Wednesday, February 16, 2011

God, please give me more time

Salam,
kebosanan yang melanda membuatkan aku kembali menonton VCD dan DVD lama dalam simpanan aku. Aku tertarik untuk menonton kembali God, please give me more time lakonan Kaneshiro Takeshi sebagai Ishikawa Keigo dan Fukada Kyoko as Kano Masaki. Sebuah drama Jepun yang cukup menyayat hati dan aku sendiri rasa sebak teramat sangat.
Mengisahkan masaki, pelajar sekolah tinggi yang berusia 17 tahun yang mempuntai sahabat baik  tetapi rasa tersisih dalam keluarganya sendiri di mana ibunya seorang yang lemah lembut mempunyai teman lelaki di belakang suaminya, manakala ayahnya seorang yang bekerja keras seakan tidak mahu mengambil berat tentang isteri dan anak - anak dan adiknya yang rajin belajar dan amat mementingkan peperiksaan.
Masaki suka menghabiskan masa di luar setiap kali habis sekolah. Masaki amat menggilai Keigo seorang Komposer yang hidup dalam kesepian dan suka berfoya - foya. Kaoru, seorang penyanyi popular berganting pada lagu - lagu keigo.
Pada suatu hari tiket konsert Keigo hilang dan memaksa Masaki menjual tubuhnya pada seorang lelaki. pada malam konsert itu, Masaki menemui Keigo dan segalanya bermula dan mengubah hidup masaki menjadi lebih buruk di mana dia disahkan menghidap HIV positif. Masaki menyalahkan keluarganya yang mementingkan diri sendiri dan Keigo sentiasa mendekatkan diri dengan Masaki kerana dia merasakan dirinya yang menyebabkan Masaki mendapatkan penyakit HIV positif. Masaki dibuli oleh rakan - rakannya dan selalu tertekan dan terfikir mahu membunuh diri tetapi Keiro tetap memberikan dia semangat




No comments: