! Kau dengan emak kau sama saja. Suka sangat
menyundal. Anak tak sedar diri!” bertubi – tubi batang mop singgah ke tubuhnya. Tidak cukup itu Mak
Limah kembali meukul – mukul wajah Lily Sarah sekuat hati. Sebenarnya dia amat
geram bila melihat wajah Lily Sarah tidak ubah seperti arwah adik tirinya yang
sewaktu dulu digilai ramai lelaki di kelab – kelab malam.
“Sakit
mak long! Sakit. Tolonglah!” Lily Sarah tidak henti merayu. Wajahnya sudah
basah dengan air mata.
Syaza
tersenyum puas. Sekurang – kurangnya rasa hatinya terbalas juga. Mak Limah
masih tidak henti – henti memukul Lily Sarah. Dari rambut hingga ke hujung
kaki, habis ditendang dipukul dan di tampar – tamparnya muka Lily Sarah dengan
tenaga yang ada. Dia tidak puas. Tidak puas menyakiti tubuh Lily Sarah yang
kurus itu.
“Mak
long, Lily Sarah minta maaf kalau Lily Sarah sakitkan hati Mak long. Tolonglah
Mak long, sakit” Lily Sarah merayu – rayu sambil menyusun jari memohon kemaafan.
Wajahnya penuh dengan air mata. Sakit perutnya bila dikerja sebegitu rupa.
Meskipun selalu dikerjakan sebegini rupa dia tiada niat untuk membalas dendan.
Bukan sahaja tiada kudrat tetapi dia rasakan dapat menumpang di rumah Mak long sudah
memandai.
“Kau
ni memang perempuan jalang. Kau tak malu ke berbual – bual dengan jantan dalam
kereta depan orang ramai. Kau tak tahu ke orang kat sini mulut macam tempayan.
Kalau dia orang mengata kau, aku yang dapat malu tahu tak! Malu” Mak Limah
menunjuk – nunjuk mukanya lalu terus melepaskan satu tamparan ke muka Lily
Sarah.
Lily
Sarah yang masih terbaring terus menutup wajahnya. Sakitnya tidak terperi. Dia
tidak terdaya untuk menangis lagi sebaliknya merelakan apa sahaja perbuatan Mak
long terhadap dirinya. Silap dirinya membenarkan Ariq Iskandar menghantarnya
sampai depan rumah. Kalaulah dia lebih berkeras agar lelaki itu menghentikannya
depan perhentian bas pun sudah cukup. Ariq Iskandar menggila – gila mahu tahu
tempat tinggalnya.
“
Sudah! Bangun kau! Sekarang aku nak kau siapkan makan malam kami berdua. Kau
masak nasi goreng sekarang jugak. Aku dengan anak aku dah lama tunggu kau
balik. Aku dah bosan makan ayam goring, kau faham?!” tengking Mak Limah terus
bangun menuju ke biliknya.
Syaza
sempat mengejeknya sebelum berlalu masuk menuju ke bilik Mak Limah. Lily Sarah yang
masih lemah gagahkan diri untuk bangun. Dia harus menyediakan makan malam. Dia
tidak rela tubuhnya di sakiti lagi. kalau dia tidak dapat menjamah makanan mala
mini, tidak mengapalah. Mujur Sham membekalkan satu set ayam goreng untuk
dirinya. Kalau ikutkan dia sudah jemu makan ayam goreng setiap hari. Sebelum
pulang ke rumah juga, Ariq Iskandar sempat membawa dia makan tengahari di
sebuah restoran laut. Sempatlah juga dia menjamah nasi goreng bersama lauk pauk
Wanita
tua berkerusi roda mengesat air mata yang tumpah ke pipi. Dia masih termenung menghadap jendela. Hujan
di luar masih tidak berhenti.begitu juga hatinya yang masih menangis, tidak
akan mungkin berhenti. Kesalnya menggunung tinggi bila mengenangkan dosa – dosa
lampaunya. Dosanya terhadap anak yatim begitu besar. Selama dia membesarkan
anak yatim, satu sen anak yatim itu tidak merasa harta sendiri. Setiap amlam
dia bermimpi yangd ia dipaksa makan unggun api yang membara. Sakitnya tidak
terperi. Wanita tua itu ketakutan bila menginggat mimpi ngeri itu. Setiap malam
dia gagahkan diri untuk bersolat taubat dan menghabiskan sisa tuanya dengan
membaca Al Quran.
Wanita
tua itu terus menangis dan meraung – raung kesal. Nasi sudah menjadi bubur. Masa juga tidak akan
berpusing kembali ke masa lampau. Kalaulah boelh, mahu dia memohon ampun dari
anak yatim itu.
Di
ribanya terdapat satu majalah yang dipinjam dari seorang penjaga rumah kenanga.
Matanya tepat merenung wajah ayu yang menjadi muka depan majalah GAYA. Hatinya
tersentuh bila membaca artikel yang memuatkan gambar Lily Sarah. Wajah Lily Sarah
saling tidka tumpah seperti wajah arwah adiknya. Cantik dan manis..
