Bab 17
“Betul
mak, Syaza sendiri nampak Lily berbual
dengan jantan dalam kereta. Siap peluk – peluk lagi mak. Bercium-cium pulak tu.
Ieee menyampah Syaza tengok! Tak sanggup Syaza lihat mak”adu Syaza dengan muka
berkerut – kerut. Mulutnya macam bertih jagung bercerita keburukan sepupu sendiri.
Dalam hati dia
tersenyum riang. Lepas ni siaplah kau Lily Sarah. Pasti kau kena ganyang dengan
emak aku! Padan muka kau! Dia sengaja menambah – nambah cerita. Apa yang pasti
dia memang melihat Lily Sarah berbual
dengan seorang lelaki kacak dalam kereta
mewah itu di kawasan parkir kereta depan flat.. Jelas Lily Sarah kelihatan malu
– malu dan tersenyum. Senyuman Lily Sarah yang membuatkan dia bertambah benci.
Geram sungguh melihat wajah Lily Sarah yang berseri – seri. Ish, ini tak boleh jadi
ni!
Mak
Limah yang mendengar terus membara sampai ke kepala. Mendidih darahnya
mendengar cerita anak tunggalnya. Dasar anak perempuan GRO! Mak Limah sudah
mengetap – ngetapkan bibirnya. Langsir di jendela di selak. Ada sebuah kereta porche merah di luar rumah. Dia melihat Lily
Sarah tertawa di dalam kereta dengan seorang lelaki. Dia berasa cemburu.
Siapakah lelaki kaya itu? Teman lelaki Lily Sarah ke?
Syaza
turut menjengah ke jendela. Menyirap darahnya melihat kebahagiaan Lily Sarah.
Lelaki itu pula macam anak orang dan bekerjaya hebat. Di mana Lily Sarah bertemu
lelaki itu? Di Kolej ke? Tak pun di kelab – kelab malam tapi Lily Sarah bukanlah
kaki kelab malam.
“Siap
kau Lily Sarah. Lepas ni memang aku buat gulai. Betina tak tahu malu. Mak
dengan anak sama saja!” Muka Mak Limah sudah beruba. Bergetar giginya bila
melihat kemesraan Lily Sarah dengan lelaki itu. Kan bagus anak dia, Syaza yang
berada di tempat Lily Sarah. Kau memang tak layak hidup bahagia Lily Sarah.
Sebab mak kaulah hidup aku tak bahagia. Sebab emak kau juga aku gagal mendapat
lelaki yang aku impi – impikan. Emak kau yang merentap segala impian aku. Dada
Mak Limah sudah berombak kencang. Kali ini dia ada alasan untuk mengerjakan Lily
Sarah sepuas – puas hatinya. Sudah lama dia tidak mengerjakan Lily Sarah. Kali
terakhir bila Lily Sarah secara tidak sengaja pecahkan gelas. Apalagi melayang
batang mop ke tubuh Lily Sarah. Puas hatinya bila melihat Lily Sarah menangis
dan meraung – raung memohon kemaafan.
Dua
beranak seperti sudah bersedia untuk melakukan sesuatu terhadap Lily Sarah lebih
– lebih lagi Mak Limah yang sudah menyinsing lengan baju. Syaza menarik muka marah bila melihat Lily Sarah melambai
– lambai tangan ke arah kereta yang berlalu pergi.
“Assalamualaikum!”
Lily Sarah memberi salam seraya masuk ke
dalam rumah dengan senyuman. Hatinya girang bila dapat bertemu dengan Ariq
Iskandar. Di sebalik wajah serius, lelaki itu suka berlawak rupanya. Acap kali
wajahnya merah menyala bila di usik. Dia bahagia ketika ini. Sangat bahagia.
Dia menguntum senyuman memanjang bila membaca berita akhbar yang mengatakan
Model terkenal Rindiani mengumumkan perpisahannya dengan Ariq Iskandar.
Baru
sahaja kaki kanan mahu memijak ruang tamu kecil, muncul Mak Limah dengan muka
mengalahkan harimau betina terus menarik tudungnya sekuat hati. Lily Sarah terdorong
ke depan terus jatuh terduduk atas lantai.
“Mari
sini betina sundal!” Mak long terus menarik rambut ikal Lily sarah sehinggakan dia
menjerit dan terus bangun. Diameronta-ronta minta dilepaskan.
Lily Sarah menjerit kuat
terus terjatuh di atas lantai bila ditolak oleh Syaza. Dia mengerang kesakitan
bila terasa rambut di dalam ditarik lagi oleh Mak Limah. Lily Sarah terpisat-pisat
mahu melepaskan diri.
Syaza
tersenyum sinis hanya berdiri melihat aksi yang biasa dilihatnya bila Mak Limah
sudah naik hantu. Hatinya juga puas bila melihat air mata Lily Sarah.
“Kau
memang anak tak guna. Suka malukan aku!” Mak Limah terus menarik rambut panjang
Lily Sarah dan menyeretnya hingga ke tengah dapur.
“Sakit
Mak long! Sakit!” Lily Sarah memegang tangan Mak Limah dan sedaya upaya menarik
tangan Mak Limah yang menampar – nampar kuat mukanya. Perit wajahnya bila diperlakukan
sebegitu rupa. Tidak cukup itu Mak Limah terus mencapai batang mop lalu memukul
tubuh Lily Sarah sekuat hati. Melaung – laung Lily Sarah meminta tolong dari
Syaza tetapi yang diterima hanya jelingan dan ejekan dari Syaza yang sedikit
pun tiada simpati.
“Kau
memang perempuan tak guna. Dasar anak GRO! Memalukan! Kau dengan emak kau sama saja. Suka sangat
menyundal. Anak tak sedar diri!” bertubi – tubi batang mop singgah ke tubuhnya. Tidak cukup itu Mak
Limah kembali meukul – mukul wajah Lily Sarah sekuat hati. Sebenarnya dia amat
geram bila melihat wajah Lily Sarah tidak ubah seperti arwah adik tirinya yang
sewaktu dulu digilai ramai lelaki di kelab – kelab malam.
“Sakit
mak long! Sakit. Tolonglah!” Lily Sarah tidak henti merayu. Wajahnya sudah
basah dengan air mata.
Syaza
tersenyum puas. Sekurang – kurangnya rasa hatinya terbalas juga. Mak Limah
masih tidak henti – henti memukul Lily Sarah. Dari rambut hingga ke hujung
kaki, habis ditendang dipukul dan di tampar – tamparnya muka Lily Sarah dengan
tenaga yang ada. Dia tidak puas. Tidak puas menyakiti tubuh Lily Sarah yang
kurus itu.
“Mak
long, Lily Sarah minta maaf kalau Lily Sarah sakitkan hati Mak long. Tolonglah
Mak long, sakit” Lily Sarah merayu – rayu sambil menyusun jari memohon kemaafan.
Wajahnya penuh dengan air mata. Sakit perutnya bila dikerja sebegitu rupa.
Meskipun selalu dikerjakan sebegini rupa dia tiada niat untuk membalas dendan.
Bukan sahaja tiada kudrat tetapi dia rasakan dapat menumpang di rumah Mak long sudah
memandai.
“Kau
ni memang perempuan jalang. Kau tak malu ke berbual – bual dengan jantan dalam
kereta depan orang ramai. Kau tak tahu ke orang kat sini mulut macam tempayan.
Kalau dia orang mengata kau, aku yang dapat malu tahu tak! Malu” Mak Limah
menunjuk – nunjuk mukanya lalu terus melepaskan satu tamparan ke muka Lily
Sarah.
Lily
Sarah yang masih terbaring terus menutup wajahnya. Sakitnya tidak terperi. Dia
tidak terdaya untuk menangis lagi sebaliknya merelakan apa sahaja perbuatan Mak
long terhadap dirinya. Silap dirinya membenarkan Ariq Iskandar menghantarnya
sampai depan rumah. Kalaulah dia lebih berkeras agar lelaki itu menghentikannya
depan perhentian bas pun sudah cukup. Ariq Iskandar menggila – gila mahu tahu
tempat tinggalnya.
“
Sudah! Bangun kau! Sekarang aku nak kau siapkan makan malam kami berdua. Kau
masak nasi goreng sekarang jugak. Aku dengan anak aku dah lama tunggu kau
balik. Aku dah bosan makan ayam goring, kau faham?!” tengking Mak Limah terus
bangun menuju ke biliknya.
Syaza
sempat mengejeknya sebelum berlalu masuk menuju ke bilik Mak Limah. Lily Sarah yang
masih lemah gagahkan diri untuk bangun. Dia harus menyediakan makan malam. Dia
tidak rela tubuhnya di sakiti lagi. kalau dia tidak dapat menjamah makanan mala
mini, tidak mengapalah. Mujur Sham membekalkan satu set ayam goreng untuk
dirinya. Kalau ikutkan dia sudah jemu makan ayam goreng setiap hari. Sebelum
pulang ke rumah juga, Ariq Iskandar sempat membawa dia makan tengahari di
sebuah restoran laut. Sempatlah juga dia menjamah nasi goreng bersama lauk pauk
Wanita
tua berkerusi roda mengesat air mata yang tumpah ke pipi. Dia masih termenung menghadap jendela. Hujan
di luar masih tidak berhenti.begitu juga hatinya yang masih menangis, tidak
akan mungkin berhenti. Kesalnya menggunung tinggi bila mengenangkan dosa – dosa
lampaunya. Dosanya terhadap anak yatim begitu besar. Selama dia membesarkan
anak yatim, satu sen anak yatim itu tidak merasa harta sendiri. Setiap amlam
dia bermimpi yangd ia dipaksa makan unggun api yang membara. Sakitnya tidak
terperi. Wanita tua itu ketakutan bila menginggat mimpi ngeri itu. Setiap malam
dia gagahkan diri untuk bersolat taubat dan menghabiskan sisa tuanya dengan
membaca Al Quran.
Wanita
tua itu terus menangis dan meraung – raung kesal. Nasi sudah menjadi bubur. Masa juga tidak akan
berpusing kembali ke masa lampau. Kalaulah boelh, mahu dia memohon ampun dari
anak yatim itu.
Di
ribanya terdapat satu majalah yang dipinjam dari seorang penjaga rumah kenanga.
Matanya tepat merenung wajah ayu yang menjadi muka depan majalah GAYA. Hatinya
tersentuh bila membaca artikel yang memuatkan gambar Lily Sarah. Wajah Lily Sarah
saling tidka tumpah seperti wajah arwah adiknya. Cantik dan manis..
Dia tersenyum
tapi lama kelamaan senyuman itu menjadi hambar. Dia merasakan dia tidak layak
merasa kagum akan kejayaan anak saudaranya yang juga anak yatim. Dia menangis
lagi. kali ini lebih kuat.
“Maafkan
Mak long, Lily. Maafkanlah. Sebelum Mak long pergi, Mak long nak sangat bertemu
dengan kau, nak. Ya Allah ketemukanlah aku dengan Lily sebelum KAU mengambil
nyawaku” mohon doa wanita tua itu. Wajahnya yang berkedut tersimpan kekesalan
yang tidak akan berpenghujung. Perlahan – lahan dia mengesat air mata yang
masih tidak berhenti turun.
“Mak
Limah, jom kita ke dewan makan. Makan malam dah disediakan” satu suara wanita
muda muncul bersama senyuman.
Mak
Limah cepat – cepat mengesat saki baki air mata kemudian mengangguk laju. Dia
tahu itu suara, Wafa, penjaga setianya yang tidak pernah jemu melayaninya.
Memandikan dia, membasuh kencing najis tanpa sebarang rungutan. Dia tahu anak
muda ini ikhlas membantunya. Dia bersyukur ditempatkan di sini. Sudah lapan
tahun juga dia berkelana di sini. Tidak mengapalah kalau penghujung usianya
berakhir di sini. Sekurang – kurangnya dia ada tempat untuk berteduh.
No comments:
Post a Comment