Bab 11
Hatinya membeku. Keras. Tiada lagi untuk
mana – mana wanita. Sudah banyak kali Rindiani datang ke pejabatnya. Dia tidak
tahu atas urusan apa Rindiani begitu rajin menjenguknya. Wanita itu sudah dua
kali menjanda sedangkan dia masih membujang. Walaupun masih ada rakan – rakan
mengusik dia dengan Rindiani, Hatinya tetap keras macam batu kerikil. Apapun
yang terjadi, dia dan Rindiani tetap tidak akan bersama. Itu janji pada dirinya
sendiri. Malahan bekas tuanangnya Dewi sudah pun bernikah lain. Khabar dengan
anak Datuk. Dia sendiri pun tidak pasti. Dia tidak mahu ambil tahu lagi.
Dia
masih tidak lupa peristiwa 10 tahun yang lalu. Dulu dia amat menyintai gadis
kacukan Filipina itu. Tubuhnya memang cantik disertakan dengan suara manja
bersama kerlingan mata yang menggoda. Dia lelaki paling bertuah dapat memiliki
Rindiani. Dia merasakan popularitinya hebat bila memiliki peragawati yang
meletup – letup namanya di atas pentas peragaan.
Dia tersentak bila terdengar sms
telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersenyum bila terlihat nama di skrin di
telefon bimbitnya. Lantas jari jemarinya menaip membalas sms Rindiani. Nama
yang amat dirindui siang malam. Rindiani.
Hampir ke angka 10 malam. Masih sempat untuk ke rumah Rindiani.
Rindunya semakin menebal terhadap gadis itu. Kali terakhir dia bertemu dua
minggu lepas sewaktu menghantar gadis itu ke KLIA. Ketika itu Rindiani akan
mengadakan pertunjukan fesyen di Kota Paris.
Kunci spare rumah Rindiani diputar, Perlahan-lahan pintu itu terbuka dia melangkah masuk ke dalam. Suasana sudah gelap gelita. Barangkali Rindiani sudah lena. Kakinya diperlahan menuju ke kamar Rindiani. Pasti Rindiani terkejut dengan kehadirannya. Tombol pintu lantas membuka lampu. Dia terlihat dua tubuh bergelimpangan di atas katil. Dia melihat Amir yang tersedar segera melompat dari katil cepat-cepat menyarung pakaiannya manakala Rindiani terkejut terus membalutkan tubuh dengan selimut terjengket-jengket mendapatkan Ariq Iskandar
Kunci spare rumah Rindiani diputar, Perlahan-lahan pintu itu terbuka dia melangkah masuk ke dalam. Suasana sudah gelap gelita. Barangkali Rindiani sudah lena. Kakinya diperlahan menuju ke kamar Rindiani. Pasti Rindiani terkejut dengan kehadirannya. Tombol pintu lantas membuka lampu. Dia terlihat dua tubuh bergelimpangan di atas katil. Dia melihat Amir yang tersedar segera melompat dari katil cepat-cepat menyarung pakaiannya manakala Rindiani terkejut terus membalutkan tubuh dengan selimut terjengket-jengket mendapatkan Ariq Iskandar
“Sayang, kami berdua tak buat apa-apa pun”kata Rindiani
ketakutan. Wajahnya begitu cemas. Amir yang tidak tentu arah terus membutang
baju kemejanya.
Dia tersenyum sinis. Kedua – dua tangan sudah dikempalkan.
Bila – bila masa penumbuk sulungnya singgah ke muka Amir. Marahnya sudah sampai
ke kepala, kalau diikutkan hati mahu saja dia mencapai pisau di dapur tetapi
dia masih waras. Melihat wajah Rindiani, bencinya semakin menyala-nyala. Dasar
perempuan tidak tahu malu! Menyesal memuja perempuan ini separuh mati.
“Percayalah, kami tak ada buat apa-apa pun. Aku Cuma tumpang
baring”kata Amir berketar-ketar yang baru selesai mengenakan pakaian.
“Orang bercinta duduk berduaan-duaan di taman bunga dituduh
berzina tetapi kamu berdua duduk di atas katil tanpa pakaian pun masih kata tak
buat apa-apa?!”suara Ariq Iskandar meninggi. Matanya merah menyala dicerlang.
Rindiani masih terkaku terus tersandar di tepi dinding.
“Maafkan aku……aku…. Percayalah…aku…aku takkan buat lagi..”
kata Amir tergagap- gagap.
“Selama ini, kau berdualah orang yang aku percaya tapi ini
yang kau berdua berikan pada aku?! Mulai dari saat ini, aku takkan percayakan
kau berdua sampai mati! Kita putus hubungan!” jerit Ariq Iskandar. Merah wajahnya
begitu juga urat leher jelas kelihatan. Dia mengetap bibir. Sakit hatinya hanya
Allah sahaja yang tahu. Kedua-dua tangannya sudah dikempalkan. Bila-bila masa akan
dilepaskan ke muka Amir begitu juga dengan Rindiani.
