Bab 14
Hujan nasih belum mahu berhenti. Saat
dia menadah tangan memohon doa selepas tahiyat akhir, hujan begitu lebat.
Moga-moga doanya dikabulkan olehNYA. Rintik-rintik hujan begitu deras jatuh ke
bumi. Ariq Iskandar menuju ke balkoni
sebaik sahaja selesai menunaikan solat isyak. Lampu neon yang berderet
di jalan raya begitu kusam dipandangannya. Sejuknya malam ini menggigit hingga
ke tulang sum-sum.
Hujan di luar masih menggila. Makin
lebat. Rasanya mahu sampai ke waktu subuh. Mata tidak mampu dipejamkan meskipun
tubuh rasa keletihan. Dia hanya merenung jendela yang dibasahi hujan. Suasana
kamar mewah di bilik tetamu ini diterangi lampu malap. Saat hujan masih belum
mahu berhenti, dia memejamkan mata. Terbayang wajah seseorang yang ingin
ditemuinya sekelian lama.
Ariq Iskandar melangkah malas
mencapai fail yang di bawa bersama tadi. Fail milik Lily Sarah membuatkan dia
tersenyum sendirian. Ariq Iskandar berdiri di tepi jendela sambil menyelak –
nyelak helaian puisi yang diberi oleh Lily Sarah sebentar tadi.
Secawan
Kopi, sebuah novel dan cinta pertama
Tajuk puisi yang menarik. Baru
sahaja hendak membaca isi puisi tersebut, dia terdengar bunyi kilat berdentum
serentak itu terdengar suara Lily Sarah menjerit dari bilik tidur utama. Terus
dia berlari mendapatkan Lily Sarah.
“Lily!” Ariq Iskandar melaung terus
menerjah masuk pintu bilik
“Saya……..”langkah Ariq Iskandar
terhenti bila melihat Lily Sarah duduk
termenung di atas katil sambil memeluk bantal peluk. Wajahnya nampak ketakutan.
“Kenapa?” tanya Ariq Iskandar
bimbang. Dia kelihatan kalut sekali. Dia takut kalau ada sesuatu buruk yang
menimpa Lily Sarah.
“Saya….saya takut guruh. Saya takut petir”jawab Lily
Sarah lambat – lambat. Wajahnya sudah
basah dengan air mata.
Ariq Iskandar melangkah ke arah Lily
Sarah, “ Awak nak saya buat apa?”
Lily Sarah diam. Dia tidak mahu lelaki
itu buat apa – apa pun Cuma dia terperanjat lalu menjerit tatkala terdengar
bunyi guruh. Dia cuma ketakutan namun dia masih mampu bersendirian di kamar
cantik ini.
“Okeylah saya tidur di bawah. Awak
tidur di atas” Ariq Iskandar terus mencapai bantal dan mengambil selimut dalam
almari lalu baring di atas permaidani lembut.
Lily
Sarah kembali baring dengan hati tidak
keruan. Selimut tebal ditarik hingga ke paras dada. Rasa sejuk mencengkam ke
tulang sum – sum. Sesekali dia cuba melihat Ariq Iskandar di bawah katil yang
sedang tidur mengiring. Lelaki ini betul – betul kacak juga bila lena. Perlahan
– lahan Lily Sarah cuba untuk memejamkan mata.
Belum sampai sepuluh minit Lily
Sarah tersentak dengan bunyi petir yang lebih kuat. Lily Sarah terus menangis.
Wajahnya sudah basah dengan air mata. Tiba – tiba ada tangan menyentuh
rambutnya.
“Kenapa awak menangis?” tanya Ariq
Iskandar lembut
Lily
Sarah berkalih melihat lelaki itu sedang
merenung wajahnya lantas dia bangun cuba melarikan diri dari lelaai itu namun
tangan kananya cepat – cepat ditangkap.
“Kenapa awak takut guruh?” tanya
Ariq Iskandar ingin tahu.
Lily Sarah terus menangis. Baju pyjamas yang melekap ditubuhnya ditarik
perlahan. Dia rasa sangat ketakutan. Sejurus itu terbayang momen yang
menakutkan. Peristiwa yang menjadi punca kehilangan emak ayahnya.
