Showing posts with label Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Penulisan. Show all posts

Friday, February 17, 2017

Projek penulisan Kembara

Assalamualaikum
Wahai pengembara sekelian alam!
Saya mencari pengembara mahu pun penulis yang mahu menulis kisah perjalanan kembara yang menarik, menyedihkan, menyayat hati, melucukan, melukakan, mendukakan dan apa sahaja jenis emosi, marilah kita kongsikan bersama pembaca.

Haaa mana tahu, mungkin karya-karya kembara itu menjadi panduan, rujukan kepada para pembaca yang ingin mengembara TETAPI kita terbit dan kita jual sama-sama. Tiada royalti namun karya hakcipta anda. Selain itu, kobolarasi ini menjadikan anda USAHAWAN yang berjaya.

Ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi saya di talian WhatsApp atau telegram di nombor 0193914673











Ini antara antologi yang diterbitkan dengan pelbagai genre dan tema






Saturday, August 6, 2011

Dia Dihatiku......Liana Afiera Malik

Salam semua,
kali ini saya hendak bercerita tentang seseorang yang pernah mengubah saya dan menjadikan impian saya sebagai seorang penulis adalah satu realiti yang nyata. Beliau adalah idola dan juga mentor saya iaitu LIANA AFIERA MALIK. saya amat gemar membaca kisah YOYO yang pasti menjadi kegilaan remaja dulu. Perkenalan saya bermula melalui email. Saya begitu teruja dan tidak menyangka beliau sudi membalas email saya. ketika itu novel teragung beliau, BUKAN PUTERI LINDUNGAN memang mendapat sambutan hebat.

Saya berkenalan dengan beliau pada tahun 2005, ketika itu saya menuntut di shah alam. Saya ada menceritakan tentang novel yang saya tulis. ketika itu beliau ada membuka syarikat penulisan bernama NYLEA PUBLISHING. saya teruja dan mahu beliau menilai novel pertama saya itu. Kemudian tahun 2006 saya menemui beliau di restoran Secret Recipe di Sogo. kami mula berbincangkan tentang novel saya dan masa bertemu beliau saya memang teruja. Kak Liana seorang yang peramah dan mulutnya suka bercerita dan wajahnya bersahaja
Pertemuan pertama ketika itu saya benar - benar kagum dengan kecantikan yang beliau walaupun berwajah bulat. Seinga saya beliau datang bersama pembantu beliau bernama Adah. Jadi dari situ kami berkenalan dan beliau sudi menerbitkan novel sayawalaupun ketika itu karya - karya NYLEA PUBLISHING sudah melonjak di pasaran. Novel pertama saya bertajuk SEINDAH RINDU berada di pasaran.
Beliau sentiasa memberikan nasihat, motivasi, pandangan tentang dunia penulisan. saya pernah bercerita dengan beliau tentang novel - novel Ahadiat Akasha
" Kak Liana, kenapa ye Ahadiat akashah suka tulis watak hero dan heroine begitu sempurna sekali. Yelah hero tu mesti kacak gila. heroine mesti cun"
Nak tau apa jawapan Kak Liana?" Sebab penulisnya handsome. Ahadiat tukan hensem"
Ya saya mengakuinya sebab pernah tengok muka Ahadiat dalam novelnya. Ketika itu saya bertanya tentang Ahadiat Akashah. Kemudian saya tanya tentang penulis bernama Lamia Aimal.
Kak Liana selalu juga menghubungi saya bertanyakan perkembangan saya malahan Kak Liana selalu juga berceritakan tentang keluarganya terutama anak - anaknya iaitu Quzir dan Qaisara. saya tidak lupa dua adiknya yang cantik iaitu Nadia dan Baby
Tahun 2008, novel saya diterbitkan oleh beliau bertajuk TIADA CINTA LAGI. Beliau bertanya pada saya, "Ida nak cover novel yang macam mana?"
"Saya pun jawab, kalau boleh nak ala -ala macam muka Siti Nurhaliza dan latar belakangnya ada bunga"Ketika itu Kak Liana, pembantu, anaknya dan dua adiknya turun ke Melaka semata - mata mahu bertemu dengan saya pada tahun 2007.
Pada tahun 2008 hubungan kami  berdua terputus.Kak Liana seperti menyepikan diri. Sebelum ini dia ada beritahu yang kesihatan beliau kadang - kadang kurang memberangsangkan. Sebelum itu juga ,pereka cover novel kak liana iaitu Ajib telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Pada hari 4 ogos 2011, saya membuka blog Aina Emir. saya terpaku apabila terpandang novel BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN. hati terus berdetik nama kAk Liana. saya terus membaca blogitu. Bila sebut kak Liana telah meninggal saya terus menangis. Saya rasa macam tidak percaya. tak percaya yang kak Liana telah pergi. Untuk kepastian, saya hubungi novelis, kak Lily haslina Nasir. Beliau mengesahkan berita itu. saya tidak puas hati lagi, saya sms penerbit Kaki Novel, Encik Rizal. Beliau turut menerima berita itu. saya tidak dapat membayangkan yang kak Liana telah pergi meninggalkan suami, dua anaknya dan adik beradiknya. Al fatihah untuk Kak Liana.....

Thursday, June 30, 2011

Cerpen di dalam Majalah Jelita

Assalammualaikum
Saya masih tak lupa, dalam bulan empat rasanya saya menerima panggilan darri kakitangan majalah Jelita yang mahu meminta kebenaran saya untuk memuatkan cerpen karya saya dalam majalah Jelita. Ketika itu saya memang teruja. Alhamdulilah, ada juga cerpen saya menjadi perhatian sebuah penerbitan majalah yang terkenal.
Okey, petang tadi saya ke Tesco singga ke News. saya terdetik unuk membelek - bele jalah Jelita edisi bulan Julai. Saya menyelak secara rambang, tiba - tiba terpandang satu watak cerpen iaitu Nurul Iman, lantas saya mencari nama penulis dan tajuk. Alhamdulilah tertera nama Ida Nardiel dan tajuk cerpen saya ialah KEKASIH

Saturday, May 28, 2011

Sagu hati sumber Inspirasi

Salam
Kiri: Ketua IPM, ketua IKSEP, Ketua Menteri Melaka, Senator dan pengarah DBPWS

Saya dibarisan nombor dua, di kiri sekali

Pada 26 Mei 2011 saya dan emak ditemani sahabat baik emak saya, Makcik Timah. meskipun agak terlewat saya rasa majlis akan dimula lambat. Sebaik sahaja tiba di perpustam, saya melihat ebgitu ramai manusia maklumlah majlis yang diadakan adalah peringkat negeri melaka. saya benar - benar teruja. walaupun sekadar mengutip sagu hati saya amat berpuas hati. Setiap kali masuk pertandingan penulisan, saya memang ada tempat. tempat yang paling baik pun tempat nombor tiga dan paling bertuah pun tempat saguhati. Sejujurnya saya mahu bertemu dnegan teman - teman penulis kelahiran negeri Melaka dan juga ahli - ahli IPM.
Saya mengambil tempat yang dikhaskan. Kiri saya adalah seorang wnaita berusia 40-an bergelar guru dan sebelah kanan saya adalah seorang Jurutera yang juga dalam lingkungan usia 40-an. Sesekali kami bernorak mengenai dunia penulisan.
Sementara menanti kedatangan ketua Menteri Melaka, kami dihiburkan dengan deklamasi sajak.
Sebaik sahaja KM sampai, kami pun berdiri menyanyikan lagu negaraku, Melaka Jaya dan lagu Melaka Maju.
Ucapan dimulakan dengan ketua IPM iaitu Hj Mokhtar Yassin diikuti dengan ucapan KM yang banyak memberi semangat dan inpirasi agar terus menulis. Memudian Pengarah DBDPWS mengulas mengenai pemilihan pemenang. cerpen yang diterima adalahs ebanyak 88 buah dan puisi sebanyak 103 buah. Pemilihan dipilih mengikut tema, teknik penulisan, dan sebagainya. walaupun kalau dilihat cerpen dan puisi itu kelihatan biasa namun ia ada mutu dan kualiti jika dikaji. Persoalan dan tema yang banyak diterima adalah cinta. Namun pengarah menengaskan persoalan intelektual harus dikukuhkan.
Pada saya, persoalan cinta adalah persoalan yang murah sangat. Sejujurnya saya tidak berminat dnegan cerpen berunsur cinta melainkan novel cinta yang banyak menggarap persoalan lain selain cinta. jadi untuk menghasilkan cerpen, banyak perkara yang harus dikaji. Begitu juga dengan puisi yang menilai dari segi metafora, perlambangan, diksi dan sebagainya.
Seterusnya Km merasmikan buku antologi bertajuk Ombak dan pantai yang memeuatkan hasil - hasil tulisan anak - anak negeri Melaka yang menganggotai IPM.
saya juga mahu mengucapkan tahniah kepada pensyarah UPM saya iaitu, Prof madya Arbak Othman, yang mengajar saya subjek Fonetik dan Fonologi di UPM. Rupa - ruoanya beliau adalah anak kelahiran Merlimau, orang kampung saya rupanya. saya selalu terjumpa puisi Prof Madya Arbak di majalah - majalah terbitan DBP
Sesi penyampain hadiah dijalankan. Tamat sahaja sesi penyampaian, saya, emak dan kawan emak menjamu selera mi goreng dan nasi impit bersama kari ayam. Yummy! memang sedap. saya bertambah dua kali hehehheheh.
Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Tuan  Razali Endun kerana mengepos borang sayembara cerpen dan puisi, menghadiahi saya buku tulisan beliau bertajuk Ranum dan juga borang menjadi ahli IPM. Teri ma Kasih banyak - banyak

Brosur

Sijil

Buku Ombak dan Pantai yang dirasmikan oleh KM dan kiri kanan tu adalah tulsian pelajar - pelajar sekolah dari Melaka dan Johor

Saturday, May 21, 2011

Keputusan Penuh Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak 2011 Anjuran IPM dan DBPWS


Alhamdulilah, minggu lepas aku balik rumah sekejap. walaupun emak dan ayah ke Kelantan dan terengganu dan masa yang sama rumah aku sedang dalam proses ubahsuai, aku tetap balik rumah untuk memeriksa surat menyurat. Aku tahu abang mat akan menyimpan surat - surat ke dalam rumah. tapi masa balik rumah tu, aku ada nampak sekeping kas pos laju yang bertulis nama aku. Aku terfikir ada barang apa lagi? Sebab aku dah tak membeli barang - barang melalui internet. Jadi aku ni jenis tak menyabau , aku terus ke pejabat pos merlimau. Aku berdebar - debar. Di dalam hati aku harap sangat ada berita yang menggembirakan.
Posmen pun mneyerahkan satu surat separuh kertas A4 yang ada lambang DBP. Aku ambil dan terus buka isi surat di dalam pejabat pos juga. Taraaa aku membaca dengan penuh gembira dan ada rasa terkejut. alhamdulilah, akhirnya aku dapat juga tempat dalam pertandingan Sayembara menulis Cerpen dan sajak anjuran IPM dan DBPWS.  walaupun sekadar saguhati. Aku bersyukur sangat. Aku sedar setiap kali pertandingan menulis, aku memang ada tempat untuk sagu hati. paling baik pun aku pernah dapat tempat ketiga. Tidak mengapalah perjalanan aku untuk menulis masih panjang. Rezeki menulis ada di mana - mana. Aku pun dah jadi ahli IPM dan kelab Purnama, DBP
Sejujurnya aku tak pernah dapat bimbingan darimana bengkel penulisan cerpen melainkan penulisan puisi di RTM Melaka.
kalau nak tahu senarai nama pememang yang lain sila ke Razali Endun
Tapi aku pun tak sangka sebab Pensyarah UPM aku pun ada menang tapi dalam penulisan puisi. iaitu Dr Arbak Othman, rupa - rupanya dia orang Kampung Sebatu, Merlimau
Esoknya aku terus mohon cuti untuk aku menghadiri penyampaian hadiah sayembara yang akan di adakan di Perpustakaan Awam Melaka pada 26 Mei, hari Khamis.