Saturday, May 21, 2011

Ranum

Assalammualaikum



Kali ni saya nak cerita pasal sebuah buku antologi yang memuatkan cerpen - cerpen tulisan Razali Endun.  bagaimana saya dapatkan buku ni? Begini pertama kali saya dapat tahu tentang pertandingan sayembara menulis cerpen dan puisi, saya bergegas menghantar email kepada Tuan Razali. Saya masa tu amat berminat mahu menyertai pertandingan penulisan tersebut. Sebab dah lama saya nantikan pertandingan untuk anak watan negeri Melaka. alhamdulilah Tuan Razali membalas email dan sedia mengepos borang penyertaan dan borang menjadi ahli IPM. Masa saya terima borang, Tuan Razali turut menghadiahkan buku tersebut yang bertajuk Ranum. terima kaish banyak - banyak dan moga Tuan Razali terus bekarya
Okeylah berbalik kepada buku Ranum. Sejujurnya cerpen - cerpen di dalamnya memang best sangat. saya baca berulang - ulang kali terutamanya cerpen Ranum dan Meon Shomaker. Kesemua cerpen tulisan beliau adalah yang pernah tersiar di akhbar dan juga di majalah

No comments: