Bab 16
“Apapun
yang terjadi saya tetap ingin menikahi awak
Lily Sarah. Tak kira apa yang berlaku meskipun tsunami melanda
sekalipun saya tetap mahu awak menjadi
isteri saya. Saya ingin bertanggungjawab
apa yangsaya dah buat pada awak. Selagi saya tidak menebus dosa saya, saya akan
rasa berdosa sampai bila - bila”tegas Ariq
Iskandar. Matanya merenung wajah Lily Sarah di hadapannya dengan pandangan
sayu.
Wanita
itu membisu. Termenung ke satu arah dengan pandangan kabur. Air mata yang turun
sengaja dibiarkan. Namun air mata wanita itu membuatkan Ariq Iskandar turut
merasa kepedihan yang di alami oleh wanita yang amat dicintainya itu. Tengku
Ariq Iskandar menolak anak rambut ke belakang. Dia kecewa dengan keputusan
papanya. Perkahwinan di atur atas urusan perniagaan lebih – lebih lagi Daddy Dewi Sutra adalah rakan sekelas
papa di Amerika dulu.
Sekarang
ini Dewi Sutra sedang menempah nama sebagai peragawati catwalk. Dia akui wanita itu memang jelita setanding dengan
Rindiani yang pernah digilainya dulu. Ah, dua wanita itu langsung tidak dia
ingini. Cara hidup Dewi Sutra lebih kebaratan lantaran pernah dibesarkan di
Amerika tidak lama dulu.
“Lily
Sarah saya cintakan awak sepenuh hati saya” suara Ariq Iskandar bergetar. Masih
mengharapkan kepastian. Mengharap sangat Lily Sarah memahami dirinya dan menerima
dirinya. Dia tahu bukan mudahs eseorang wnaita menerima lelaki yang telah meragut
kesucian dirinya.
Lily
Sarah menoleh merenung wajah Ariq Iskandar dengan perasaan sayu. Dia juga
begitu. Teramat mencintai lelaki di
hadapannya. Dia tahu lelaki ini bukan sahaja melindungi dirinya tetapi mahu bertanggungjawab.
“Awak
akan berkahwin Ariq” lemah suara Lily Sarah. Kembali termenung ke arah yang
sama. Jantung berdegup kencang. Sesal pun tidak berguna lagi. dia bukan gadis
suci lagi. Hanya kerana cinta dan nafsu dia kehilangan segala – galanya pada
lelaki ini. Ingin sahaja dia menjerit melontar rasa sedih, kesal dan segala –
galanya.
“Saya
ingin bertanggungjawab” senada suara Ariq Iskandar.
Lily
Sarah menggelengkan kepala, “ Tidak. Tak perlu. Saya tidak mahu menjadi isteri
awak. Saya tak layak”
“Lily!!”
Ariq Iskandar meninggikan suara.
Dia kecewa dengan keputusan Lily Sarah.
Di luar sana betapa ramai perempuan
ingin berdampingan dengannya. Malah ada yang rela menjadi perempuan
simpanannya. Tidak. Selama ini dia mendambakan gadis yang dicintainya.
Perkahwinan yang bakal dibina bukan kehendaknya tetapi diatur oleh keluarga. Dia benci. Benci! Mama
pula hanya menyerah sahaja dengan keputusan papa. Adik bongsunya pula
menghilang entah ke mana selepas dihalau papa. Yang tinggal cuma Andriana, anak
kesayangan papa yang cukup manja.
“Awak
akan beristeri. Bahagiakan isteri awak. Pilihan keluarga pastinya yang terbaik.
Saya hanyalah penulis jalanan dan hidup sebatang kara. Hanya penulis puisi yang
menyairkan puisi sepi. Bukan seperti kamu Komposer dan pemuzik hebat. Semua
orang sukakan kamu. Saya apa yang ada? Tak ada apa – apa lagi.”luah Lily Sarah dengan
suara tersekat – sekat.
“Sebab
itu saya ingin bertanggungjawab! Saya ingin mengambil awak sebagai isteri”
tukas Ariq Iskandar mengharapkan Lily Sarah mengerti
“Tidak.
Saya ada cita-cita saya. Biarkan saya begini” luluh suara Lily Sarah. Dia sebenarnya
keliru malah dia belum nampak dengan jelas bagaimana masa depannya dengan Ariq Iskandar.
Bahagiakah dia? deritakah dia?
“Sebab
saya cintakan awak sayang. Cinta saya ini hanya untuk awak. Hanya awak dalam
hati saya. Bukannya Dewi Sutra. Saya tak
cintakan Dewi Sutra” perlahan suara Ariq Iskandar. Dia sedikit pun tidak pernah
mencintai Dewi Sutra, gadis kacukan Belanda Indonesia. Walaupun model jelita
itu pernah beberapa kali mengajak dia keluar tapi dia menolak dengan pelbagai
alasan.
“Saya
akan doakan awak bahagia sayang” Lily Sarah merenung wajah Ariq Iskandar dalam
– dalam. Dia pasgtikan akan rindukan renungan tajam milik Ariq Iskandar yang
mampu mencairkan mana – mana hati wanita di seluruh dunia begitu juga dengan
senyumannya.
