Bab 10
“Saya boleh berikan awak wang.
Berapa awak mahu?”soal Ariq Iskandar bongkak. Dia merenung wajah gadis
bertudung litup di hadapannya. Gadis itu masih tegak macam patung. Terkebil –
kebil melihat Ariq Iskandar
“Saya tidak menjual puisi-puisi
saya. Puisi-puisi saya tidak ada nilai tetapi ada maruah macam saya” kata Lily
Sarah lembut. Wajahnya tenang sahaja sedang hatinya sedang merusuh. Dia menerima panggilan telefon meminta di ke sini. Habis kelas, dia menaiki bas. Dia mencari syarikat ini pun hampir makan satu jam. Berpeluh-peluh dia dibuatnya. Sudahlah makan tengahari pun tidak lagi. Perutnya berbunyi minta di isi.
“Awak bukan penulis yang terkenal
pun. Tiada siapa pun yang kenal awak. Kenapa awak mesti berlagak dengan saya?”
Ariq Iskandar bersuara sinis.
“Saya sedar siapa diri saya. Saya
terlalu sayangkan puisi-puisi,ibarat nyawa saya sendiri”kata Lily Sarah tenang
meskipun hatinya terasa pedih. Dia sedar siapa dirinya siapa. Dia hanay
sebatang kara di muka bumi ini. Menulis puisi adalah penemannya takala dia
berduka lara dan bersendirian
“Puisi awak cuma tersiar dalam
majalah. Agak-agaknya orang-orang yang membeli majalah pun langsung tak baca
puisi-puisi awak. Awak patut berbangga sebab artis – artis saya akan
menyanyikan puisi-puisi awak” tegas Ariq Iskandar bongkak.
“Saya bukannya mahu mencari
kemahsyuran!” jelas Lily Sarah dengan nada tegas.
“Saya dapat tahu awak selalu tak
dibayar bila puisi-puisi awak tersiar, bukan? Awak tak boleh hidup menyerah
diri sahaja. Dunia sekarang mahukan duit. Tanpa wang, manusia tidak boleh
hidup” tukas Ariq Iskandar sambil mengetapkan bibirnya.
“Saya menulis puisi bukan kerana
wang. Puisi-puisi yang saya tulis adalah lahir dari hati dan jiwa saya”balas Lily
Sarah dengan suara yang lembut. Dia
sengaja membalas dengan kata – kata lembut. Dia tidak mahu member api
sebaliknya member air agar tidak lebih marak.
Lily Sarah berharap sangat lelaki
ini akan mengerti tujuan utama dia menceburkan diri dalam dunia puisi. Bukannya
suka-suka.Untuk mencipta nama jauh sekali.
“Tapi saya sukakan puisi-puisi awak,
Widad. Tak salah kalau saya gabungkan puisi awak dengan lagu saya, mestilah
menjadi lebih indah bukan?”kata Ariq Iskandar tersenyum.
Lily Sarah diam.
Ariq Iskandar tidak mahu menggunakan
khidmat-khidmat penulis lirik sebaliknya dia mengambil kesemua puisi-puisi
ciptaan Lily Sarah sebagai lirik kepada lagu-lagu ciptaannya.
“Wanita seperti awak selalunya
berlumba-lumba mahu menjadi terkenal. Jadi model, pelakon malah ada yang tak
tahu menyanyi pun pergi uji bakat. Saya boleh letakkan awak sebaris dengan
penulis-penulis lirik yang terkenal seperti Habsah Hassan, Mama Juwie, Loloq”
kata Ariq Iskandar bangga.
“Saya cuma mahu jadi penulis
bukannya mahu jadi terkenal”kata Lily Sarah perlahan
“Tapi saya tetap mahu mengambil puisi-puisi
awak untuk lagu-lagu saya. Saya tidak mahu membuang masa lagi, berapa jumlah
wang awak mahu? Seribu? Dua ribu? Atau sepuluh ribu?”soal Ariq Iskandar sinis.
Tengku Ariq Iskandar tetap mahu
membayar wang kepada Lily Sarah atas urusan jual beli. Tangan
kanannya mencapai buku cek yang terletak di atas meja. Dia menyelak-nyelak kasar
lalu mengambil pen untuk menulis. Dia menanti jumlah wang yang keluar dari
mulut Lily Sarah
“Saya tetap tak mahu wang. Kalau
awak mahukan puisi-puisi saya, ambillah. Anggap saja saya sedekah”
“Apa? Sedekah?”dahi Ariq Iskandar
berkerut kemudia dia merenung wajah ayu di hadapannya. Tiba – tiba wajahnya
terasa panas.
“Masuk tandas pun kena bayar. Dunia
sekarang hanya mahukan wang, Wang! Sungguh awak tak mahukan wang?”tekan Ariq
Iskandar bersungguh-sungguh.