Dia tersenyum
tapi lama kelamaan senyuman itu menjadi hambar. Dia merasakan dia tidak layak
merasa kagum akan kejayaan anak saudaranya yang juga anak yatim. Dia menangis
lagi. kali ini lebih kuat.
“Maafkan
Mak long, Lily. Maafkanlah. Sebelum Mak long pergi, Mak long nak sangat bertemu
dengan kau, nak. Ya Allah ketemukanlah aku dengan Lily sebelum KAU mengambil
nyawaku” mohon doa wanita tua itu. Wajahnya yang berkedut tersimpan kekesalan
yang tidak akan berpenghujung. Perlahan – lahan dia mengesat air mata yang
masih tidak berhenti turun.
“Mak
Limah, jom kita ke dewan makan. Makan malam dah disediakan” satu suara wanita
muda muncul bersama senyuman.
Mak
Limah cepat – cepat mengesat saki baki air mata kemudian mengangguk laju. Dia
tahu itu suara, Wafa, penjaga setianya yang tidak pernah jemu melayaninya.
Memandikan dia, membasuh kencing najis tanpa sebarang rungutan. Dia tahu anak
muda ini ikhlas membantunya. Dia bersyukur ditempatkan di sini. Sudah lapan
tahun juga dia berkelana di sini. Tidak mengapalah kalau penghujung usianya
berakhir di sini. Sekurang – kurangnya dia ada tempat untuk berteduh.
Rindu Syurga 16
Bab 16
“Apapun
yang terjadi saya tetap ingin menikahi awak
Lily Sarah. Tak kira apa yang berlaku meskipun tsunami melanda
sekalipun saya tetap mahu awak menjadi
isteri saya. Saya ingin bertanggungjawab
apa yangsaya dah buat pada awak. Selagi saya tidak menebus dosa saya, saya akan
rasa berdosa sampai bila - bila”tegas Ariq
Iskandar. Matanya merenung wajah Lily Sarah di hadapannya dengan pandangan
sayu.
Wanita
itu membisu. Termenung ke satu arah dengan pandangan kabur. Air mata yang turun
sengaja dibiarkan. Namun air mata wanita itu membuatkan Ariq Iskandar turut
merasa kepedihan yang di alami oleh wanita yang amat dicintainya itu. Tengku
Ariq Iskandar menolak anak rambut ke belakang. Dia kecewa dengan keputusan
papanya. Perkahwinan di atur atas urusan perniagaan lebih – lebih lagi Daddy Dewi Sutra adalah rakan sekelas
papa di Amerika dulu.
Sekarang
ini Dewi Sutra sedang menempah nama sebagai peragawati catwalk. Dia akui wanita itu memang jelita setanding dengan
Rindiani yang pernah digilainya dulu. Ah, dua wanita itu langsung tidak dia
ingini. Cara hidup Dewi Sutra lebih kebaratan lantaran pernah dibesarkan di
Amerika tidak lama dulu.
“Lily
Sarah saya cintakan awak sepenuh hati saya” suara Ariq Iskandar bergetar. Masih
mengharapkan kepastian. Mengharap sangat Lily Sarah memahami dirinya dan menerima
dirinya. Dia tahu bukan mudahs eseorang wnaita menerima lelaki yang telah meragut
kesucian dirinya.
Lily
Sarah menoleh merenung wajah Ariq Iskandar dengan perasaan sayu. Dia juga
begitu. Teramat mencintai lelaki di
hadapannya. Dia tahu lelaki ini bukan sahaja melindungi dirinya tetapi mahu bertanggungjawab.
“Awak
akan berkahwin Ariq” lemah suara Lily Sarah. Kembali termenung ke arah yang
sama. Jantung berdegup kencang. Sesal pun tidak berguna lagi. dia bukan gadis
suci lagi. Hanya kerana cinta dan nafsu dia kehilangan segala – galanya pada
lelaki ini. Ingin sahaja dia menjerit melontar rasa sedih, kesal dan segala –
galanya.
“Saya
ingin bertanggungjawab” senada suara Ariq Iskandar.
Lily
Sarah menggelengkan kepala, “ Tidak. Tak perlu. Saya tidak mahu menjadi isteri
awak. Saya tak layak”
“Lily!!”
Ariq Iskandar meninggikan suara.
Dia kecewa dengan keputusan Lily Sarah.
Di luar sana betapa ramai perempuan
ingin berdampingan dengannya. Malah ada yang rela menjadi perempuan
simpanannya. Tidak. Selama ini dia mendambakan gadis yang dicintainya.
Perkahwinan yang bakal dibina bukan kehendaknya tetapi diatur oleh keluarga. Dia benci. Benci! Mama
pula hanya menyerah sahaja dengan keputusan papa. Adik bongsunya pula
menghilang entah ke mana selepas dihalau papa. Yang tinggal cuma Andriana, anak
kesayangan papa yang cukup manja.
