Bab
6
Nadzim menurunkan cermin kereta Exora hitam miliknya.
Dia memandang seorang wanita cantik dan bergaya urban dari jauh. Wanita itu
cantik dan masih ayu seperti dulu. Wajah wanita itu masih seperti dahulu. Masih
bersahaja. Dia terpesona. Wajah keanak – anakan itu masih membuatkan dia
terpegun. Masih meminati wanita itu. Masih mencintai. Ada rasa kesal. Sesal
yang tidak sudah. Kalaulah dia tidak menolak perasaan pada wanita itu dari dulu
pasti hidupnya bahagia.
Nadzim
meraup wajahnya kemudian bersandar. Dia ingin sekali menemui wanita itu.
Memberitahu hati dan perasaannya yang dipendam sejak sekian lama. Kalaulah dia
memberanikan diri pasti hidupnya tidak sesukar sekarang. Dia kesal dengan
sikapnya dulu, sewaktu namanya dipuncak, dia angkuh, sombong dan langsung tidak
pandang Lily Sarah. Ketika itu Lily Sarah budak flat yang tidak pandai bergaya.
Apa yang menyentuh hatinya, Lily Sarah kumpul duit sedikit demi sedikit hanya mahu
menonton perlawanan bola sepak yang membabitkan pasukannya.
Lily
Sarah sedaya upaya mahu menemuinya sekadar mengucap tahniah tetapi dia
mengelak. Dia mula merasakan jurang yang besar antara dia dengan Lily Sarah.
Dia digilai peminat perempuan. Wajahnya selalu terpampang di akhbar dan
majalah. Farihah ketika itu pula selalu berkunjung ke stadium. Kebetulan
rakan-rakan sepejabat Farihah penyokong tegar pasukan yang disertai oleh
Nadzim.
Lamunannya
termati bila telefon Blackberry hitam
miliknya berbunyi. Lantas dia mencapai dan melihat nama yang tertera di skrin.
Dia mengeluh berat terus menekan punat hijau.
“Abang
kat mana ni?” sergah satu suara perempuan di gegendang telinganya.
Nadzim
mengeluh lebih berat lagi, “Abang beli barang sikit. Farah kat mana ni?”
“Farah
baru habis kerja ni.Abang ambil Farah sekarang ni. Farah dah lapar dah ni!”
“Sabarlah.
Abang baru masuk dalam kereta ni”
“Cepatlah
bang! Jangan lama sangat pulak. Abang pandang perempuan lain ke?”
Nadzim
terdiam. Isterinya bagai tahu apa yang dia lihat sekarang. Mahu sahaja dia
mengiya. Memberitahu yang dia baru sahaja melihat wanita idamannya sebentar
tadi. Wanita yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dulu. Dia masih tidak
puas hati kenapa ibu saudara wanita itu menolak mentah-mentah pinangannya.dalam
pada masa yang sama Farihah mendambakan cintanya. Dia keliru ketika itu. Lebih
memeranjatkan teman seprmainannya dilihat tidak lagi duduk bersama dengan ibu
saudara dan sepupunya.
“Abangkan
dalam kereta ni. Farah tunggulah. Kejap lagi abang sampai” Nadzim terus
mematikan talian lalu menghidupkan enjin kereta. Dia mendengus kasar. Sakit
kepalanya melayankan perangai Farah. Dah jadi ibu pun fiil macam budak-budak!
Inilah
gara – gara kalau pilih isteri yang janda anak dua. Isteri kedua! Dia
diperangkap dan terperangkap. Entah macam mana Jabatan Agama Islam ketuk pintu
rumah sewa Farah malam-malam buta. Malam itu pula, anak-anak Farah dibawah jagaan keluarga Farah di Rembau. Pada
masa yang sama Farihah dan tiga orang anaknya pulang ke Kuantan. Malam itu juga
dia bernikah. Mahu tak mahu!
Sambil
memandu Nadzim teringatkan wanita itu. Wanita bernama Lily Sarah. Wanita itu
namapak pendiam tapi seorang yang lucu. Pada zaman kecil dialah pelindung pada
Lily Sarah. Pergi dan balik sekolah bersama. Dia berdua juga mendapat bantuan
makanan RMT jadi wang saku sekolah tidak masalah sangat Cuma bila diminta beli
buku itu, buku ini, terpaksa dia dan Lily Sarah mencari barang-barang sekitar
semula untuk dijual ke kedai Pak Akob. Walaupun tidak banyak dan dibahagi dua,
duit itulah mereka berdua kumpul di dalam tabung.
Hubungan
mereka renggang apabila masuk ke alam sekolah menengah. Dia dihantar ke
sekolah sukan manakala Lily Sarah bersekolah menengah di kawan flat. Pulang ke rumah
pun bila tiba cuti sekolah, itu pun tidak sempat bertemu. Cuti sekolah pun Lily
Sarah bekerja di restoran makanan segera. Bila dia bergelar pemian bola sepak, dia membawa emak dan ayah berpindah ke Shah Alam.
Kereta
yang dipandu perlahan-lahan masuk ke dalam parkir. Sementara menanti Farah
turun, dia menerima SMS daripada Farihah, isteri pertamanya. Anak sulungnya,
Sofea tidak sihat. Nadzim mengeluh berat.
“Abang!”
lamunan Badar terhenti. Terperanjat dia bila disergah begitu rupa. Bukannya beri salam,
Farah
membulatkan matanya, “Abang fikirkan siapa ni? Abang ingat perempuan lain ke?”
pintu kereta dibuka dengan kasar, “ Farah lapar, jom makan!”
Nadzim
senyap. Tidak kuasa dia hendak membalas kata – kata isterinya yang semkain lama
semakin kuat membebel. Kalau tak dilayan, merajuk! Mereka berdua menuju ke restoran yang berdekatan dengan pejabat Farah.
Nadzim tidak apsti adakah pernikahan dia dengan Farah adalah keputusan bijak? walaupun ramai lelaki mengimpikan hidup empat isteri, bukan mudah sebenarnya. Dia dapat merasakan, duit banyak pun tak guna tapi hati tidak tenang. Benar, tiada perkahwinan yang smepurna tetapi kebahagiaan itu perlu tetapi dia tidak merasa bahagia langsung dengan Farah. Dengan Farihah sudah tentu bahagia cuma manis awal perkahwinan mula rasa tawar. Ah, suami isteri yang kena pandai merencahkan alam perkahwinan.
“Tengok
tu, termenung lagi!” sergah Farah geram. Sudu dan garpu diletakkan di tepi
pinggan. Selera makannya mula hilang. Sakit hatinya tidak terkira. Dia bercakap
macam dengan dinding.
Nadzim
juga hilang selera. Nasi campur di depan matanya tidak banyak yang luak
sebaliknya pinggan itu di tolak ke tengah meja. Gelas milo ais dicapai dan
dihirup dengan sepuas – puasnya.
“Abang
ni kenapa? Farah cakap dengan abang, abang buat bodoh je” Farah mula merengek.
Tidak puas hati bila dirinya seperti tidak dilayan bak puteri raja. Kalau dulu
segala karenah dan perangainya dilayan oleh Nadzim. Kini selepas kahwin, Nadzim
tidak seperti dulu. Dia rasa tidak puas hati melihat perubahan Nadzim selepas
bernikah dengannya. Apa yang tak kena?
“Habiskan
nasi tu. Tadi kata lapar” Nadzim memujuk dengan suara lembut. Dia merenung
wajah isterinya. Entah kenapa matanya terasa jahat pula bila membandingkan
kecantikan isterinya dengan kecantikan Lily Sarah ternyata Lily Sarah memiliki
auranya tersendiri. Senyumannya sentiasa memikat.
Nadzim
diam. Dia tidak kuasa mahu melayani soalan Farah yang sentiasa syak wasangka. Rumahtangga
yang didirikan pun tidak sampai sebulan tetapi dompet dan kocek bajunya
diperiksa Tidak cukup itu, dalam kereta
pun digeledahnya. Farah bagai polis tidak bertauliah. Bila menyoroti perjalanan
hidup farah sebelum ini, dia selalu dicurangi suaminya. Bekas suami bernikah
dengan janda anak dua juga. Hebat juga penangan si janda! Dia pun boleh kalah.
Nadzim terkenangkan Farihah yang masih belum tahu yang dia sudah bernikah lagi
satu. Dia mahu tunggu masa yang sesuai. Kalau Farihah minta cerai, dia lepaskan
sahaja sebab dia tahu dia tidak mampu! Kalau dua-dua minta cerai pun bagus
juga, boleh cari lain!
“Farah
nak tanya abang. Abang ni kenapa? Dari dalam kereta hingga ke tempat makan pun
abang boleh termenung. Abnag ingatkan siapa? Abang ada perempuan lain ke?”
suara Farah meninggi. Wajahnya juga berubah menjadi marah.
“Kenapa
ni? kalau abang kata tak ada apa – apa maknanya tiada apa pun. Kenapa Farah
susah sangat nak faham abang?” Nadzim bersuara perlahan. Dia malas hendak
bertengkar di kawasan terbuka lebih – lebih lagi di gerai makan.
“Abang
ni asyik termenung dari tadi. Farah bosanlah macam ni. Farah macam tunggul
depan abang!’ suara Farah mula meninggi.
Nadzim
diam. Entah kenapa dia tidak keruan bila terpandangkan Lily Sarah. Serba tak
kena dibuatnya. Kemudian bila mendapat tahu anaknya tidak sihat, hatinya lagi dipagut
gelisah. Sofea, anak perempuan bongsu yang paling manja dengannya.
“Lepas
abang hantar Farah balik, abang nak jenguk istrei abang. Anak abang sakit” kata
Nadzim yang cuba menyentuh nasi.
“Ha?
Apa bang? Minggu ni kan giliran saya? Anak abang skait, isteri abang boleh bawa
ke kliniklah. Isteri abang tu kan pandai pandu kereta” Farah mula membentak.
“
Anak abang rindu kat abang. Esok abang datang jumpa Farah”Nadzim cuba memujuk.
“Esok
datang! Kalau tak, saya datang jemput abang esok” ugut Farah lalu menyambung suapan
nasi.
Nadzim
diam.
No comments:
Post a Comment