Lila Suhaili pelajar
Ph.D Komunikasi mengambil keputusan untuk mengembara. 7 buah Negara menjadi
pilihannya iaitu Indonesia, Australia, Perancis, Singapura, Thailand, Itali dan
England. Beliau mengambil keputusan mengembara sambil menyiapkan Ph.D yang
hampir siap untuk melengkapkan impian dan menunai impian arwah mama. Dengan menggunakan wang dan jurnal peninggalan arwah mamanya, dia
mahu mencari seseorang yang boleh merungkai asal usul dan kisah cinta arwah mamanya. Dia
ingin tahu siapa sebenar ayah kandungnya lantaran kebencian papa dan keluarga
papa terhadap dirinya. Pengembaraan Lila Suhaili menemukan dia dengan
Alamsyahrizal, lelaki keturunan Batavia dari Indonesia yang bekerja sebagai
Jurugambar di luar Negara.
Setiap Negara yang dikunjungi dia akan bertemu dengan
Alamsyahrizal secara kebetulan dan manusia-manusia yang memberikan dia semangat dan motivasi
agar meneruskan hidup ini meskipun dibenci papa sendiri. Pertemuan dia dengan
sahabat Alamsyahrizal iaitu Dr Alex membuatkan dia terkejut berikutan
pertemuan jurnal Kartini Daeng Misbah, wanita keturunan Bugis. Tidak cukup itu,
gambar wanita dalam jurnal itu sama dengan potret yang tergantung di rumah
nenek Lila Suhaili di Melaka. Malahan neneknya memberitahu Kartini dan Lila Suhaili mempunyai persamaan. Bukan sahaja wajah tetapi sikap degil dan suka memberontak. Dr Alex ingin menyusuri sejarah keturunan Kartini
berikutan percintaan Kartini dengan Partama, pedagang kecil dari Bukit Tinggi di halang oleh bapa Kartini,
Daeng Misbah. Percintaan Kartini dan
Partama bukan sahaja dihalang oleh Daeng Misbah tetapi ada satu keturunan Jawa
telah mengenakan sumpahan agar Partama tidak akan bernikah dengan sesiapa
lantaran anak keturunan Jawa itu kalah bertarung dengan Partama. Anak keturunan
Jawa itu juga menaruh hati kepada Kartini tetapi ditolak Kartini. Dendam anak ketrunan jawa itu membuatkan Kartini tidak
bernikah dengan sesiapa sehingga mati.
Kajian
Dr Alex melalui jurnal Kartini menemukan keturunan Partama.Namun ada yang lebih
mengejutkan keturunan Partama ada kaitan dengan kekasih arwah mamanya dan keluarga
Alamsyahrizal. Alamsyahrizal dan Lila Suhaili mencari keturunan Jawa yang telah mengikat sumpah keturunan
Partama berikutan penceraian dan kematian jika lelaki keturunan Partama bernikah. Namun sesuatu
yang telah menghiris hati Lila Suhaili.
No comments:
Post a Comment