“Saya…..saya anak yatim piatu. Emak
ayah saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Saya tak lupa bagaimana
keadaan hujan lebat masa tu. Saya masa tu hanya berusia 7 tahun” cerita Lily
Sarah tersedu – seda. Dia tidak lupa bagaimana keadaan emak dan ayah yang sudah
tidak bernyawa. Berkali-kali dia memanggil tetapi tiada sahutan. Ketika itu,
hujan makin menggila. Petir tidak berhenti
berdentum membuatkan tangisannya panjang.
Ariq Iskandar terus mendengar. Dia
yakin ada kisah sedih dalam hidup gadis ini. Wajah ayunya bagaikan menyimpan
kisah duka yang tidak akan berpenghujung.
Lily Sarah memejamkan mata. Masih
terbayang kemesraan mereka tiga beranak. Ayah bercerita jenaka di kala hujan
lebat yang menggila. Kiri kanan jalan raya itu hanyalah hutan tebal di kawasan
kampung. Mereka bertiga baru sahaja keluar dari kawasan Cameron Highland. Masih
tidak lupa bagaimana kereta Honda Vios yang dipandu ayah terbabas hingga
termasuk dalam gaung.
Lily Sarah terus menangis dan
memeluk bantal peluk kuat – kuat. Dia rindukan ayah dan emak. Kalaulah ayah dan
emak masih hidup pasti nasibnya tidak jadi begini. Namun segala ketentuan
diterima dengan sekuat hati yang mungkin.
Ariq Iskandar yang mendengar terasa
sayu. Dia merenung wajah di hadapannya yang masih lagi tidak berhenti menangis.
“ Saya akan menjaga awak…..”
“ Tapi…..” Lily
Sarah tersentak. Dia bagaikan tidak
percaya tubuh Ariq iskandar begitu dekat dengannya. Dia ingin emnolak tetapi
tidak berdaya.
“ syyyyy jangan cakap apa – apa
lagi….”Ariq Iskandar meletakkan jari telunjuk ke bibir Lily Sarah.
Lily
Sarah terasa tubuhnya ditarik dalam
dakapan lelaki ini. Dia terasa tenang. Damai. Dalam 13 tahun inilah kali
pertama dia dipeluk oleh seseorang selepas pemergian ayah dan ibu. Terasa
selamat.
“Encik……”
“Diam……” tegah Ariq Iskandar yang
terus menghangatkan suasana.
Hujan terus
membasahi bumi malah turut mnegalirkan air mata Lily Sarah.
Pagi yang masih hening membuatkan Lily
Sarah terus bangun duduk di birai katil.
Air mata menitis laju. Dia memeluk tubuh erat-erat. Gerimis di luar masih belum
berhenti. Lily Sarah merenung lelaki yang masih lena di sebelahnya. Wajah lelaki
itu direnung dalam-dalam. Perlahan – lahan Lily Sarah menekup mulutnya agar tidak terus
menangis. Ya Allah, aku tak ada apa-apa lagi pada diriku. Air matanya semakin
lebat. Lily
Sarah membelek baju pyjamas Ariq Iskandar
yang melekap ditubuhnya. Kemudian Lily Sarah cuba bangkit menuju ke jendela.
Hujan sudah mula berhenti. Jalan raya
masih lenggang. Laut yang terbentang di hadapan penthouse ini masih bergelora. Lily Sarah menoleh ke atas katil, Ariq Iskandar
masih terlena. Dengkuran lelaki itu membuatkan Lily Sarah tersenyum pahit. Tapi mustahil untuk dia memiliki
lelaki ini. Mustahil. Satu Malaysia sudah tahu akan hubungan Ariq Iskandar
dengam Rindiani
Lily
Sarah menghampiri piano yang terletak di
tepi dinding. Dia memetik piano satu persatu. Lily Sarah tersenyum bila dengar bunyi-bunyian
yang berbeza. Suatu ketika dulu dia kepingin mahu belajar bermain piano tetapi
kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya turut menyentap segala
impian dan harapannya.
