Bab
7
Lily Sarah leka menyemak artikel yang
diterimanya sebentar tadi. Ada yang menarik dan juga yang tidak menarik. Apapun
dia meneliti setiap tugasan anak – anak buahnya dengan sebaik mungkin. Sekali
dua kesilapan dia akan menegur dengan baik tapi kalau sudah tahap yang
dirasakan tidak boleh dipebaiki, terimalah sajalah hukumannya. Namun setakat
ini hasil tugasan yang diberikan amat memuaskan hati termasuk Puan Linda yang
tidak putus – putus memuji komitmen anak- anak buah Brain Pink Team. Hasil
komitmen dan kerjasama yang tinggi menjadikan majalah GAYA menjadi majalah
nombor satu setakat ini.
“Lily,
kita ada masalah besar ni” kata Nina yang tiba – tiba muncul di hadapan dengan
tergesa – gesa. Riak wajah wanita itu nampak risau.
“Kenapa
Nina? Apa yang tak kena?” tanya Lily Sarah sambil meletakkan beberapa helaian
artikel satu persatu di atas meja. Dia
juga jadi resah bila melihat wajah Nina yang mula tidak tentu arah. Dia faham
benar sikap Nina kalau ada sesuatu yang tidak kena. Mulalah menggelabah tiak
tentu hala. Nanti mulalah kerjanya tidak menjadi.
“Jurugambar
kita!” beritahu Nina yang masih resah. Dahinya asyik berkerut. Miss nervous adalah gelaran yang
diberikan oleh beberapa penulis dan
wartawan dari Brain Pink Team. Wanita ini cepat menggelabah tapi hasil kerjanya
amat cemerlang, gemilang dan terbilang kalau kena gaya.
“Kenapa
dengan Edzral? Dia sakit?” tanya Lily Sarah. Baru semalam dia melihat Edzral
menjalankan sesi fotografi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Setakat ini
Eadzral adalah Jurugambar Brain Pink Team yang terbaik. Hasil kerjanya memang
terbaik. Malah ada beberapa syarikat media dan rangkaian televisyen cuba mahu
memikat Edzral mujurlah Edzral seorang yang setia dengan majalah GAYA.
“Dia
kemalangan! Sekarang dia ada di hospital” kata Nina sedikit termengah – mengah.
Sebenarnya dia berlari – lari bila mendapat berita yang mengejutkan ini. Itu
pun bila di beritahu salah seorang ahli keluarga Eadzral sebentar tadi.
“What!” Lily Sarah ternganga dan kertas
di tangan hampir-hampir terlepas dari pegangannya. Matanya terbelalak bila
mendengarnya. Lily Sarah segera mendapatkan Nina.
“Macam
mana boleh kemalangan? Aduh aku dah berapa kali nasihatkan Edzral jangan bawak
motor laju – laju. Sekarang apa dah jadi? Dia teruk tak? Dia tak apa – apakan?”
Lily Sarah memegang kepalanya.
Edzral juga adalah
seorang rakan baiknya juga selain Nina. Dia buntu. Bingung ditambah dengan
Edzral yang kini terlantar di hospital. Dia
faham sangat kalau Edzral kalau sudah lewat lampu merah pun dilanggarnya
juga. Jalan raya ‘double line’ pun
dibuatnya macam jalan raya bapak dia. Tengahari ini ada beberapa sesi fotografi
harus dijalankan dengan secepat mungkin. Tidak boleh ditangguh – tangguhkan
lagi.
“Tangan
dia patah” jawab Nina takut – takut. Itu yang diberitahu oleh keluarga Edzral
sebentar tadi. Mahu pengsan dibuatnya.
“What?!” Lily Sarah hampir menjerit
sambil menepuk dahi. Kalau tangan patah bagaimana nak pegang kamera. Dia suka
melihat aksi – aksi Edzral menangkap gambar. Macam – macam gaya Edzdral buat
sewaktu memetik lensa kamera. Ada yang meniarap, ada yang mengiring dan macam –
macam gaya lagi hanya untuk mnedapatkan gambar yang terbaik.
“Sekarang
macam mana Lily?” tanya Nina risau. Wajahnya jelas menunjukkan rasa gusar
“Dua
pelajar praktikal tu ada” kata Lily Sarah sambil memeluk tubuh. Dia rasa
rungsing juga sekiranya perancangan yang diatur tidak berjaya.
“Mana
ada. Sorang ikut Ishah jumpa pakar diet dan sorang lagi ikut Sunolia jumpa
penyanyi Misha Omar” beritahu Nina sambil menggaru – garu kepala. Dia mula
mundar mandir. Puan Linda belum tahu lagi berita tentang Edzral. Kalau Puan
Linda tahu mesti pengsan dibuatnnya.
“Alamak….habis
macam mana ni? Siapa nak ambil gambar untuk gadis muka depan ni?” Lily Sarah terus
mencapai kerusi dan duduk. Kepalanya sedang memikir – mikir mencari idea. Kalau
tidak fotografi untuk pelakon Izara Aishah terpaksa dibatalkan
“Kita
Cuma ada dua hari sahaja. Kita kena cari Jurugambar baru sampai esok kalau tida
habislah kita. Silap haribulan majalah GAYA tak akan masuk pasaran bulan depan
dan kita akan kerugian. Ieee no way!
Majalah GAYA tidak boleh ketinggalan. Kita sekarang banyak persaingan. GAYA
harus ke depan dan dikekalkan sebagai majalah nombor satu” Lily Sarah mula
bercakap seorang diri.
Lily Sarah mahu
mengekalkan momentum majalah GAYA. Dia adalah orang penting dalam penghasilan
majalah GAYA setiap bulan. Nina yang berdiri disebelahnya hanya mendengar dan
mengangguk sahaja. Reputasi baik majalah GAYA harus dikekalkan.
“Sekarang
kita nak buat apa?” tanya Nina macam orang bodoh.
“Kita
buat bodohlah” jawab Lily Sarah lemah lalu mendongak dagu.
“Kita buat – buat bodoh. Kalau macam tu, jom kita
minum – minum dulu di kafe. Kita bincang. Pasti ada jalan lain” Nina terus
menarik tangan Lily Sarah. Sebenarnya dia sudah kelaparan. Tekaknya pula kering
kontang tanpa setitik air pun.Sejak pagi tadi perutnya kosong lantaran
memikirkan kerja yang harus diselesaikan.
Lily
Sarah hanya menurut dan mengikut langkah Nina yang sudah mengorak langkah
keluar dari bilik. Dia yakin Nina pasti ada alternatif lain untuk mencari
pengganti Edzral.
“Lily
Sarah, kenal tak dengan Badar?”tanya Nina sambil mengunyah roti telur.
“Badak?”
mata Lily Sarah mengecil bila memandang Nina, antara rakan baiknya di Brain
Pink Team yang juga orang kepercayaan Puan Linda.
“Badar
bukan badaklah cik pekak. Badar yang kacak. Kau ni pun satu, sengal! Oh my God, kau dah lupa ke? Jurugambar
majalah Lelaki lah!Nina menepuk bahu Widad berkali – kali sambil tersenyum
nakal yang penuh makna. Dia akui kelemahan diri. Usia 30-an sudah boleh sebagai
dianggap anak dara tua. Apa boleh buat, jodoh yang sesuai belum sampai. Bukan
memilih tapi kalau dah suka memang suka tapi bukan jodoh hendak kata apakan?
“Badar?
Ya, ingat. Ohhh ya mamat tu memang kacak pun tapi sayang dah kahwin dengan
budak yang baru habis sekolah. Masa tu aku baru je masuk Brain Pink Team kan?
Alaa lelaki mesti nak cari yang muda, segar dan cantik. Tak macam kita ni kan,
dah kertukan?” kata Lily Sarah tersengih
nakal.
“Kertu
pun kita ada kerjaya okey. Kita berjaya dalam hidup. Kita bekerja di syarikat paling gempak di Malaysia, Brain
Pink Team! Kita boleh dapat apa yang
kita nak kecuali cinta sejati sukar di cari. Kalau kahwin muda, hidup dah tentu
terbatas. Hidup dikongkong si suami. Itu tak boleh, ini tak boleh. Lily Sarah,
walaupun aku single tapi aku gembira
dengan hidup aku sekarang. Macam – macam kita boleh buat. Tapi aku tak boleh
tipu diri aku jugaklah yang aku kadang – kadang perlukan seseorang. Punya
keluarga sendiri. Mahu ada anak tapi entahlah…..” Nina mengeluh berat. Dia memandang seketika roti telur
ditangan lalu mengigit perlahan.
