Posmen pun mneyerahkan satu surat separuh kertas A4 yang ada lambang DBP. Aku ambil dan terus buka isi surat di dalam pejabat pos juga. Taraaa aku membaca dengan penuh gembira dan ada rasa terkejut. alhamdulilah, akhirnya aku dapat juga tempat dalam pertandingan Sayembara menulis Cerpen dan sajak anjuran IPM dan DBPWS. walaupun sekadar saguhati. Aku bersyukur sangat. Aku sedar setiap kali pertandingan menulis, aku memang ada tempat untuk sagu hati. paling baik pun aku pernah dapat tempat ketiga. Tidak mengapalah perjalanan aku untuk menulis masih panjang. Rezeki menulis ada di mana - mana. Aku pun dah jadi ahli IPM dan kelab Purnama, DBP
Sejujurnya aku tak pernah dapat bimbingan darimana bengkel penulisan cerpen melainkan penulisan puisi di RTM Melaka.
kalau nak tahu senarai nama pememang yang lain sila ke Razali Endun
Tapi aku pun tak sangka sebab Pensyarah UPM aku pun ada menang tapi dalam penulisan puisi. iaitu Dr Arbak Othman, rupa - rupanya dia orang Kampung Sebatu, Merlimau
Esoknya aku terus mohon cuti untuk aku menghadiri penyampaian hadiah sayembara yang akan di adakan di Perpustakaan Awam Melaka pada 26 Mei, hari Khamis.
1 comment:
Salam. Saja singgah kat sini.
Post a Comment