“Awak
akan beristeri. Bahagiakan isteri awak. Pilihan keluarga pastinya yang terbaik.
Saya hanyalah penulis jalanan dan hidup sebatang kara. Hanya penulis puisi yang
menyairkan puisi sepi. Bukan seperti kamu Komposer dan pemuzik hebat. Semua
orang sukakan kamu. Saya apa yang ada? Tak ada apa – apa lagi.”luah Lily Sarah dengan
suara tersekat – sekat.
“Sebab
itu saya ingin bertanggungjawab! Saya ingin mengambil awak sebagai isteri”
tukas Ariq Iskandar mengharapkan Lily Sarah mengerti
“Tidak.
Saya ada cita-cita saya. Biarkan saya begini” luluh suara Lily Sarah. Dia sebenarnya
keliru malah dia belum nampak dengan jelas bagaimana masa depannya dengan Ariq Iskandar.
Bahagiakah dia? deritakah dia?
“Sebab
saya cintakan awak sayang. Cinta saya ini hanya untuk awak. Hanya awak dalam
hati saya. Bukannya Dewi Sutra. Saya tak
cintakan Dewi Sutra” perlahan suara Ariq Iskandar. Dia sedikit pun tidak pernah
mencintai Dewi Sutra, gadis kacukan Belanda Indonesia. Walaupun model jelita
itu pernah beberapa kali mengajak dia keluar tapi dia menolak dengan pelbagai
alasan.
“Saya
akan doakan awak bahagia sayang” Lily Sarah merenung wajah Ariq Iskandar dalam
– dalam. Dia pasgtikan akan rindukan renungan tajam milik Ariq Iskandar yang
mampu mencairkan mana – mana hati wanita di seluruh dunia begitu juga dengan
senyumannya.
Ariq
Iskandar menggelengkan kepala, “Tidak. Kitakan dah berjanji akan hidup bersama”
“Tapi
awak akan berkahwin” potong suara Lily Sarah.
“Saya
akan menceraikan Dewi”janji Ariq Iskandar sambil memegang kedua – dua bahu Lily
Sarah.
“Jangan.
Jangan buat macam tu. Tolonglah saya tidak mahu dihina lagi. saya tidak mahu
dicaci lagi. cukuplah. Saya tidak mahu Dewi mencari saya pula nanti” Lily Sarah
merayu. Cukup-cukuplah dia menyusahkan orang lain.
Air
matanya menitis lagi. laju. Rasanya wajahnya sudah lebur dengan air mata setiap
kali teringatkan Tengku Ariq Iskandar. Sehingga kini dia tidak mampu untuk
melupakan lelaki itu. Di manakah lelaki itu berada sekarang? Dia tidak mampu
untuk mencari di mana – mana. Puisinya sekali lagi tersiar dalam majalah
Sastera. Itupun petang tadi selepas jumpa Sham, hatinya tergerak untuk ke kedai
News mencari Majalah Sastera. Bagaikan
mimpi pula. Hatinya kuat mengatakan ini pastinya kerja Ariq Iskandar. Sekali
lagi dia membaca bait – bait puisi tulisannya. Bibirnya diketapkan sekuat hati.
Puisi ini ditulis selepas dia bersama dengan Tengku Ariq Iskandar. Pada malam
itu, malam yang penuh pelbagai warna.
Malam Yang Panjang
Mata masih belum
mahu tidur
Sudah hilang
mata kelat
Mata seperti ingin berbicara
Mengungkap rahsia yang tersimpan
Ku melihat wajah di cermin
Bersama malam ditiup sang bayu
Ku Melihat mata masih mahu berjaga
Mata yang sayu
Mata yang sedih
Seperti sudah bosan menangis
Menitip malam yang panjang
Mahu menghilangkan duka
Membilang bintang dilangit
Memberi senyuman pada bulan
Duhai mata, tidurlah
Meskipun malam masih panjang
Ku ingin dibuai mimpi yang indah
Membuang segala kepahitan
Mencari ketenagan dalam tidur
Cepatlah tiba hari esok
Mahu membina hari yang indah
Mata seperti ingin berbicara
Mengungkap rahsia yang tersimpan
Ku melihat wajah di cermin
Bersama malam ditiup sang bayu
Ku Melihat mata masih mahu berjaga
Mata yang sayu
Mata yang sedih
Seperti sudah bosan menangis
Menitip malam yang panjang
Mahu menghilangkan duka
Membilang bintang dilangit
Memberi senyuman pada bulan
Duhai mata, tidurlah
Meskipun malam masih panjang
Ku ingin dibuai mimpi yang indah
Membuang segala kepahitan
Mencari ketenagan dalam tidur
Cepatlah tiba hari esok
Mahu membina hari yang indah

Lily
Sarah melangkah berat menuju ke balkoni. Dia sengaja mahu menikmati angin
malam. Inginkan ketenangan meresap dalam dirinya. Dia tidak ingin menangis tapi
air mata ini tetap turun. Puas dia menahan tapi dia tidak mampu menahan. Waktu
malam masih terang dengan kehadiran bintang. Jalan di hadapan rumahnya sunyi namun
terang benderang dengan deretan cahaya lampu neon yang malap.
Dia tersenyum seketika sambil memeluk
tubuh. Entah bagaimana dia teringatkan
Dewi Sutra. Nama itu disebut oleh Puan Linda di pejabat tadi. Cadangan Puan
Linda mahu menjadikan Dewi Sutra sebagai muka depan majalah membuatkan Lily
Sarah berasa kurang senang pada mulanya. Tika dadanya berdebar bila sangkanya
wanita cantik itu sudah bernikah dengan Ariq Iskandar. Rupa-rupanya tidak.
Menurut Puan Linda,
Dewi Sutra pernah bertunang dengan seorang Pemuzik dan Komposer terkenal dulu
tetapi Dewi Sutra membuat onar pada malam pernikahan dengan melarikan diri. Ada
gssip yang mengatakan Dewi Sutra menerima ungutan agar meninggalkan majlis
pernikahan itu kerana telah hamil dengan lelaki lain. Ini bermakna Ariq
Iskandar masih bujang malah Puan Linda turut mengiyakan kenyataan itu. Dadanya
yang kencang tengahari tadi turut
menjadi tenang. Gembirakah dia? Sukakah dia? Ah, tempoh sepuluh tahun bukan
masa yang singkat. Tidak mustahil juga kalau Ariq Iskandar sudah ada teman wanita
lain yang bertaktah di hati. Dada Lily Sarah kembali kencang. Dia mula resah.
Dia tidak perlu gusar, kalau ada jodohnya dengan Ariq Iskandar, Allah pasti
menemukan mereka berdua.
Lily Sarah terus berada
di balkoni merenung dada langit yang semakin tua.
Wednesday, April 15, 2015
Rindu Syurga 15
Bab 15
Lamunan Rafail Adam termati. Surat di
yang diterima sebentar tadi segera di letakkan di atas meja bulat kecil. Manuskrip
terbarunya lulus dan bakal dicetak tidak
lama lagi. Tempoh hari dia menerima panggilan daripada Ketua Editor Majalah dari
Malaysia, Puan Linda. Katanya mahu menebual jika tiba di Malaysia nanti. Dia
bersetuju sahaja. Malahan ada seorang penerbit mahu mengadadaptasi novelnya ke
layar perak. Dia mula-mula enggan juga walaupun penerbit novelnya bersetuju.
Katanya ini langkah promosi. Di Malaysia novelnya akan diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu untuk pasaran. Dia mengeluh berat. Dia tidak pernah menuis novel dalam bahasa
Melayu sedangkan dia adalah bangsa Melayu. Lily Sarah pernah mencadangkan dia
menghasilkan novel dalam bahasa Melayu tetapi dia belum bersedia.
Di
meja tulis yang terletak di ruang tamu membenarkan dia melepaskan segala lelah
setelah berjam-jam lamanya mneghadap lap top. Di sebelahnya meja kosong bewarna
putih bersih milik Lily Sarah. Dia bersandar lalu merenung meja tulis Lily
Sarah dengan senyuman namun senyuman itu semkain tawar. Dia melihat susunan
novel-novel kegemaran Lily Sarah yang ditulis oleh John Tea. Kemudian satu
almari bersebelahan meja tulis sarat dengan buku bahasa Melayu. Rafail Adam
bangkit dari kerusi. Dia mencapai sebuah buku yang tidak tebal. Novel Salina,
karya Datuk A.Samad Said. Dia pernah membaca karya hebat ini. Karya ini pernah
ditolak beberapa kali sehingga dapat diterbitkan. Kemudian sebuah buku nipis
dicapai lagi. Buku yang bertajuk Matinya Seorang Seniman tulisan Datuk Dr Ridhuan. Tiba-tiva dia
berkenan mahu membaca buku milik Lily Sarah. Matanya meliar lagi, mencari
buku-buku bahasa Melayu yang boleh dibacanya.
“
Raf!” pencariannya terhenti apabila terdengar anmanya diseur oleh seorang
wnaita. Suara itu bukan milik Lily Sarah tetapi Alessa, wanita kelahiran Hawaii
persis pelakon Smallville, Kristin Kreuk
muncul secara tiba-tiba di hadapannya.
Liuk
tubuh Alessa yang masuk secara tiba-tiba sedikit pun tidak menarik
perhatiannya. Alessa mengenakan dress pendek menampakkan kedua-dua pahanya yang
gebu. Dia tahu kelemahan Rafail Adam mudah tergoda dengan perempuan cantik dan
seksi. Begitu juga Lily Sarah juga saingannya yang dirasakan seksi bila wanita
itu memiliki tubuh yang agak menawan. Walaupun mereka berkawan baik sejak dari
Universiti, Lily Sarah adalah saingannya.
“
Sayang” panggil Alessa dengan suara menggoda. Manja dan lembut. Matanya tajam
merenung Rafail Adam yang sedang termenung menghadap jendela yang terbuka. Lap
top milik Rafail Adam yang terbuka diliriknya dengan ekor mata. Dia tahu
waktu-waktu begini Rafail Adam akan menaip menyiapkan manuskrip terbaru.
Rafail
Adam menoleh sedikit kemudian memperbetulkan posisi duduknya.
“Awak
dah banyak berubah. Tak macam dulu” Alessa mengambil tempat disebelah Rafail
Adam. Tangannya menggapai tangan Rafail Adam, mahu membelai lelaki ini seperti
biasa. Perlahan-lahan Rafail menarik tangannya. Dia sudah membuat keputusan,
kunci rumahnya akan ditukar. Dia tidak mahu Alessa sesuka hati masuk sewaktu
ketiadaannya. Minggu lepas dia meminta Alessa keluar dari rumahnya. Dia tidak
mahu terus menerus hidup tan pa batasan. Alessa bukan isterinya yang sah.
“
Saya mahu kembali padaNYA..” perlahan suara Rafail Adam. Lemah. Tidak berdaya.
“
Kembali pada Lily? Awak sayangkan lily lagi? Saya dah berikan awak segalanya,
awak buat macam ini pada saya” Alessa terus berdiri. Suaranya meninggi. Mukanya
merah padam. Dia sudah mengagak perubahan rafail sudah tentu ada kaitan dengan
perempuan. \
“
Awak takkan faham. Kita berbeza agama, Alessa” beritahu Rafail Adam pelahan.
“Huh,
alasan!” Alessa memeluk tubuh. Tidak mungkin lelaki ini terus berubah. Dia amhu
memiliki lelaki ini dan apa yang pasti dia tidak mahu menukar agamanya dan mana
mungkin Rafail Adam keluar dari Islam.
Dia cemburukan Lily sarah yang begitu bahagia bersama lelaki yang begitu
hebat dimatanya. Baginya, Rafail Adam lelaki yang memiliki segala-gala yang
mampu diberikan kepada mana-mana wanita.
“Saya
masih cintakan Lily. Saya sayangkan agama saya. Saya tak mahu buat apa yang tak
sepatutnya berlaku antara kita, Lessa” suara Rafail Adam begitu lemah seperti
memikul batu besar di atas kepalanya.
“
Saya cintakan awak, Raf!” luah Alessa dengan suara menjerit. Dia cukup tidak suka jawapan yang diberikan
oleh Rafail Adam. Ayat klise yang dirasakan tidak akan mengubah perasaan dia
terhadap Rafail Adam. Pertama kali bertemu dengan Rafail Adam, dia mula
menyimpan perasaan dalam diam. Dia memendam perasaan itu hampir dua tahun! Bila
melihat rumahtangga rafail Adam dan Lily Sarah dilihatnya begitu smepurna,
harapannya hampir musnah tetapi mana mungkin dia harus beralah begitu sahaja.
Rafail Adam penulis muda yang mudah kalah dengan godaan dan belaian. Dia tahu
itu kelemahan Rafail Adam.
Rafail
Adam lelaki Melayu berambut Slicked Back ala tahun 50-an begitu sempurna di matanya.Seingat
dia, Pemain bola sepak, David Beckham pernah berambut seperti itu. Wajah lelaki
yang pernah menjadi milik mutlak Lily Sarah begitu maskulin bila berkumis dan
berjambang. Lelaki ini begitu menawan pada pandangannya.
“
Pulangkan kunci rumah. Hubungan kita berakhir, Lessa. Saya perlukan waktu dan
ruang. Saya mohon jangan ganggu saya lagi” kata Rafail Adam bangun dari
kerusinya. Dia melangkah perlahan mendapatkan Alessa yang masih berdiri
tegak disebelah jendela. Dia
menghulurkan tangan kanan, meminta kunci rumahnya yang pernah menjadi milik
Lily Sarah dipulangkan.
Alessa
memandang wajah Rafail Adam dengan riak tidak puas hati. Nafasnya turun naik
dan dia seperti tidak percaya yang Rafail Adam akan mengakhiri hubungan ini.
“
Kita tak sepatutnya memulakan hubungan ini. Awak adalah kawan baik Lily Sarah
dan saya juga pernah menjadi suaminya. Kita ini manusia jenis apa?” Rafail Adam
memekik. Dia tidak mampu mengawal perasaannya.
Alessa
terkejut dan berganjak sedikit dari Rafail Adam. Bimbang diperapa-apakan oleh
Rafail Adam. Tangannya segera mencari sesuatu di dalam beg tangan. Satu kunci
diletakkan di atas meja tulis Rafail Adam.
