Saturday, May 28, 2011

You Did What

Salam

Zaman sekarang kahwin lewat dan ada yang takut nak kahwin pun ada pada zaman sekarang. Barangkali ada yang tidak mampu memberikan komitmen gara - gara obses terhadap kerja dan memerlukan wang yang lebih lebih - lebih lagi pada zaman yang ekonominya membuatkan amsyarakat pening kepala. Barang  - barang dan minyak naik membuatkan pengguna berfikir dua kali untuk mendirikan amsjid. lelaki yang bimbang selalu akan berkata, " Apalah aku nak bagi anak orang makan? takkan nak bagi makan pasir atau batu? Sekarang ekonomi tidak membantu pengguna". Bagi kaum perempuan pula, memnag ada yang hendak berkahwin dan ada juga yang tidak. Masing - masing ada persepsi tersendiri.
Bagi filem You Did What mengisahkan Charlie yang bercinta lama dengan Ashley sehingga duduk serumah masih belum bersedia untuk berkahwin sedangkan Asley sudah lama memberi hint agar dia dilamar oleh Charlie. Mereka berdua sellau bertengkar dan akan berbaik semula kerana sedar mereka tidak mampu berpisah. 
Manakala adik Charlie, Greg pula mahu berkahwin dan jatuh cinta dengan ekkaishnya hanya dalam satu hari sahaja membuatkan Charlie terfikir adakah Greg main - main atau serius. pada Charlie, Greg belum betul - betul mengenali teman wanitanya.
Sehinggalah suatu hari, Asley telah menelefon ayahnya memberitahu yang Charle dan dia akan bertunang. Charlie yang mendapat berasa amat marah dengan tindakan Ashley.
Ashley membuat keputusan untuk pulang ke rumah ibubapanya. Charlie mencari Asley untuk meminta maaf tetapi dihalau oleh bapa Ashley.


No comments: