Bab 2
KLIA
2 sesak dan padat dengan manusia pada tengahari ini. Selepas membuat
pendaftaran di kaunter, dia terus mencari kafe yang sesuai untuk menikmati
makan tengahari. Kalau boleh dia mahu kafe yang lenggang. Di saat ini dia
mahukan ketenangan dan ruang untuk dia rasa selesa. Biasa selepas menikmati
makanan, dia akan membaca seketika dan mengemaskini media sosial.
Dia
rasa senang untuk ke restoran McDonald. Setelah membayar hidangan, dia terus
mencari tempat di hujung sekali. Dia sengaja mahu jauh dari pandangan manusia.
Dia mencicip kopi hingga tinggal separuh kemudian menggigit burger Mcchiken
juga hingga separuh. Ipad dikeluarkan dari dalam beg. Dia mencari-cari maklumat
tentang Pulau Dewata yang bakal dikunjungi tidak lama lagi.
Slogan yang
dijolokkan kepada Bali, sebuah pulau yang luasnya dua kali kota Kuala
Lumpur dengan kepadatan penduduk menyamai jumlah rakyat jelata Negeri
Johor dengan anggaran penduduk lebih kurang 4 juta orang.
Dia melirik jam
di tangan kiri. Penerbangan ke Bali tinggal satu jam setengah lagi. Lila Suhaili mendongakkan
dagu. Pandangannya meliar di luar restoran.
Tiba-tiba
pandangan terganggu dengan satu tubuh tinggi lampai yang muncul dari arah mana
pun dia tidak pasti. Dia mendongak sambil mengetapkan bibir. Seorang pemuda
memberi salam.
"Boleh saya
duduk di sini. Meja lain dah penuh" mohon pemuda bertubuh tinggi lampai
sambil tersenyum.
Lila Suhaili
terkejut. Penuh? Seingatnya restoran makanan segera ini kurang pengunjung. Dia
mengitari ruang legar. Masih ada banyak meja yang kosong. Lila Suhaili memperbetulkan
posisi duduknya lalu mengangguk sekali. Dia menarik buku karya Jane Austen
bertajuk Emma. Gelas minuman dicicip hingga habis.
Pemuda itu
seraya duduk sambil meletakkan segelas minuman bersama kotak sandwich. Kemudian
satu beg dicapai dari atas bahu. Sebuah kamera jenama Nikon dikeluarkan dengan
berhati-hati.
Lila Suhaili hanya
melirik dari hujung mata. Pemuda itu membelek-belek kamera sambil
memusing-musingkan kamera itu berkali-kali. Jurugambar agaknya, teka Lila.
Seketika
kemudian pemuda itu mengeluarkan organizer dari beg kamera juga. Organizer itu
diselak-selak mencari sesuatu. Pemuda itu tersenyum bila melihat tiket yang
terselit dicelah-celah Organizer.
Lila Suhaili sedikit
tersentak apabila terdengar lagu Jesnita berkumandang. Pemuda itu dengan muka
selamba mengeluarkan Iphone daripada beg kamera juga lalu menjawab panggilan.
"Bambang,
aku ada masa lebih kurang satu jam lagi. Iya, aku tahu! Kau kena halang
pernikahan Jes. Aku sayang dengan Jes, Bam. Iya, kita akan jumpa di Bali. Jangan
lupa jemput aku. Arghhh aku tak peduli. Tak kira apa pun, Jes takkan bernikah
dengan Benji. Sialan dia! Ben tikam aku, tahu tak!. Sudah. Kita jumpa petang
ini. Ingat, jemput aku" talian dimatikan.
Mata Lila
Suhaili membulat. Bali? Pasti naik kapal terbang yang sama. Agaknya Jes yang
dimaksudkan ialah Jesnita.
Lila buat-buat
sedang membaca. Pemuda itu merenung Lila, " Saya mahu tanya kamu"
Lila memandang
muka pemuda itu, "Tanyalah!"
"Kalau
kamu, kamu mahu cinta sejati atau harta yang bertimbun?" tanya pemuda itu
dengan loghat Indonesia yang pekat. Wajahnya juga tidak seperti orang
Indonesia. Pasti ada darah kacukan.
Tanpa berfikir
panjang, " Sudah tentu cinta"
"
Kenapa?" tanya pemuda itu ingin tahu.
"Cinta tak
boleh di beli dengan wang"
Pemuda itu tersenyum
memandang Lila, " Awak pasti ke dengan cinta awak boleh hidup bahagia?”
Lila Suhaili
berjeda seketika kemudian mengangguk laju,” Ya,saya yakin!”
