Bab
9
Lily Sarah memandu Proton preve dengan
berhati – hati. Walaupun mampu memandu kereta buatan luar negara tetapi dia
tidak berminat. Dia lebih sukakan produk tempatan yang bukan sahaja murah,
mudah cari alat ganti tapi setanding dengan luar negara. Tiada apa yang harus
dibezakan. Sesekali kakinya menakan brek bila kereta di hadapan suka sangat
membrek. Lily Sarah mula membebel di dalam hati. Memang angin satu badan kalau
memandu di kala waktu orang balik kerja. Bukan sahaja berlaku kesesakan jalan
raya tapi kebanyakan pemandu di Malaysia memandu tidak mengikut undang –
undang. Dia teringatkan Edzral di hospital. Kasihan sahabatnya yang seorang
itu. Mengeluh Edzral bila diberitahu terpaksa bercuti selama 3 bulan. Pasti
mati kutu dibuatnya.
Sesekali
tangan kirinya gatal menukar channel
radio semata – mata mahu mencari lagu yang disukainya. Tapi kalau semua lagu
tak sedap, langkah terakhir baru pasang CD Datuk Siti Nurhaliza. Lagi puas hati
dari dengar juruhebah membebel tak tentu pasal.
Lily
Sarah perasan ada sebuah motor Srio Apprilia memotong dari arah kanan. Lily
Sarah terkejut dan mata membulat melihat penunggang di hadapan menunggang
dengan keadaan perlahan. Lily Sarah mendengus sedikit. Terpaksa dia memandu
dengan perlahan dan berhati – hati. Bila hendak memotong penunggang motor
sengaja menghimpit ke kanan. Mahu tak mahu terpaksa dia mengikut rentak
pemanduan penunggang motor yang perlahan itu. Sedang enak memandu kereta di
depan membrek sengaja mengejut. Widad yang baru hendak menekan pedal brek terus
menghentam belakang motor. Lily Sarah terus ternganga lalu meraup wajahnya
berkali – kali. Aduhai, makin menyusahkan hidup! Dia terus menumbuk stereng
kereta berkali – kai lalu bersandar lemah. Kemudian kembali menegakkan badannya
bila terfikir dia harus menemui penunggang motor itu. Widad melihat penunggang
yang lengkap dengan jaket hitam dan bertopi keledar turun dari motor.
“Assalamualaikum
saudara” Lily Sarah memberi salam dengan nada keras.
Penunggang motor itu membuka topi keledar. Wajahnya juga
serius mendekati Lily Sarah.
“Waalaikummusalam”
jawab lelaki itu dengan selamba. Wajahnya tenang merenung wajah Lily Sarah.
“Kalau awak pandu laju
sedikit saya rasa memang tak akan berlaku macam ni” kata Lily Sarah sambil
memeluk tubuh. Suaramya dikawal agar tidak meninggi.
Lelaki itu mengeluh
sambil bercekak pinggang sambil matanya mengitari jalan raya yang semakin
lenggang, “ Saya rasa jalan ini raya di sini menghadkan sampai 70 km sejamkan?”
“Ye betul. Tapi
sekarang waktu balik kerja. Semua orang hendak cepat sampai ke rumah. Tiada
masa hendak berdondang dendang di atas jalan raya. Lagipun dah nak masuk waktu
maghrib” suara Lily Sarah bergetar. Dia memang geram dengan cara pemanduan
motor lelaki itu. Sangat perlahan.
“So pendekkan cerita, awak yang salah. Kalau ikut undang – undang di
negara ini mana – mana kenderaan yang
melanggar dari arah belakang di anggap salah” jelas lelaki itu tersenyum sinis.
Lagi bertambah nanar
hati Lily Sarah mendengarnya. Dia memejamkan mata seketika cuba mencari kata –
kata yang sesuai untuk mengadili dirinya. Waktu-waktu begini dia malas hendak bertekak.
“Kenapa awak pandu perlahan
sangat. Awak tak boleh laju ke? Awak tak perasan ke sekarang dah nak tiba waktu
maghrib”balas Lily Sarah yang juga tidak mahu mengalah,
“Sebab dah nak masuk
waktu maghriblah kena pandu perlahan – lahan. Kalau laju – laju nanti macam –
macam boleh Nampak. Lintasanlah, kelibatlah. Takkan itu pun tak tahu” lelaki itu
memberi alasan.
“Okeylah. Saya nak
cepat dah ni. Ini business card saya.
Motor awak yang rosak tu saya bayar. Lagipun taklah teruk sangatkan?” Lily
Sarah terus mengeluarkan business card
dari beg tangan lalu disuakan kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu tersenyum
dan menyambut sambil membaca butiran yang tertera di atas kad itu. Brain pink
Team? Dia tersenyum sendirian.
“Lily Sarah? Sedap nama
tu. Okeylah, nama saya Aznal Firdaus. Selamat berkenalan. Memandangkan dah nak
malam, saya balik dulu. Saya akan telefon awak bila motor saya masuk bengkel” Aznal kembali
menyarung topi keledar dan menghalakan kaki ke arah motornya.
Lily Sarah kembali ke kereta
dan segera menghidupkan enjin kereta. Tidak berbunyi. Biasa kalau sekali pulas
sudah memekak bunyi enjin kereta tapi kali ini sunyi sepi. Dia mencuba kali
kedua. Di dalam hati dia berdebar – debar. Lanataran kesibukan yang memanjang
dia tidak daapt memberikan perhatian pada kereta kesayangannya.
“Tolonglah hidup!”
rungut Lily Sarah kegeraman. Dia seperti mahu menangis. Takkan dia hendak duduk
di tepi jalan dalam kereta pula. Hari semkain malam. Sudah kiri kanannya
kawasan hutan. Aklau ada kedai boleh juga di duduk makan dan bersolat.
Tuk! Tuk!
Lily Sarah segera
menoleh. Aznal Firdaussedang tersenyum kepadanya kemudian mengangkat kepala
tanda tanya. Lily Sarah segera menekan punat automatik di sebelah kanan
menurunkan cermin kereta.
“Kenapa?” tanya Aznal
sambil menjungkitkan kedua – dua kening.
“Kereta saya tiba –
tiba tak boleh hidup” kata Lily Sarah perlahan. Wajahnya rasa kebas. Malu juga
ada. Dia tidak berani memandang wajah Aznal.
“Tak apa biar saya check”Aznal menawarkan diri.
Widad keluar dari
kereta. Dia hanya melihat sahaja aksi Aznal yang memeriksa di bahagian bonet
depan. Kemudian memeriksa nota kecil yang melekat di cermin kiri bahagian
pemandu. Aznal menggelengkan kepala.
“Kenapa?”tanya Lily
Sarah.
“Awak ni sayang tak
kereta awak?”
“Mestilah sayang.
Kenapa?” mata Lily Sarah membulat. Suaranya ditinggikan sedikit. Inilah orang
lelaki mesti pandang rendah pada perempuan dalam bab – baba kereta. Macamlah
orang lelaki pandai sangat. Lily Sarah mencemik.
“Saya tengok jumlah
minyak hitam di pelekat dalam kereta awak tu dah lebih 1000, faham? Kalau macam
ni selalu boleh rosak kereta awak tau. Kemudian saya rasa air bateri dah habis”
jelas Aznal dengan suara yang lebih kuat lagi.
Lily Sarah tergamam
kemudian terkebil – kebil memandang wajah Aznal. Alamak, macam mana aku boleh
lupa? Lily Sarah menggigit bibir.
“Habis tu macam mana?” Lily
Sarah meneguk liur. Mengharapkan pendapat dari Aznal. Dia binggung sekarang
ini. Tatkala ini fikirannya kosong. Dia teringatkan Nina tapi Nina ada blind date pula malam ini.
Lily Sarah merenung
tajam perempuan itu. Nasib baik kau comel! Dah tu kau memang bertuah jumpa
lelaki kacak di nan senja ini. Kalau jumpa perompak tak tahulah apa nasib kau,
desis hati Aznal kemudian tersengih penuh makna.
“Tak apa saya ada kawan
yang kerja sebagai Mekanik. Nanti saya telefon dia. Nampak gayanya kereta awak
yang masuk bengkel dulu” Aznal tertawa kecil.
Lily Sarah menjeling
tajam.
“Bagi kunci kereta awak
pada saya. Esok pagi saya suruh dia repair
kereta awak”
“Saya balik naik apa?” Lily
Sarah buat muka sedih. Tangannya menggaru – garu kepala yang tidak gatal. Mana
ada bas lalu di sini. Teksi pun tiada lalu lalang. Lily Sarah memejamkan mata
seketika. Mengharapkan kejaiban untuk dirinya. Tetapi hatinya kuat mengatakan
yang lelaki ini seorang yang baik bila dia melihat renungan tajam dari mata
lelaki itu.
