Bab 12
Hujan masih menggila. Dia tidak membuka televisyen seperti
biasa. Notebook juga tidak dibuka. Hanya sebuah buku tulisan Sophie Kinsella
menemaninya dikala sepi namun diganggu bunyi hujan. Pembacaannya terhenti bila
guruh berdentum berkali-kali. Dia baring di atas sofa. Sejukan mula terasa.
Matanya hampir terlelap. Majalah yang dibelinya petang tadi dicapai. Wajah depan majalah itu ditatapnya. Lama kemudian dipeluknya majalah itu.
Lily Sarah terperanjat bila
terdengar bunyi petir berdentum bersama kilat. Tubuhnya terasa sejuk lalu
dipeluk seerat yang boleh. Dia cuba memberi tumpuan pada perlawanan bola sepak
di televisyen. Namun dia memang tidak minat pada bola sepak. Dia tidak berani
menukar rancangan lain sebab masuk ke dalam rumah ini Ariq Iskandar awal – awal
lagi menghidupkan televisyen dan mencari rancangan bola di astro. Malah sempat
juga jejaka itu membebel sebab terlewat dalam lima belas minit. Lily Sarah takut
– takut duduk di atas sofa empuk itupun setelah disuruh oleh Ariq Iskandar. Lelaki
itu terus menghilangkan diri ke dapur.
Ariq Iskandar masih berada di dapur.
Terdengar bunyi piring dan cawan berdeting berkali - kali. Barangkali Ariq
Iskandar sedang menyediakan minuman panas. Lily Sarah masih berteleku di atas sofa empuk.
Matanya mengerling setiap ruang legar penthouse mewah ini. Cantik dan ringkas dengan
konsep ala bali. Dinding juga penuh dengan lukisan berbentuk abstrak.
Lily Sarah cuba menenangkan dirinya.
Tubuhnya dipeluk erat – erat lantaran kesejukan yang agak melampau. Sudah sejuk
dipasangnya pula penghawa dingin. Boleh mati kesejukan kalau begini, desisi
hati Lily Sarah. Hujan semakin lebat. Tiada tanda – tanda akan berhenti. Dia
resah kalau – kalau Mak long dan sepupu mencarinya ditengah malam. Bimbang juga
kalau – kalau Mak Uda membuat laporan polis. Tapi Mak long tidak pernah ambil
kisah tentang dirinya. Di rumah setinggan di pinggir kota juga dia hidup
bagaikan patung bernyawa. Mak long pernah tidak kisah sama ada dia ada atau
tidak di rumah. Kepulangannya tidak pernah disambut mesra.
“Untuk awak” tiba – tiba Ariq
Iskandar menyerahkan satu gelas mug berisi koko panas.
Lily Sarah menyambut dengan perasaan
teragak – agak. Dia tidak berani merenung mata Ariq Iskandar yang tajam umpama
helang. Lelaki ini memang kacak lebih – lebih lagi senyumannya tapi depan aku
dia buat muka serius. Ariq Iskandar juga selalu muncul dalam majalah dan akhbar
menceritakan tentang dunia muzik yang diceburnya. Lelaki ini sekarang menjadi
kegilaan kaum wanita. Namanya sentiasa meniti dibibir setiap wanita. Rakan –
rakan sekolejnya juga selalu menyebut nama Ariq Iskandar dan berangan – angan
ingin hidup bersama lelaki ini
Ariq Iskandar seraya mengambil
tempat disebelah Lily Sarah lalu mencicip minuman. Bergerak – gerak halkum bila
menelan air yang mengalir laju ke dalam kerongkong. Lily Sarah hanya memerhati.
“Kenapa awak tak minum?”Tanya Ariq
Iskandar bila dirinya diperhatikan oleh Lily Sarah.
“Atau awak nak minum lain? Saya
boleh buatkan yang lain” Tengku Ariq Iskandar merenung wajah Lily Sarah.
“Tak apa. Air ni pun sedap” kata Lily
sarah tergagap.
“Mana awak tahu sedap sedangkan awak
belum minum” serius nada suara lelaki itu.
Lily
Sarah terus terkelu terus memalingkan muka
ke kaca televisyen Plasma. Ariq Iskandar terseeyum sinis. Sesekali dia
mengerling gadis di sebelahnya. Ayu dan nampak lembut. Rambut Lily Sarah mengurai
dan hitam pekat. Dia terpesona seketika.
Sepantas kilat Lily
Sarah terus meneguk minuman koko itu
hingga habis. Sesekali mata merenung kaca TV plasma. Suka atau tidak terpaksa
juga menonton rancangan sukan nombor satu di dunia. Matanya juga mengitari
ruang tamu yang dirasakan begitu hebat. Cantik. Tidak mungkin Ariq Iskandar
sebegitu rajin mendekorasi ruang rumahnya. Melihat gaya lelaki disebelahnya
seorang lelakiyang kuat bekerja. Barangkali dekorasi penthouse ini dilakukan oleh seseorang yang pakar.
“Awak selesa pakai baju pyjamas
saya? Nampak besar? Nak bagi baju kecil tapi cuma singlet je nanti kalau pakai
awak lagi nampak seksi” kata Ariq Iskandar seraya merenung wajah Lily
Sarah yang masih takut – takut.