Ariq
Iskandar menggelengkan kepala, “Tidak. Kitakan dah berjanji akan hidup bersama”
“Tapi
awak akan berkahwin” potong suara Lily Sarah.
“Saya
akan menceraikan Dewi”janji Ariq Iskandar sambil memegang kedua – dua bahu Lily
Sarah.
“Jangan.
Jangan buat macam tu. Tolonglah saya tidak mahu dihina lagi. saya tidak mahu
dicaci lagi. cukuplah. Saya tidak mahu Dewi mencari saya pula nanti” Lily Sarah
merayu. Cukup-cukuplah dia menyusahkan orang lain.
Air
matanya menitis lagi. laju. Rasanya wajahnya sudah lebur dengan air mata setiap
kali teringatkan Tengku Ariq Iskandar. Sehingga kini dia tidak mampu untuk
melupakan lelaki itu. Di manakah lelaki itu berada sekarang? Dia tidak mampu
untuk mencari di mana – mana. Puisinya sekali lagi tersiar dalam majalah
Sastera. Itupun petang tadi selepas jumpa Sham, hatinya tergerak untuk ke kedai
News mencari Majalah Sastera. Bagaikan
mimpi pula. Hatinya kuat mengatakan ini pastinya kerja Ariq Iskandar. Sekali
lagi dia membaca bait – bait puisi tulisannya. Bibirnya diketapkan sekuat hati.
Puisi ini ditulis selepas dia bersama dengan Tengku Ariq Iskandar. Pada malam
itu, malam yang penuh pelbagai warna.
Malam Yang Panjang
Mata masih belum
mahu tidur
Sudah hilang
mata kelat
Mata seperti ingin berbicara
Mengungkap rahsia yang tersimpan
Ku melihat wajah di cermin
Bersama malam ditiup sang bayu
Ku Melihat mata masih mahu berjaga
Mata yang sayu
Mata yang sedih
Seperti sudah bosan menangis
Menitip malam yang panjang
Mahu menghilangkan duka
Membilang bintang dilangit
Memberi senyuman pada bulan
Duhai mata, tidurlah
Meskipun malam masih panjang
Ku ingin dibuai mimpi yang indah
Membuang segala kepahitan
Mencari ketenagan dalam tidur
Cepatlah tiba hari esok
Mahu membina hari yang indah
Mata seperti ingin berbicara
Mengungkap rahsia yang tersimpan
Ku melihat wajah di cermin
Bersama malam ditiup sang bayu
Ku Melihat mata masih mahu berjaga
Mata yang sayu
Mata yang sedih
Seperti sudah bosan menangis
Menitip malam yang panjang
Mahu menghilangkan duka
Membilang bintang dilangit
Memberi senyuman pada bulan
Duhai mata, tidurlah
Meskipun malam masih panjang
Ku ingin dibuai mimpi yang indah
Membuang segala kepahitan
Mencari ketenagan dalam tidur
Cepatlah tiba hari esok
Mahu membina hari yang indah
Lily
Sarah melangkah berat menuju ke balkoni. Dia sengaja mahu menikmati angin
malam. Inginkan ketenangan meresap dalam dirinya. Dia tidak ingin menangis tapi
air mata ini tetap turun. Puas dia menahan tapi dia tidak mampu menahan. Waktu
malam masih terang dengan kehadiran bintang. Jalan di hadapan rumahnya sunyi namun
terang benderang dengan deretan cahaya lampu neon yang malap.
Dia tersenyum seketika sambil memeluk
tubuh. Entah bagaimana dia teringatkan
Dewi Sutra. Nama itu disebut oleh Puan Linda di pejabat tadi. Cadangan Puan
Linda mahu menjadikan Dewi Sutra sebagai muka depan majalah membuatkan Lily
Sarah berasa kurang senang pada mulanya. Tika dadanya berdebar bila sangkanya
wanita cantik itu sudah bernikah dengan Ariq Iskandar. Rupa-rupanya tidak.
Menurut Puan Linda,
Dewi Sutra pernah bertunang dengan seorang Pemuzik dan Komposer terkenal dulu
tetapi Dewi Sutra membuat onar pada malam pernikahan dengan melarikan diri. Ada
gssip yang mengatakan Dewi Sutra menerima ungutan agar meninggalkan majlis
pernikahan itu kerana telah hamil dengan lelaki lain. Ini bermakna Ariq
Iskandar masih bujang malah Puan Linda turut mengiyakan kenyataan itu. Dadanya
yang kencang tengahari tadi turut
menjadi tenang. Gembirakah dia? Sukakah dia? Ah, tempoh sepuluh tahun bukan
masa yang singkat. Tidak mustahil juga kalau Ariq Iskandar sudah ada teman wanita
lain yang bertaktah di hati. Dada Lily Sarah kembali kencang. Dia mula resah.
Dia tidak perlu gusar, kalau ada jodohnya dengan Ariq Iskandar, Allah pasti
menemukan mereka berdua.
Lily Sarah terus berada
di balkoni merenung dada langit yang semakin tua.
No comments:
Post a Comment