“Awak naik motor dengan
saya” tegas Aznal menuju ke motor lalu mengeluarkan sesuatu dari bonet motor. Lily
Sarah pasrah juga. Mahu tak mahu dia mengikut sahaja. Sudah lama dia tidak naik
motor. Mujurlah dia mengenakan seluar slack
“Nah pakai ni. sebelum
saya hantar awak ke rumah, temankan saya makan dulu” kata Aznal seraya
menyerahkan topi keledar.
“Boleh. Saya pun lapar”
Lily Sarah mengangguk macam orang bodoh. Tidak kisahlah janji sampai rumah.
“Sekejap. Ambil barang
– barang penting dalam kereta awak. Saya akan telefon kawan saya minta dia
tarik kereta awak ke bengkel pada malam ini juga” tegas Aznal membuat
keputusan. Lagipun bahaya kalau kereta dibiarkan lama – lama di tepi jalan raya
lebih – lebih lagi di kawasan sunyi sepi.
Lily Sarah cuma menurut
sahaja. Dalam hati dia mengucap syukur. Mahu tak mahu terpaksa juga dia
membonceng motor lelaki itu.
Aznal Firdaus melihat Lily Sarah
menikmati mi goreng begitu asyik sekali. Sopan pun ada. Tertib juga ada. Dia
hanya melihat Lily sarah menikmati hidangan. Nasi goreng ayam sudah habis
dimakannya. Tinggal mahu menghabiskan the ais untuk dihabiskan.
“
Awak bekerja sebagai apa Lily?” tanya Aznal Firdaus
Lily
Sarah mengangkat sedikit wajahnya,” saya Kerani kedai papan”
“Ohhhh”
Aznal Firdaus mengangguk sambil mengumamkan
bibir. Kerani kilang papan? Pakaian mengalahkan orang bekerja Eksekutif. Yeke
dia ni kerja sebagai kerani kilang papan?
“Sedaplah
mi goreng ni. Hmmm boleh saya tambah lagi sepinggan tak?” tanya Lily Sarah
dengan muka selamba. Dia hanya makan waktu pagi sahaja. Tengahari dia tidak sempat menjamah apa-apa lantaran mesyuarat dari tengahari hingga ke petang. Habis mesyuarat ada sedikit perbincangan dengan wakil pengiklanan.
Baru
Aznal Firdaus hendak membuka mulut, Lily Sarah telah melambai ke arah budak muda berusia belasan tahun yang baru sahaja mengambil tempahan makanan pelanggan.
“Awak
ni kuat makan eahh?” kata Aznal dengan rasa kurang percaya. Kalau dilihat
wanita di hadapannya kurus dan ramping.
“
Kenapa ? dosa ke makan lebih?”
Terkedu
Aznal mendengar, “Eh taklah tapi tengok gaya awak ni macam jaga badan tapi tak
sangka pulak kuat mengkedaghah”
“Mengkedaghah?
Awak orang Melaka eahh?” teka Lily Sarah
Aznal
Firdaus hanya ketawa lalu mengangguk, “Ye, saya orang Kuala Sungai Baru,
Melaka. Selalu ke pergi ke Melaka?”
“
Bolehlah. Kalau saya nak amka asam pedas ke, ikan bakar ke, saya pergilah
Melaka. Masjid Tanah dekat ke dengan Kuala Sungai Baru?” tanya Lily Sarah ingin
tahu.
“
Eahhh memang dekat nau..”
“
Wah, pekat gila loghat Melaka awak” Lily Sarah tergelak perlahan.
“
Itulah, saya dah terbiasa. Susah nak cairkan loghat saya ni. Awak duduk mana?”
“
Saya duduk Kajang. Taman Mewah kajang.
Awak tak payah hantar saya baliklah. Kejap lagi kawan saya datang ambil
saya. Kalau awak nak hantar saya ke Kajang, jauh” beritahu Lily Sarah. Dia baru
shaaja WhatssApp Nina.
“
Tak apalah. Saya tak kisah pun. Ke awak malu naik motor dengan saya”
“
Bukan malu apa sebab kita bukan muhrim. Lagipun tak manis. Tengah malam pulak
ni” beritahu Lily Sarah tersipu-sipu.
Aznal
Firdaus hanya tersenyum terus menghabiskan
makanan.
No comments:
Post a Comment