Berdebar Lily Sarah mendengarnya.
Dia meneguk liur. Bagaimanalah kalau tiba – tiba Tengku Ariq Iskandar buat perkara
yang tidak senonoh. Tidak mungkin! Tapi ada rasa bimbang terselit juga. Dia
hanya perempuan yang lemah, Ariq Iskandar seorang lelaki yang kelihatan mampu
menguasai apa sahaja manalah tahu muncul orang ketiga yang boleh mengubah
fikiran Tengku Ariq Iskandar.
“Tak apalah baju ni pun okey.
Selesa” jawab Lily Sarah perlahan. Dia tidak mahu menyusahkan Tengku Iskandar.
“Kalau hujan dah berhenti nanti saya
nak terus balik”sambung Lily Sarah
Ariq Iskandar memandang tepat
wajahnya, “Tak payah. Awak tidur saja di sini. Kalau balik pun mana ada teksi.
Pemandu bas pun dah tidur. Saya takkan hantar awak balik. Kenapa? Takut? Saya
takkan buat apa – apalah” jelas Ariq Iskandar cuba mahu menenangkan perasaan Lily
Sarah.
Ariq Iskandar faham wanita mana yang
mahu duduk dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Tetapi di saat genting begini
bagaimana dia mahu melepaskan Lily Sarah begitu sahaja.
“Saya risau kalau Mak long saya cari
saya. Nanti dia marah” Lily Sarah memberi alasan yang tepat.
“Tidak. Awak tidak boleh balik pada
waktu begini. Saya tak benarkan. Saya akan jumpa dia dan beritahu hal yang
sebenar. Jangan takut, sayakan ada” lelaki itu bersuara serius. Wajahnya
diseriuskan lalu menghirup air coklat koko yang masih hangat.
“Saya takut. Bukan apa, awak orang
terkenal nanti kalau – kalau jabatan Agama Islam datang macam mana?” Lily Sarah
masih mahu mencari helah. Dia gusar kalau sesuatu
“Apa susah, kalau dah kena tangkap
khalwat, kita kahwin sajalah. Kahwin free
kan?”begitu senang Ariq Iskandar memberi alasan mudah.
Lily
Sarah tersentak lantas memandang wajah Ariq
Iskandar di sebelahnya yang leka
menonton bola sepak di kaca televiyen. Senangnya cakap! Mentang –
mentang duit bertimbun – timbun, nak kahwin pun senang.
“Tapi…….”Belum sempat Lily
Sarah menghabiskan ayat.
“Diam! Awak pergi masuk tidur. Bilik
saya yang hujung tu” Ariq Iskandar menjuihkan bibir ke satu arah. Agaknya dia
bosan mendengar soalan dari Lily Sarah. Apa tidaknya dia begitu tekun
menonton pelawanan Chelsea menantang Arsenal.
“Bilik awak?” Lily Sarah terkedu.
Dadanya berdebar kencang.
“Kenapa?” mata Tengku Ariq Iskandar
membulat
“Tak. Awak tidur kat mana?” tanya Lily
Sarah macam orang bodoh
“Awak nak tidur dengan saya ke?”
mata Ariq Iskandar merenung tepat ke muka
Lily Sarah yang sudah merah menyala.
Lily Sarah terdiam. Gulp! Dia
terkaku seketika.
“Jangan risaulah. Saya masih ada
iman. Kan ada banyak bilik kat rumah saya ni. suka hati sayalah nak tidur kat
mana pun” Kata Ariq Iskandar tanpa memandang wajah Widad.
Perlahan – lahan Lily
Sarah bangkit dari sofa menuju ke satu
bilik yang diarahkan. Dia menoleh ke belakang, lelaki itu masih merenung kaca
televisyen. Gila bola gamaknya! Entah bagaimana lelaki itu juga menoleh ke
belakang memandang Lily Sarah yang masih tercengat di situ.
“Kenapa? Nak saya temankan ke?
Boleh….” Ariq Iskandar tersenyum nakal sambil menjungkitkan kedua – dua kening.
Lily
Sarah terdiam terus masuk ke ruang kamar
utama.
Lily
Sarah tersentak bila terdengar bunyi kilat berdentum serentak itu lamunannya juga mati Bermula dengan renyaian kini semakin lebat membasahi ibu kota Kuala
Lumpur. Sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sini, dia mula terpegun dengan
keindahan malam. Lampu neon berkelipan sangat menangkan hatinya. Bagaikan
cahaya menyuluh kegelapan hatinya.
Lily Sarah mendekati jendela. Biar
pun kesejukan di bawah penghawa dingin, hatinya terasa sayu. Ada luka bila
menginggatkan peristiwa lalu. Namun hatinya terdetik di manakah lelaki itu
sekarang? Barangkali sedang mengulit kebahagiaan bersama Rindiani.
Lily
Sarah merenung gambar muka depan majalah Business
yang baru dibelinya pagi tadi. Wajah lelaki ini masih seperti dulu. Masih
kacak. Senyumannya masih seperti dulu. Tiba – tiba ada rindu yang tebal. Rindu
yang masih hangat. Tidak semena – mena
air matanya mengalir laju. Rindunya pada lelaki ini tidak dapat ditahnnya lagi.
Ariq….saya rindu sangat.
No comments:
Post a Comment