Bab 8
Rafail Adam berhenti menaip. Dia toleh
kiri kanan. Kemudian ke hadapan, menghadap jendela yang terbuka. Dia sengaja
menyewa unit pangsapuri yang menghadap taman. Jauh dari kesibukan kotaraya yang
tidak pernha tidur selama ini. Di sini tiada sesiapa. Sunyi. Sepi. Jika dulu
ada seseorang yang menemani dia menaip. Seseorang yang sentiasa menjaga makan
minumnya. Seseorang yang akan berbual dengannya sambil menonton televisyen.
Tidak cukup itu, mereka berdua kerap kali menonton teater ataupun wayang pada
hujung minggu. Seseorang itu juga sepertinya, seorang penulis tetapi lebih
kepada sajak. Apa yang sangat disukai seseorang itu, setiap kali ada pelancaran
buku baru novelis, dia akan diajak pergi melihat pelancaran itu. Berkali-kali dia diberitahu, yang dia akan
menjadi Penulis terkenal di dunia malahan akan menjadi kebangaan rakyat
Malaysia. Saat dia mahu menukar warganegara, seseorang itu melarang. Seseorang
itu adalah isterinya.
“Kita
akan kembali ke Malaysia. Ya, Malaysia adalah tempat kita derita, tempat kita
sengsara, tempat yang menyakiti hati kita tapi kita akan pulang seperti sinar
yang tidak akan henti sinarnya dan kita akan senyum seperti bintang yang tidak
akan berkelip” tutur seseorang itu lalu memeluk lengannyanya seerat yang
mungkin. Satu kucupan dilepaskan ek dahi isterinya itu.
Rafail
Adam meraup wajahnya lantas menuju ke dapur. Dia memanaskan air kemudian
mencari kopi. Saat dia mencapai mug, dia terpandang mug bewarna merah jambu
yang tertulis ‘Her’. Adam Rafail meneguk liur. Ada rindu. Ada sayang. Ada kasih.
Segala-galanya ada. Lily Sarah, bergetar bibirnya saat menyebut nama itu.
“Kurangkan
minum kopi, Lily. Tidak baik untuk kandungan” pujuknya sewaktu Lily Sarah hamil
hampir empat minggu.
Lily
Sarah hanya tersenyum kelat. Minuman itu adalah kegemarannya yang sukar
dihentikan.Kopi seperti dadah yang merangsang
dirinya agar lebih bersemangat.
Rafail
Adam mencicip kopi hingga separuh. Saat dia mahu kembali ke meja tulisnya, pintu
diketuk dari luar.
Mug
cepat-cepat diletakkan di atas meja kemudian melangkah laju menuju ke dayn
pintu. Dia dapat mengagak tetamu di luar.
Saat
pintu dikual, Mike tersenyum lebar
sambil menunjuukkan satu bekal yang di bawanya.
“
Lasagna. Jnagan bimbang, halal. Aku buats endiri” Mike terus masuk menuju ke
dapur.
Rafail
Adam menjungkitkan bahu. Dia tidak jadi menyambung kerjanya. Bila Mike datang
pada waktu-waktu begini, sudah tiba masanya minum petang. Terdengar bunyi
kelentang kelentung di dapur. Dia tahu Mike buat minuman sendiri. Mike sudah biasa dengan rumahnya. Tidak lama
kemudian muncul bersama hidangan lasagna dan teko berisi kopi.
“
Pandai kau masak Mike” Rafail Adam yang sudah tidak sabar-sabar lagi terus
mencapai ;pinggang kosong lalu meletakkan potongan lasagna ke atas pinggan. Dia
terus memotong sedikit lasagna dengan
garpu lalu di bawa ke dalam mulut.
“
Sedap lasagna kau ni. Pandai kau masak” puji Rafail Adam ikhlas.
Mike
tersenyum sambil menjungkitkan dahi. Dia
tahu keadaan yang menimpa Rafail Adam, dia harus berada di sisi rakan
sekuliahnya. Ditinggalkan isteri, pasti emosi Rafail Adam masih tidak stabil.
Sungguh pun begitu, dia merasakan Rafail Adam harus menerima akibat sebegini
rupa. Huh, curang dengan kawan baik isteri, inilah padahnya. Alessa, pelajar
sarjana berasal dari Hawaii yang sedang menuntut bidang kewartawanan di sebuah
university di New York. Siapa yang tidak tergoda dengan Alessa yang memiliki
wajah persis Adriana Lima, model dari Brazil itu. Selain miliki potongan tubuh
yang menawan dan seksi itu, Alessa juga manja dan bijak berkata-kata.
“Aku sayangkan Lily,
Mike. Aku sayangkan dia!’ kata Rafail Adam tiba-tiba. fikirannya berkecamuk
bila terpandang potret pernikahan mereka berdua yang masih tergantung di
dinding ruang tamu. Senyuman isterinya mampu mengoncang jiwanya malahan Mike sendiri kata Lily Sarah
diibaratkan satu dalam sejuta. Senyuman manisnya mampu menawan hati sesiapa.
Wajah asli Melayu Lily Sarah meletakkan Lily Sarah lain daripada yang lain di
bumi New York. Dia selalu bimbang kalu-kalau Lily Sarah diganggu hanya kerana
berhijab. Setiap kali dia berjalan beriringan dengan isterinya, tangan Lily
Sarah akan digenggam dengan erat. Dia takut. Bimbang jika ada perkara buruk
yang berlaku pada isterinya dan juga wanita-wanita berhijab di koraya urban
ini.
“Jadi kau mahu buat
apa? Pulang ke Malaysia dan mencari dia?” teka Mike.
Rafail Adam diam. Dia
tidak menyangka Lily sarah benar-benar menuntut penceraian darinya. Selepas dia
dan Alessa ditemui atas katil oleh Lily Sarah, dia melihat air mata isterinya
berjurai setiap masa. Selama itu juga mereka berdua langsung tidak
berkomunikasi. Mereka berdua bagaikan orang asing.
“Alessa bagaimana?”
tanya Rafail Adam. Selepas peristiwa hitam itu, mereka berdua terus terputus
hubungan.
“Alessa akan buat
persembahan VIVA pada hujung bulan ni. Dia ada beritahu aku, dia menyesal. Dia
tak sangka dia boleh jatuh cinta pada kau” kata Mike dengan suara mendatar.
Rafail Adam diam.
“Raff, bertaubatlah.
Kau dengan Alessa sudah melakukan hal terkutuk. Berzina. Berdosa besar, Raff”
kata Mike tiba-tiba memandang wajah Rafail Adam dengan pandangan tajam.
Dahi Rafail Adam
berkerut. Pandai pula, orang putih ni cakap zina, terkutuk dan dosa besar. Dia
rasa malu pada diri sendiri.
“Aku tahu Mike. Salah aku.
Hampir enam bulan dia tinggalkan aku macam
tu saja. Aku….aku belum ceraikan dia. alih-alaih dia pulang ke Malaysia. Aku diberitahu
dia jadi Editor Majalah” kata Rafail.
“Jadi?”
“Aku akan pujuk dia. Aku
akan bawak dia balik ke sini. Aku tak boleh hidup tanpa dia. aku sayangkan dia,
MIke” kata Rafail Adam lalu mencicip kopi hingga habis.
Mike terdiam.
No comments:
Post a Comment