Dia tidak mahu berada lebih alma lagi. Sebelum perkara buruk
berlaku, lebih baik dia keluar dari sini. Sebaik sahaja dia hendak berpusing
Rindiani sudah pun memeluk tubuhnya dari arah belakang.
“Rin cintakan Ariq. Jangan tinggalkan Rin!”Rindiani
merayu-rayu. Air mata sudah meleleh. Tangan Rindiani memeluk kuat tubuh dia
dari belakang seperti tidak mahu dilepaskan.
“Cinta untuk aku tapi tubuh untuk orang lain? Begitu?
Perempuan jahanam!”tubuh langsing itu ditolak kasar sehinggakan gadis itu
terjatuh tertiarap di atas lantai.
Rindiani terus menggapai kedua – dua kaki Ariq Iskandar,
“Tolonglah jangan tinggal Rin. Rin sayangkan Ariq. Lepas ni Rin akan buat apa
sahaja untuk Ariq”
“Argggg, pergi mampuslah dengan cintak kau! Aku dah tak percayakan
kau lagi!”jerit Ariq Iskandar lalu bergegas meninggakan penthouse milik
Rindiani.
Ariq Iskandar memandu Mercedes dengan perasaan yang tidak
menentu. Fikirannya berserabut. Dalam diam, Amir, pengurusnya menjalin hubungan
sulit dengan wanita yang paling dicintainya. Sial! Stereng kereta dihentak
berkali – kali. Tanpa disangka air matanya menitis. Mengalir juga air mata lelakinya.
Ariq tidak pulang terus ke Penthouse sebaliknya dia menuju
ke Halaman Anjung, sebuah jeti yang menghadap ke laut yang terletak
bertentangan dengan Penthouse miliknya. Dia mahu mencari ketenangan dan
kedamaian untuk hatinya. Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh
badan yang tadi panas membara. Perlahan-lahan asap rokok dilepaskan. Memandang
laut yang bergelora mahu saja dia terjun ke dalam laut. Tetapi dia teringatkan
kata-kata guru agama di sekolahnya dulu, manusia yang membunuh diri adalah
manusia yang tidak akan masuk syurga.
Ariq Iskandar memejamkan matanya. Dia dapat melihat
wajah-wajah Rindiani dan Amir kegirangan. Dia tidak menduga kekasihnya sanggup
membuat onar dengan sahabat baiknya. Hatinya masih terasa sakit. Selama empat
tahun dia bersama Rindiani dan hampir sedekad Amir menjadi sahabat baik,
semuanya tidak boleh dipercayai lagi.
Ariq Iskandar menghentikan langkah
bila terpandang seorang gadis sedang menulis sesuatu di atas bangku panjang.
Dia merenung gadis itu dari jauh. Lily Sarah! Gadis itu tidak mempedulikan
manusia-manusia di sekelilingnya. Waktu begini seorang gadis seperti Lily Sarah
tidak sepatutnya berada di luar seorang diri.
“Lily Sarah”serunya perlahan.
Gadis itu tersentak melihat dirinya.
“Boleh saya duduk di sebelah awak?” Lily
Sarah mengangguk lalu menganjakkan ke tepi sedikit memberi ruang kepada Ariq
Iskandar.
“Hari sudah jauh malam Lily. Kenapa
awak tak balik lagi?”Tanya Ariq Iskandar cuba mahu melihat wajah ayu Lily Sarah
tetapi gadis itu terus menundukkan wajahnya. Tidak lama kemudian Widad
mendongak merenung wajah lelaki yang digilai gadis-gadis masa kini.
“Saya …….”suara Lily Sarah terhenti
lalu merenung laut yang terbentang luas di hadapannya. Tidak semena-mena air
matanya mengalir perlahan. Ariq Iskandar panik cepat-cepat menghulurkan sapu
tangannya tetapi Lara mengeleng-gelengkan kepalanya.
Dengan pantas Ariq Iskandar meletakkan
sapu tangannya di atas tapak tangan Lily Sarah.
“Lily, saya minta maaf kalau
kata-kata saya hari itu menyakitkan hati awak Saya tak sepatutnya kata begitu
tetapi saya amat perlukan puisi-puisi Lily”pinta Ariq Iskandar mengharap. Lily
Sarah merenung wajah Tengku Ariq Iskandar dengan air mata yang masih berlinang.
“Tak mengapa”kata Lily Sarah perlahan.
Lily Sarah terus mengeluarkan
sesuatu dari beg sandangnya. Ada sebuah fail bewarna merah jambu lantas dia
menyerahkan kepada Ariq Iskandar.
“Ambillah. Saya perlukan wang untuk
teruskan hidup dan belajar” jawab Lily Sarah dengan suara bergetar.
Ariq Iskandar mengangguk. Dia akan
bayar dengan jumlah yang lumayan. Dia tahu wanita di hadapannya berbakat
sebagai penulis puisi. Kata – kata yang indah membuatkan hatinya tertawan bila
kali pertama membaca nukilan Lily Sarah tidak lama dulu melalui majalah
sastera.