Lily
Sarah terpandang jam dinding, sudah hampir
ke angka 10 pagi. Dia perlu pulang sekarang. Kelasnya akan bermula pada pukul 2
tengahari. Pada pukul 8 malam dia harus ke restoran segera untuk mencari
pendapatan sampingan.
Lily
Sarah tersentak bila ada satu tangan
menarik kebelakang sehingga tubuhnya terdorong ke belakang. Lily
Sarah tersentak bila melihat Ariq Iskandar
muncul di depannya. Dia mahu tersenyum tetapi dirasakan tidak mampu.
“ Saya kena balik sekarang” Lily Sarah
mengambil baju-bajunya yang bersidai di atas bangku panjang dalam bilik utama.
” Lily, jangan pergi dari saya. Tolong
jangan tinggalkan saya. Kita kena berbicara dulu. Saya rasa bersalah dengan awak
” Ariq Iskandar merayu sepenuh hati.
“ kemudian saja. Saya kena pergi.
Saya ada kelas. Nanti Mak long saya cari saya”jelas Lily
Sarah dengan suara tersekat-sekat disusuli
pula dengan rasa debar. Dia mahu pergi dari sini. Dia tidak mahu bertemu dnegan
lelaki ini lagi. Segalanya sudah hitam
bagi hidupnya.
“Balik – balik Maklong! maklong!
Awak ingat dia akan cari awak?” suara Ariq Iskandar sedikit meninggi.
Lily Sarah terdiam. Dia kehilangan
kata-kata. Dia risau kalau maklong mencari dia. Tak mungkin Maklong mencari
dia. Pernah dia tidur rumah rakan sekuliah tanpa memberitahu maklong, maklong
sedikit pun tidak ambil tahu. Kalau dia mati dibunuh agaknya punMaklong tidak
mahu ambil tahu. Kasihan hidupnya hanya menumpang kaish dari orang yang tak
sudi. Ha, cari atau tidak, dia harus pergi dari sini.
“Kita mampu mengubahnya. Saya akan
bertanggungjawab ke atas diri awak. Saya telah ambil segala – gala dari
awak”janji Ariq Iskandar dengan sungguh – sungguh.
Lily
Sarah tunduk. Terasa air mata deras mengalir.
Ya, dia bukan gadis suci lagi. Tiada apa – apa lagi untuk dirinya. Lelaki di
hadapannya telah mengambil semuanya. Puisi dan juga harga dirinya. Tanpa
disedari Ariq Iskandar terus memeluk tubuhnya dari belakang. Tidak. Tidak akan
terjadi untuk kali kedua. Lily Sarah terus menolak pelukan lelaki itu.
Ariq Iskandar sedikit terkejut.
”Lily, saya akan jadikan awak
penulis yang terkenal. Saya akan bukukan semua puisi – puisi awak. Saya akan
buat segala – galanya untuk awak. Saya akan buatkan awak bahagia selama –
lamanya bersama saya. Jadilah isteri saya, Lily” pinta Ariq Iskandar seperti
merayu. Lily
Sarah mendongakkan kepalanya.
Lily Sarah diam. Baginya mustahil
untuk dia menjadi seorang isteri pada usia muda begini. Dia ada cita-cita yang
ingin digapainya. Dia mahu mengenggam segulung ijazah yang diimpikan sejak
sekolah lagi. Dia mahu membuktikan pada Maklong dan sepupunya yang dia berjaya
meraih impian dalam keadaan susah payah.
”Saya cintakan awak, Lily. Awak adalah sumber inpirasi dan
kekuatan saya” Ariq Iskandar merenung wajah Lily Sarah yang sudah menangis.
“Lepaskan saya…..”
Lily Sarah terus
menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Perasaannya kabur sama seperti
masa depannya juga.
Ariq Iskandar mengeluh berat lantas
meraup wajahnya. Dia ingin sahaja menjerit nama itu tatkala terpandang gambar seorang
wanita yang yang menjadi muka depan majalah. Lily Sarah. Masih ayu. Raut wajah itu tidak
berubah. Wanita itu kelihatan gembira sekarang. Sepuluh tahun dulu tidak pernah
dia melihat senyuman mahupun tawa daripada Lily Sarah.
No comments:
Post a Comment