Sewaktu
Alessa mahu keluar, pintu rumah itu terlebih dahulu dibuka oleh Michael. Mereka
tersentak tetapi Alessa terlebih dahulu keluar dengan tergesa-gesa. Michael
hanya mampu melihat wanita jelita itu berlalu. Entah kenapa sejak peristiwa
itu, hubungan dia dengan Alessa renggang. Dia hilang kata-kata bila behadapan
dengan Alessa walhal dia, Lily Sarah dan Alessa adalah rakan sekuliah yang
tidak boleh berenggang langsung.
“
Raf!” panggil Michael apabila terlihat
Rafail Adam duduk di atas kerusi milik Lily Sarah sambil menundukkan kepala.
Michael
menepuk bahu Rafail Adam yang seperti tidak berdaya untuk bangun.
“
Lessa, datang ke sini buat apa?” tanya Michael ingin tahu.
Rafail
Adam mendongakkan kepala, “ Aku tak
tahu. Aku Cuma mintak dia pulangkan kunci rumah aku. Aku tiba-tiba rasa benci
dengan dia. aku tak suka tengok dia. entahlah, Mike, aku perlukan Lily. Aku
perlukan dia! aku cuba bangkit tapi aku tak berdaya. Bodohnya aku mensia-siakan
perempuan yang paling baik dalam hisup aku!”
“
kau memang bodoh pun!” selamba muka Michael beritahu. Dengan tanpa rasa
bersalah dia menarik kerusi meja tulis Rafail Adam lalu duduk
“
Raf, tulang belakang seorang lelaki adalah perempuan. Dalam
sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,
Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana
mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk
adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan
mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok
selama-lamanya” kata Michael dengan penuh yakin.
Rafail Adam terkesima mendengar, “Mike, bila masa kau
belajar hadis ni?”
Michael terdiam seketika,” errr…err kak Yasmin ada cerita
dengan aku pasal wanita-wanita Islam”
Rafail Adam merenung wajah rakan baiknya dengan tajam, “
Kau berminat dengan Islam?”
Michael diam, “
Kau tahu kan, aku ada darah British. Moyang aku dulu askar British yang pernah
ke Tanah Melayu. Kau tahu tak, moyang aku pernah bercinta dengan perempuan
Melayu di Johor tapi sayang tak kesampaian” cerita Michael tersipu-sipu.
“ Aku doakan kau Mike. Kalau kau masuk Islam, aku suka
tetapi aku akui tak mampu nak bimbing kau. Kita sama-sama belajar” kata Rafail
Adam yang akhirnya tersenyum.
Michael mengangguk bersama senyuman.
Rindu Syurga 14
Bab 14
Hujan nasih belum mahu berhenti. Saat
dia menadah tangan memohon doa selepas tahiyat akhir, hujan begitu lebat.
Moga-moga doanya dikabulkan olehNYA. Rintik-rintik hujan begitu deras jatuh ke
bumi. Ariq Iskandar menuju ke balkoni
sebaik sahaja selesai menunaikan solat isyak. Lampu neon yang berderet
di jalan raya begitu kusam dipandangannya. Sejuknya malam ini menggigit hingga
ke tulang sum-sum.
Hujan di luar masih menggila. Makin
lebat. Rasanya mahu sampai ke waktu subuh. Mata tidak mampu dipejamkan meskipun
tubuh rasa keletihan. Dia hanya merenung jendela yang dibasahi hujan. Suasana
kamar mewah di bilik tetamu ini diterangi lampu malap. Saat hujan masih belum
mahu berhenti, dia memejamkan mata. Terbayang wajah seseorang yang ingin
ditemuinya sekelian lama.
Ariq Iskandar melangkah malas
mencapai fail yang di bawa bersama tadi. Fail milik Lily Sarah membuatkan dia
tersenyum sendirian. Ariq Iskandar berdiri di tepi jendela sambil menyelak –
nyelak helaian puisi yang diberi oleh Lily Sarah sebentar tadi.
Secawan
Kopi, sebuah novel dan cinta pertama
Tajuk puisi yang menarik. Baru
sahaja hendak membaca isi puisi tersebut, dia terdengar bunyi kilat berdentum
serentak itu terdengar suara Lily Sarah menjerit dari bilik tidur utama. Terus
dia berlari mendapatkan Lily Sarah.
“Lily!” Ariq Iskandar melaung terus
menerjah masuk pintu bilik
“Saya……..”langkah Ariq Iskandar
terhenti bila melihat Lily Sarah duduk
termenung di atas katil sambil memeluk bantal peluk. Wajahnya nampak ketakutan.
“Kenapa?” tanya Ariq Iskandar
bimbang. Dia kelihatan kalut sekali. Dia takut kalau ada sesuatu buruk yang
menimpa Lily Sarah.
“Saya….saya takut guruh. Saya takut petir”jawab Lily
Sarah lambat – lambat. Wajahnya sudah
basah dengan air mata.
Ariq Iskandar melangkah ke arah Lily
Sarah, “ Awak nak saya buat apa?”
Lily Sarah diam. Dia tidak mahu lelaki
itu buat apa – apa pun Cuma dia terperanjat lalu menjerit tatkala terdengar
bunyi guruh. Dia cuma ketakutan namun dia masih mampu bersendirian di kamar
cantik ini.
“Okeylah saya tidur di bawah. Awak
tidur di atas” Ariq Iskandar terus mencapai bantal dan mengambil selimut dalam
almari lalu baring di atas permaidani lembut.
Lily
Sarah kembali baring dengan hati tidak
keruan. Selimut tebal ditarik hingga ke paras dada. Rasa sejuk mencengkam ke
tulang sum – sum. Sesekali dia cuba melihat Ariq Iskandar di bawah katil yang
sedang tidur mengiring. Lelaki ini betul – betul kacak juga bila lena. Perlahan
– lahan Lily Sarah cuba untuk memejamkan mata.
Belum sampai sepuluh minit Lily
Sarah tersentak dengan bunyi petir yang lebih kuat. Lily Sarah terus menangis.
Wajahnya sudah basah dengan air mata. Tiba – tiba ada tangan menyentuh
rambutnya.
“Kenapa awak menangis?” tanya Ariq
Iskandar lembut
Lily
Sarah berkalih melihat lelaki itu sedang
merenung wajahnya lantas dia bangun cuba melarikan diri dari lelaai itu namun
tangan kananya cepat – cepat ditangkap.
“Kenapa awak takut guruh?” tanya
Ariq Iskandar ingin tahu.
Lily Sarah terus menangis. Baju pyjamas yang melekap ditubuhnya ditarik
perlahan. Dia rasa sangat ketakutan. Sejurus itu terbayang momen yang
menakutkan. Peristiwa yang menjadi punca kehilangan emak ayahnya.
“Saya…..saya anak yatim piatu. Emak
ayah saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Saya tak lupa bagaimana
keadaan hujan lebat masa tu. Saya masa tu hanya berusia 7 tahun” cerita Lily
Sarah tersedu – seda. Dia tidak lupa bagaimana keadaan emak dan ayah yang sudah
tidak bernyawa. Berkali-kali dia memanggil tetapi tiada sahutan. Ketika itu,
hujan makin menggila. Petir tidak berhenti
berdentum membuatkan tangisannya panjang.
Ariq Iskandar terus mendengar. Dia
yakin ada kisah sedih dalam hidup gadis ini. Wajah ayunya bagaikan menyimpan
kisah duka yang tidak akan berpenghujung.
Lily Sarah memejamkan mata. Masih
terbayang kemesraan mereka tiga beranak. Ayah bercerita jenaka di kala hujan
lebat yang menggila. Kiri kanan jalan raya itu hanyalah hutan tebal di kawasan
kampung. Mereka bertiga baru sahaja keluar dari kawasan Cameron Highland. Masih
tidak lupa bagaimana kereta Honda Vios yang dipandu ayah terbabas hingga
termasuk dalam gaung.
Lily Sarah terus menangis dan
memeluk bantal peluk kuat – kuat. Dia rindukan ayah dan emak. Kalaulah ayah dan
emak masih hidup pasti nasibnya tidak jadi begini. Namun segala ketentuan
diterima dengan sekuat hati yang mungkin.
Ariq Iskandar yang mendengar terasa
sayu. Dia merenung wajah di hadapannya yang masih lagi tidak berhenti menangis.
“ Saya akan menjaga awak…..”
“ Tapi…..” Lily
Sarah tersentak. Dia bagaikan tidak
percaya tubuh Ariq iskandar begitu dekat dengannya. Dia ingin emnolak tetapi
tidak berdaya.
“ syyyyy jangan cakap apa – apa
lagi….”Ariq Iskandar meletakkan jari telunjuk ke bibir Lily Sarah.
Lily
Sarah terasa tubuhnya ditarik dalam
dakapan lelaki ini. Dia terasa tenang. Damai. Dalam 13 tahun inilah kali
pertama dia dipeluk oleh seseorang selepas pemergian ayah dan ibu. Terasa
selamat.
“Encik……”
“Diam……” tegah Ariq Iskandar yang
terus menghangatkan suasana.
Hujan terus
membasahi bumi malah turut mnegalirkan air mata Lily Sarah.
Pagi yang masih hening membuatkan Lily
Sarah terus bangun duduk di birai katil.
Air mata menitis laju. Dia memeluk tubuh erat-erat. Gerimis di luar masih belum
berhenti. Lily Sarah merenung lelaki yang masih lena di sebelahnya. Wajah lelaki
itu direnung dalam-dalam. Perlahan – lahan Lily Sarah menekup mulutnya agar tidak terus
menangis. Ya Allah, aku tak ada apa-apa lagi pada diriku. Air matanya semakin
lebat. Lily
Sarah membelek baju pyjamas Ariq Iskandar
yang melekap ditubuhnya. Kemudian Lily Sarah cuba bangkit menuju ke jendela.
Hujan sudah mula berhenti. Jalan raya
masih lenggang. Laut yang terbentang di hadapan penthouse ini masih bergelora. Lily Sarah menoleh ke atas katil, Ariq Iskandar
masih terlena. Dengkuran lelaki itu membuatkan Lily Sarah tersenyum pahit. Tapi mustahil untuk dia memiliki
lelaki ini. Mustahil. Satu Malaysia sudah tahu akan hubungan Ariq Iskandar
dengam Rindiani
Lily
Sarah menghampiri piano yang terletak di
tepi dinding. Dia memetik piano satu persatu. Lily Sarah tersenyum bila dengar bunyi-bunyian
yang berbeza. Suatu ketika dulu dia kepingin mahu belajar bermain piano tetapi
kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya turut menyentap segala
impian dan harapannya.
Lily
Sarah terpandang jam dinding, sudah hampir
ke angka 10 pagi. Dia perlu pulang sekarang. Kelasnya akan bermula pada pukul 2
tengahari. Pada pukul 8 malam dia harus ke restoran segera untuk mencari
pendapatan sampingan.
Lily
Sarah tersentak bila ada satu tangan
menarik kebelakang sehingga tubuhnya terdorong ke belakang. Lily
Sarah tersentak bila melihat Ariq Iskandar
muncul di depannya. Dia mahu tersenyum tetapi dirasakan tidak mampu.
“ Saya kena balik sekarang” Lily Sarah
mengambil baju-bajunya yang bersidai di atas bangku panjang dalam bilik utama.
” Lily, jangan pergi dari saya. Tolong
jangan tinggalkan saya. Kita kena berbicara dulu. Saya rasa bersalah dengan awak
” Ariq Iskandar merayu sepenuh hati.
“ kemudian saja. Saya kena pergi.
Saya ada kelas. Nanti Mak long saya cari saya”jelas Lily
Sarah dengan suara tersekat-sekat disusuli
pula dengan rasa debar. Dia mahu pergi dari sini. Dia tidak mahu bertemu dnegan
lelaki ini lagi. Segalanya sudah hitam
bagi hidupnya.
“Balik – balik Maklong! maklong!
Awak ingat dia akan cari awak?” suara Ariq Iskandar sedikit meninggi.
Lily Sarah terdiam. Dia kehilangan
kata-kata. Dia risau kalau maklong mencari dia. Tak mungkin Maklong mencari
dia. Pernah dia tidur rumah rakan sekuliah tanpa memberitahu maklong, maklong
sedikit pun tidak ambil tahu. Kalau dia mati dibunuh agaknya punMaklong tidak
mahu ambil tahu. Kasihan hidupnya hanya menumpang kaish dari orang yang tak
sudi. Ha, cari atau tidak, dia harus pergi dari sini.
“Kita mampu mengubahnya. Saya akan
bertanggungjawab ke atas diri awak. Saya telah ambil segala – gala dari
awak”janji Ariq Iskandar dengan sungguh – sungguh.
Lily
Sarah tunduk. Terasa air mata deras mengalir.
Ya, dia bukan gadis suci lagi. Tiada apa – apa lagi untuk dirinya. Lelaki di
hadapannya telah mengambil semuanya. Puisi dan juga harga dirinya. Tanpa
disedari Ariq Iskandar terus memeluk tubuhnya dari belakang. Tidak. Tidak akan
terjadi untuk kali kedua. Lily Sarah terus menolak pelukan lelaki itu.
Ariq Iskandar sedikit terkejut.
”Lily, saya akan jadikan awak
penulis yang terkenal. Saya akan bukukan semua puisi – puisi awak. Saya akan
buat segala – galanya untuk awak. Saya akan buatkan awak bahagia selama –
lamanya bersama saya. Jadilah isteri saya, Lily” pinta Ariq Iskandar seperti
merayu. Lily
Sarah mendongakkan kepalanya.
Lily Sarah diam. Baginya mustahil
untuk dia menjadi seorang isteri pada usia muda begini. Dia ada cita-cita yang
ingin digapainya. Dia mahu mengenggam segulung ijazah yang diimpikan sejak
sekolah lagi. Dia mahu membuktikan pada Maklong dan sepupunya yang dia berjaya
meraih impian dalam keadaan susah payah.
”Saya cintakan awak, Lily. Awak adalah sumber inpirasi dan
kekuatan saya” Ariq Iskandar merenung wajah Lily Sarah yang sudah menangis.
“Lepaskan saya…..”
Lily Sarah terus
menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Perasaannya kabur sama seperti
masa depannya juga.
Ariq Iskandar mengeluh berat lantas
meraup wajahnya. Dia ingin sahaja menjerit nama itu tatkala terpandang gambar seorang
wanita yang yang menjadi muka depan majalah. Lily Sarah. Masih ayu. Raut wajah itu tidak
berubah. Wanita itu kelihatan gembira sekarang. Sepuluh tahun dulu tidak pernah
dia melihat senyuman mahupun tawa daripada Lily Sarah.
Subscribe to:
Posts (Atom)