“Kita boleh menjadi kawan
bukan?”kata Ariq Iskandar bersungguh-sungguh. Lily Sarah merenung wajah Tengku
Ariq Iskandar dalam-dalam kemudian mengangguk lalu tersenyum. Tengku Ariq
Iskandar tersenyum lega.
“Lily Sarah, ibu bapa awak tak risau
ke awak tak balik lagi. Biar saya hantar awak pulang” Ariq Iskandar menawarkan
dirinya. Lara menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Saya tiada sesiapa lagi di dunia
ini. Saya cuma sebatang kara”
“Takkan awak tak ada rumah?”
“Saya menumpang rumah Mak long saya.
Saya…….saya…….” sekali lagi suara Lily Sarah terhenti.
Tengku Ariq Iskandar dapat mengagak
ada sesuatu yang sedih berlaku terhadap Lily Sarah. Dia ingin tahu kalau boleh
dia mahu membantu gadis ini
“Lily, ceritalah. Saya kalau boleh
nak tolong awak. Awak dah bantu saya biarlah saya bantu awak pulak”kata Ariq
Iskandar.
“Tak ada apa. Tak apalah, saya balik
dulu” Lily Sarah terus menyimpan buku nota dan pen ke dalam beg. Baru dia
hendak bangun, Ariq Iskandar menarik tangan kanannya.
“Duduk!” arah Ariq dengan suara
perlahan.
Bagaikan orang bodoh Lily Sarah terpaksa
akur. Dia kalah bila melihat renungan tajam Ariq iskandar. Lelkai ini ada kuasa
mempengaruhi smeu aorang dengan matanya.
“Apa yang dah jadi pada awak? Awak
masih marahkan saya?”Tanya Ariq Iskandar
Lily Sarah menggelengkan kepala
“Kalau macam tu kenapa awak duduk seorang
di sini?”
“Mak long saya saya dah halau saya.
Dia tuduh saya mencuri. Saya tak curi duit dia pun. Saya baru balik kerja”
jelas Lily Sarah dengan suara hiba
Ariq Iskandar merenung wajah gadis
itu. Wajah gadis itu tenang kemudian mendongak memandang dirinya lalu tersenyum
tapi lama – lama hambar. Jantung Ariq Iskandar bagaikan terhenti melihat
senyuman itu. Gadis ini nampak ayu dan menawan tanpa sebarang solekan di wajah
mulusnya. Mahu saja dia menyentuh tetapi gadis ini bukan seperti gadis-gadis
yang lain yang rela menyerahkan dirinya.Tanpa disedari rintik-rintik hujan
turun menyimbah bumi. Ariq Iskandar terkejut begitu juga dengan Lily Sarah,
mereka saling berpandangan. Ariq Iskandar pantas mencapai tangan Widad lalu
berlari ke apartment..
“Saya nak balik” Lily Sarah terus
berdiri di hadapan Ariq Iskandar
“Awak nak balik ke mana? Mak long
awak dah halau awak.” Ariq Iskandar cuba menggapai bahu Lara tetapi gadis itu
menganjakkan tubuhnya ke belakang.
“Saya tak mahu. Saya takut. Saya tak
kenal awak. Saya akan tidur rumah kawan saya”kata gadis itu termengah-mengah..
Dia memeluk tubuhnya. Pakaiannya sudah basah kuyup begitu juga dengan Ariq
Iskandar. Gadis itu begitu cantik bila dibasahi air hujan .
“Tidak, awak mesti ikut saya. Takkan
saya nak biarkan awak seorang diri dalam hujan begini” suara Ariq Iskandar meninggi.
Gadis itu mengeleng-gelengkan
kepalanya. Dia memusing ke belakang mencari jalan pulang. Masih teragak-agak
untuk mencari tempat perlindungan. Ariq Iskandar berlari mendapatkan Lily Sarah
“Tuan?!” sapa satu suara halus
Ariq
Iskandar tersentak. Lamunannya termati. Di bawa angin lalu. Lantas dia
membetulkan posisi duduknya. Entah macam mana dia boleh teringatkan lara. Widad
yang sudah lama menghilang. Sudah lama dia menanti gadis itu. Bertahun – tahun.
Tidak pernah jemu. Cintanya masih untuk Lily Sarah. Mmsih bertahan kekal di
dalam hatinya. Tiada untuk yang lain.
“Maaf
ganggu tuan. Saya cuma nak maklumkan, lagi setengah jam ada mesyuarat dengan Mr
Wong dari Korea” beritahu Suzana perlahan. Berhati – hati ketika dia bertutur.
Dia tahu angin Ariq Iskandar bukannya stabil. Kalau kerja tidak siapa tau tidak
elok, memang mengamuk dibuatnya.
“Itu saja
ke?”tanya Ariq Iskandar dengan suara serius. Mendatar.
Nora
mengangguk, “ Ada apa – apa lagi tuan?”
“Awak boleh
keluar sekarang” arah Ariq Iskandar lalu bersandar kembali. Kerusi dipusing
menghadap jendela yang menebusi pawana
di luar. Awam biru begitu mendamaikan namun di hati masih bergejolak. Sarat
dengan ridnu. Lily Sarah, di mana kau sayang
No comments:
Post a Comment