Lily
Sarah juga terkedu seketika. Kata – kata Nina memang benar. Dia juga sama
dengan Nina. Lewat petang baru pulang ke rumah. Di rumah dia hanya menulis,
menaip, layan DVD korea atau jepun dan masak makanan untuk diri sendiri. Kadang
– kadang telefon umi di kampung bercerita perihal hidup di bandar hebat ini.
Umi masih lagi bertanya tentang perkahwinan. Dia bosan tapi demi umi dia
layankan juga soalan umi dengan sebaik mungkin. Wanita mana yang tidak mahu
berkahwin. Kadang – kadang di kamar dia akan menangis sendirian.
“Aku
serik nak bercintalah. Bercinta lama gila tapi dia kahwin dengan pilihan
keluarga tapi aku baru dapat tahu yang isteri bekas pakwe aku tu bekas bohsia”
kata Nina dengan muka selamba.
“What?” air kopi dalam mulut Lily Sarah hampir
– hampir tersembur.
“Kau
tahu tak yang isteri Azmi tu sebenarnya dah ditebuk tupai. Azmi pulak yakin
yang pilihan keluarga adalah yang terbaik sedangkan dia tak tahu yang perempuan
tu dah banyak kali ditebuk tupai. Azmi juga tak sedar yang dia sebenarnya jadi
pak sanggup. Bohsia yang kembali ke pangkal jalan amcam Tasha dalam filem
Bohsia 2 tu” kata Nina tersenyum sinis. Padan muka kau Azmi. Kau ingat gadis
kampung tu baik sangat macam malaikat atau bidadari syurga? Walaupun aku ni
gadis urban tapi maruah diri dan keluarga tetap aku pertahankan. Walaupun aku
suka mengubah gaya rambut mengenakan pakaian seksi aku tetap ada gaya gadis
ketimuran.
“Nina,
kau lupa ke yang Azmi tu dulu pun bukan baik sangat cuma kau je yang tergila –
gilakan dia tapi aku bangga kau dah sedar kalau tak kau selalu cakap aku
cemburulah, itulah inilah” Lily Sarah sengaja mengungkit kisah- kisah lalu yang
pernah merenggangkan persahabatan mereka berdua.
“Muahh,
sayang kau! Aku dulukan buta hati dan
perasaan. Kalau kau tak tunjukkan aku siapa Azmi, aku tak tahulah hidup aku ni
macam mana. Okey berbalik tentang Badar. Aku cadangkan kita mintak tolong
Badar. Dia sekarang jadi Jurugambar bebas jadi tentu ada masa untuk majalah
GAYA” cadang Nina tersenyum girang.
“Kita
kena tanya Badar dulu, kalau dia mahu. Lagipun kita perlukan dua orang
Jurugambar. Sekarang okey seba ada dua
pelajar praktikal bantu. Kalau pelajar praktikal dah tak ada, kita Cuma ada
Badar sahaja jadi kita kena cari lagi seorang” cadang Lily Sarah yang mula
kerisauan. Eadzral ada Jurugambar terbaik yang mereka ada. Badar pula
Jurugambar majalah LELAKI yang mungkin tidka dapat membantu sepenuhnya.
“
Betul jugak tu” Nina mengangguk setuju.
“Nanti
kau uruskan jawatan Jurugambar dalam
minggu ini juga. Nanti aku bincang dengan Puan Linda” tegas Lily Sarah membuat
keputusan.
“Baik. Jom kita melawat
lelaki sengal tu. Dia bawak motorkan macam pelesit. Sekali patah tangan. Itulah
degil sangat kawan kau tu! Dia ingat jalan raya di Malaysia ni litar sepang.
Dia fikir jalan raya di Malaysia ni dia bapak dia punya agaknya” Nina mula
membebel.
Lily
Sarah hanya menjungkitkan kedua – dua bahu.
No comments:
Post a Comment