Lily Sarah menggeleng perlahan.
“Kalau macam tu awak anggap saja
yang awak hadiahkan kepada saya bukannya sedekah sebab saya bukannya pengemis!”
Ariq Iskandar mencerlang kedua-dua biji matanya.
Dia terasa dirinya dipandang rendah
oleh Lily
Sarah. Hampir sepuluh tahun dia
bergelumang dalam dunia seni dan bergelar jutawan masih ada orang mahu
bersedekah kepadanya. Inilah kali pertama dia jumpa manusia yang tidak mahukan
wang. Di luar sana ramai perempuan-perempuan tergila-gilakan wang malah ada
yang sanggup menggadaikan tubuh kerana wang!
“Apa sajalah, Encik Ariq Saya mahu
pulang. Terima kasih Assalammualaikum” Lily Sarah membetulkan beg di bahu kanannya dan
cepat-cepat menuju ke pintu keluar
“Lily, nanti dulu” Ariq Iskandar cepat-cepat
menggapai lengan gadis Lily Sarah menoleh lantas menarik lengannya.
“Tiket ni untuk awak. Saya akan
mengadakan konsert tertutup untuk album baru saya nanti. Tempat awak di tempat
VVIP. Saya harap awak sudi datang dan dengarkan puisi-puisi awak dinyanyikan
oleh artis – artis baru saya ”kata Ariq Iskandar berharap.
“Insya Allah” tiket itu di tarik
perlahan dari pegangan Ariq Iskandar.
Mata Lily Sarah sempat memandang
Ariq Iskandar. Senyuman sinis diterima. Tengku Ariq Iskandar merenung gadis itu
hingga hilang dari pandangan matanya.
Lily
Sarah tersentak bila terdengar telefon
bimbitnya berbunyi. Dengan perasaan acuh tak acuh dia terus menggapai gagang
telefon di atas meja.
“Lily Sarah sayang…..ada Jurugambar
baru datang” kata Nina dengan suara lemah gemalai yang sengaja dibuat –
buatnya.
“Jumpalah Puan Linda. Bukannya aku.
Aku cuma Editor” kata Lily Sarah malas. Aduh masa aku sibuklah orang hendak
datang berjumpa. Dia menggaru – garu kepalanya kemudian menyelak – nyelak
beberapa helaian artikel yang harus disemak semula.
“Puan Linda suruh kau temuramah
Jurugambar baru ni. kacak tau. Peh senyuman dia buat aku cair” kata Nina
disulami gelak tawa yang agak nakal.
“Kau ngoratlah. Kau memang selalu
cair kalau jumpa lelaki kacak. Kalau lelaki tak kacak kau jadi beku je tak pun
keras macam batu kan?” usik Lily Sarah yang sengaja membakar perasaan rakan
baiknya itu.
Nina tergelak kuat. Dia sedar
temannya yang seorang ini memnag suka mengusik. Tapi kali ini Jurugambar ini
memang menwan tapi dia tidak tertawan pun. Hatinya masih setia untuk lelaki
yang baru dikenalinya.
“Dah jangan buang masa. Aku suruh
lelaki kacak ini jumpa kau sekarang” Nina membuat keputusan. Dia ada agenda
lain di syarikatya penerbitan ini. Sekejap lagi dia akan bertemu dengan
pengusaha Iklan pula.
“Lily, aku tak sempat lunch dengan kau tau. Kau lunchlah dengan photographer yang baru ni. Mana tahu kalau – kalau hujung tahun ni
aku dapat makan nasi minyak” usik Nina sambil mengerling jam tangan jenama
Rolex. Dia tidak mahu terlewat dalam temujanji dengan pengiklan baru.
“Banyaklah kau!”
Lily Sarah hanya
membalas dengan gelakan perlahan terus mematikan talian. Bahu Nina di cuit lalu
menggelengkan kepala. Bukan mudah untuk dia jatuh cinta lagi.
“Assalamualaikum!”
satu suara garau milik jejaka bergema sebaik sahaja pintu biliknya dibuka.
Lily Sarah yang
sedang menulis sesuatu terhenti seraya menjawab salam. Kepalanya diangkat
merenung ke arah daun pintu. Lily Sarah tersentak bila melihat lelaki yang
berdiri di depan pintu. Serta merta bibirnya mengukir senyuman.
“Aznal?” Lily
Sarah terus bangun dan mempersilakan lelaki itu duduk di hadapannya. Dia
berbesar hati bila dapat bertemu dengan lelaki ini semula.
“Cik Lily
Sarah?” usik Aznal tersenyum girang. Gembira hatinya bukan kepalang. Memang dia
berharap untuk bertemu dengan wanita yang berhijab cantik ini. Dia terpesona
dengan senyuman menarik dari wanita yang berbaju kurung berkain cotton ini.