Pemuda itu merenung wajah Lila
Suhaili sehinggakan gadis itu rasa kurang selesa,” Yakin?”
Lila Suhaili mengangguk, “Cinta itu
membahagiakan tapi tak mudah memiliki cinta sejati”
Pemuda itu terdiam
“Nama aku Alamsyahrizal. Panggil
saja aku Rizal. Nama kamu?” tanya pemuda itu dengan senyuman nipis.
“Lila Suhaili. Kamu Jurugambar?”
“Iya aku Jurugambar. Aku mahu ke
Bali. Kamu?”
“Ke Bali juga” balas Lila Suhaili
sambil merenung wajah pemuda yang sedang memandangnya. Manis. Kacak. Barangkali
sudah berpunya. Pria Indonesia lebih kurang sama dengan jejaka dari Malaysia.
“ Kamu sendiri?”
Lila Suhaili mengangguk.
“ kamu berani ke Bali seorang diri?”
riak wajah pemuda itu terkejut.
Lila Suhaili mengangguk, “ Ya, saya mahu mengembara. Bucket
list sebelum saya berusia 40 tahun”
“Kamu wanita bercita-cita besar. Biasanya wanita impiannya hanya
mahu kahwin saja” kata Alamsyahrizal dengan nada sinis.
“Sebenarnya saya mahu cari seseorang di sana. Pelukis
terkenal, Ian Aditya . kamu kenal?”
Alamsyahrizal diam seketika,” Siapa tu?”
“Kawan arwah mama saya. Pelukis terkenal dari Indonesia.
Takkan kamu tak kenal? Itu nama besar” kata Lila Suhaili seperti tidak puas hati.
Dia selalu mengikuti perkembangan Ian Aditya melalui media sosial dan blog. Dia
begitu kagum dengan lukisan-lukisan pelukis terkenal itu. Bukan sahaja terkenal
di Ondonesia mahupun asia tetapi seluruh dunia mengenal nama itu.
Alamsyahrizal tersengih sambil menggaru-garu kepala yang
tidak gatal,” saya lebih kenal Jurugambar daripada pelukis. Sebenarnya aku ke
Bali mahu halang perkahwinan kekasih saya”
“Ha? “terus Lila Suhaili memandang wajah Alamsyahrizal yang
menjungkit kening kepadanya.
“Dia kahwin pilihan keluarga. Dia gadis yang paling aku
cintai. Aku ini ngak punya apa-apa tapi aku yakin membahagiakan dia” kata
Alamsyahrizal yakin.
Lila Suhaili diam. Melarikan bakal isteri orang itu kerja
gila. Ya barangkali cinta pria ini juga gila! Cinta itu gila! Dia tidak pernah bercinta.
Teringin tapi takut.ada yang ingin bercinta dengannya tapi dia tolak.
“Jika dia jodoh kamu, usah kamu bimbang. Jika bukan, kamu bias
ketemu orang lain yang lebih baik dari dia” selamba Lila Suhaili berkata-kata tanpa
memandang wajah pemuda di depannya. Dia tahu pemuda itu sedang merenung wajahnya.
“ Tapi aku sangat mencintai dia” tekan Alamsyahrizal.
“Jika dia mencintai kamu, dia sanggup menolak pilihan keluarganya.
Mungkin pilihan keluarganya lebih baik dari kamu. Barangkali?” berani Lila Suhaili
berkata-kata.
Alamsyahrizal terdiam seketika, “Banyak uang mungkin tapi yang
pasti aku lebih kacak dari bakal suaminya” katanya diakhiri dengan tawa.
Lila Suhaili tertawa sinis. Lelaki ini masih belum boleh terima
kenyataan. Dia teringat satu tajuk lagu lama, kekasihku dipetik orang. Lila Suhaila
tersenyum sendirian. Sedalam amna cinta, belum tentu orang mampu berenang ke tengah
lautan. Setinggi mana pun cinta, belum tentu ada yang sanggup mendaki.
Lila Suhaili menolak bekas makanan dan minuman ke tengah meja.
Buku dan Ipad disimpan semula ke dalam tote,” Maaf aku pergi dulu”
“Maaf, flight kamu?” tanya Alamsyahrizal.
“Malindo Air. Saya mahu check
in. Semoga berjaya untuk awak. Jika dia ditakdirkan untuk awak, semuanya akan
jadi mudah. Jika bukan, jalan kamu untuk miliki dia lalui makin sukar” pesan Lila
Suhaili sebelum meninggalkan restoran McDonald.
Alamsyahrizal yang sedang mengelap kameranya dengan tuala sekadar
mendiamkan diri.
No comments:
Post a Comment