Bab 5
Novel yang baru
diterima sengaja dibiarkan di atas meja. Baru senbentar tadi Puan Linda meminta
dia membaca novel yang setebal 2 inci itu. Bukan itu sahaja, dia juga diminta
membuat ulasan tentang novel bertajuk Black
Dream yang mengisahkan kehidupan sebenar penulis tatkala melayarai bahtera
alam rumah tangga sehingga tenggelamnya pelayaran yang menyaksikan perpisahan
pasangan suami isteri itu. Ulasan novel hebat itu akan disiarkan dalam majalah
GAYA sekali dengan Rafail Adam sebagai
penghiasa ruangan Lelaki pilihan. Dia tidak mampu menolak. Ingin berkata tidak
tetapi dia hanyalah Editor bukannya Ketua Editor.Puan Linda berhak buat keputusan dan dia hanya menuruti arahan.
Lily Sarah bersandar
serentak itu satu keluhan berat dilepaskan. Dia terbayang-bayang momen sewaktu
dia menjadi isteri kepada Rafail Adam. Sangat indah. Dunia ini seperti ada dia
dan Rafail Adam sahaja. Manusia-manusia di sekeliling bagaikan tidak wujud. Rafail Adam melayani dirinya seperti puteri raja. Sentiasa menuruti kehendak kemahuannya.
Habis kelas Sarjana
Komunikasi, dia terus ke kafe York. Mujur tidak ramai orang di kafe di waktu-waktu begini. Berada di kota raya
yang paling sibuk di dunia sudah tidak betah bagi dirinya. Novel karya John Tea
dicapai dari dalam beg sandangnya. Dia menyelak-nyelak muka halaman mencari
muka surat yang ditandakan dengan penanda buku. Sesekali matanya melirik jam
tangan. Pandangan di halakan ke bangunan seberang jalan. Dia sebenarnya gusar
walaupun dia tiba setengah jam lebih awal dari waktu yang dijanjikan. Rafail
Adam tidak mahu pulang terus ke rumah sebaliknya mahu bertemu di sini, tempat
pertama dia bertemu. Waktu itu dia menjalani latihan praktikal di sebuah
syarikat penerbitan buku yang menerbitkan novel-novel tulisan Rafail Adam.
“Assalamualaikum!” sapa
satu suara garau dari arah belakang.
Bacaannya terus termati
dan dia berpaling ke sebelah kanan. Dia seperti mahu menjerit apabila seorang
lelaki yang dirindui berbulan-bulan lamanya sedang tersenyum gembira sambil
melabuhkan punggung disebelahnya. Lily Sarah terus memeluk lelaki yang bergelar
suaminya hampir setahun itu.
Dia
mahu menatap wajah orang yang sudah lama dirinduinya. Hampir 3 bulan dia tidak
bertemu hanya Skype dan WhatsApp menjadi penghubung antara mereka berdua.
“Macam
mana dengan travel awak? Okey?” tanya Lily Sarah tidak sabar-sabar lagi.
Dia faham benar tabuat suaminya yang suka mengembara sambil menyiapkan novel
itu. Rafail Adam bukan jenis lelaki yang hanya duduk di depan laptop tetapi
lelaki persis James Mc Avoy akan
bergerak ke mana yang dia sukai tetapi laptop dan buku nota sentiasa bersama.
“Itulah
saya ajak awak bercuti ke Pulau Redang awak tolak. Saya sempat ke KL. Saya
sendiri ke flat lama awak tu. Tak ada orang dah. Tinggal rumah kosong saja”
terang Rafail Adam.
Wajah
Lily Sarah berubah. Dia juga terkejut. Ke manakah perginya ibu saudara dan
sepupunya itu? Sudah meninggal duniakah? Mungkin sudah berpindah ke tempat
lain.
“Tapi
saya ada ambil gambar-gambar rumah lama makcik awak tu” Rafail Adam
mengeluarkan kamera Nikon. Dia menekan butang. Beberapa minit kemudian dia
menunjukkan gambar-gambar rumah lama yang pernah didiami oleh isterinya suatu
ketika dulu. Rumah itu sangat kotor, berhabuk dan kusam. Banyak barang-barang
tinggal begitu sahaja malahan bahagian
tandas meninggalkan kesau bau yang kurang meyenangkan. Dia tidak menyangka yang
isterinya pernah menjadi penghuni flat dipinggir ibu kota Kuala Lumpur.
“Kita
di dunia ini sama saja sayang. Kita sama-sama anak yatim tapi awak masih ada
ibu saudara dan saya tidak. saya tidak tahu asal usul saya. Rafail Adam bin
Abdullah” Rafail Adam menggapai tangan isterinya. Dia tahu status dirinya. Barangkali
dia anak terbuang. Mungkin anak yang lahir dari hubungan terlarang. Lantaran hubunganna
semakin jauh dengan Lily sarah, dia mahukan hubungan yangs ah dengan wanita yang
dicintainya. Diterima atau tidak, dia tidak peduli. Dia mahu membina keluarga yang
sudah lama dia inginkan.
Rafail Adam tahu setiap
detik perjalanan isterinya penuh derita dan sengsara. Begitu juga dengan dia yang
pernah membesar dibawah tanggungan keluarga angkat. Dia sendiri tidak menyangka
dia menjadi mangsa nafsu buas abang angkat sehinggalah abang abang angkat yang
;pernah disayangi dan dihormati disumbat ke dalam penjara dan dia dihantar semula
ke rumaa anak-anak yatim.
Lily
Sarah memandang wajah suaminya, “Saya Cuma ada awak sayang. Takkan awak tak
tahu saya dibuang oleh Mak long” nada suara Lily sarah berubah menjadi sedih. Rafail
Adam membawa kepala isterinya ke bahunya.
Rafail
Adam terdiam seketika. Perkahwinan dia dan Lily sarah tidak direstui. Akibat
keterlanjuran, dia dan Lily Sarah mengambil keputusan untuk bernikah. Dia tidak
mahu menunggu lama lagi. Saat cinta
membara ketika itu, dia yakin dia dan Lily Sarah akan melakukan benda yang sama
berulangkali. Nafsu mengatasi segala-galanya. Datuk rahmah menolak kehadiran Rafail
Adam hanya kerana tidak tahu asal usul Rafail Adam. Dia tahu Rafail Adam bukan lelaki Melayu sepenuhnya tetapi menghabiskan separuh hidupnya di Kota raya yang paling
sibuk di dunia.
“Cik
Lily Sarah!” satu suara mengejutkan dia dari lamunan. Dia melihat Puan Linda muncul
lagi di dalam biliknya dengan wajah begitu gembira sekali, seperti orang menang loteri!
“
Saya baru sahaja berbual dengan Rafail Adam!” Puan Linda sedikit menjerit kegembiraan.
Lily
Sarah sudah menahan sesak di dada.
No comments:
Post a Comment