“Panggil Lily
sajalah. Tak sangka awak yang terpilih” kata Lily Sarah puas hati. Dalam sesi pemilihan
Jurugambar baru dia tiada kerana sibuk dengan mesyuarat. Dia tidak menjangkakan
yang Puan Linda akan memilih Aznal Firdaus sebagai Jurugambar tetap untuk
majalah GAYA bersama Eadzral.
“Saya cuma keliru adakah saya
ditawarkan untuk tetap atau gantian sebab saya diberitahu seorang Jurugambar di
sini sedang cuti sakit” tanya Aznal Firdaus ingin tahu
“Ohhh.
Macam ini, untuk pengetahuan awak, sebelum Encik Edzral cuti sakit pun memang
kami cadang nak cari seorang lagi Jurukamera. Yang ada sekarang pelajar –
pelajar praktikal seramai dua orang. Itu pun tak cukup sebab unit majalah lain pun
perlukan mereka. Cuma sekarang ini awak ditawarkan sebagai Jurukamera tetap
kami. Ataupun awak ada terikat dengan mana – mana syarikat lain ke?” tanya Lily
Sarah ingin tahu lebih lanjut.
“Saya
sebenarnya baru habis kontrak dengan sebuah syarikat di luar negara. Sudah lima
tahun saya di New Zealand jadi saya ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Kebetulan ada iklan di majalah GAYA saya sekadar mencuba nasib. Alhamdulilah
rezeki saya rupanya” terang Aznal bersama senyuman. Di mengucap syukur di dalam
hati. Pulang ke Malaysia terus mendapat kerja di syarikat penerbitan majalah
terkemuka.
Lily Sarah juga
tersenyum. Memang betul kata Nina senyuman lelaki ini memang boleh mencairkan
mana – mana hati wanita. Mungkin juga lelaki ini juga sudah dimiliki. Ah, tak
kisahlah bukan aku jatuh cinta pun pada dia. Cuma matanya macam seseorang yang
aku rindu malahan senyumannya juga sama macam seseorang itu juga.
“Lily Sarah
… Lily Sarah? “ panggil Aznal Firdaus sambil melambai – lambaikan tangan.
Lily Sarah tersentak,
“Maaf. Saya Cuma teringatkan sesuatu tentang majalah GAYA. Maksud saya tentang
gambar muka depan untuk majalah bulan depan. Awak pasti dah biasa ambil gambar
perempuankan? Maksud saya kamu biasa ambil gambar yang bagaimana?” Lily Sarah cuba
memperbetulkan nada suaranya.
“ Itu wajib tahu” kata Aznal Firdaus tersipu – sipu malu lalu
mengangguk perlahan.
Lily Sarah juga tersenyum. Dia tahu
manalah ada lelaki yang tidak pernah ambil gambar perempuan.
“Sebelum saya ke New Zealand dulu
saya memang ada Ijazah dalam bidang ini juga di Perancis. Saya bekerja di sana
dengan syarikat majalah juga selama 3 tahun sebelum ke New Zealand. Saya ada
bawa portfolio dan hasil – hasil kerja saya”Aznal Firdaus terus mengeluarkan
beberapa buah fail besar lalu dihulurkan kepada Lily Sarah. Dia pernah bekerja dengan
beberapa orang peragawati terkenal di Asia seperti Tengku Azura, Amber Chia dan ramai lagi.
Lily Sarah menyambut dan segera
melihat beberapa buah gambar yang rasa – rasanya lebih dari seratus keeping
gambar di susun cantik dan kemas. Ini menunjukkan bahawa Aznal seorang lelaki
yang teliti dan cerewet pastinya.
“Cantik – cantik gambar awak ambil
ya. Menarik. Awak memang ada kemahiran yang tinggi rupanya”puji Lily Sarah
sambil membelek fail portfolio yang mengisi segala gambar-gambar yang menjadikan
Aznal Firdaus seorang Jurugambar yang berpengalaman.
Aznal Firdaus tersenyum “Tapi yang
pasti saya bukan seorang yang Selfie. Walaupun saya seorang Jurugambar, saya tak
suka selfie”
Lily
Sarah merenung Aznal Firdaus sambil tersenyum lalu mengangkat kening, “
Boleh percaya ke? Ambil gambar ala – ala gedik kemudian pos dalam facebook then ramai girl yang komenkan?” usik Lily Sarah.
Aznal Firdaus tergelak besar
“Lagi satu hal, saya belanja awak makan
tengahari sebagai ucapan terima kasih saya sebab tolong saya semalam”kata Lily Sarah
merenung kedua-dua mata Aznal Firdaus. Ya, mata mereka serupa. Mata yang redup dan mampu berbicara tentang hati.
“Oh….sudah tentu boleh!” Aznal
Firdaus terus tersenyum girang.
No comments:
Post a Comment