Saturday, July 16, 2011

Buku Inggeris

Salam,
nak cerita buku - buku Inggeris yang menjadi koleksi saya. Sebenarnya tidak banyak, tak sampai sepu;uh buah. Yang paling banyak menyimpan kolek bahan bacaan dalam bahasa Inggeris cumalah ayah saya

Buku ini milik ayah yang dibelinya sejak sekolah



Buku yang mula - mula saya beli

Buku yang dihadiahi emak saya sempena hari jadi

Friday, July 15, 2011

Buku Untuk Wanita

Engkau Memang Cantik
Tertib Peribadi

Ya Allah, aku tak Ingin Sendiri

La Tahzan Gadisku

Hadiah Muslimah

Jangan Bersedih, Jadilah wanita paling bahagia

Panduan Mencari suami sioleh & isteri solehah

Tuesday, July 12, 2011

Karya Dr HM Tuah Iskandar

Hmmmm nak tulis lagi pasal tokoh seorang yang  popular. Dr HM Tuah Iskandar. Beliau bukan sahaja seorang pakar motivasi tetapis eorang penulis. saya memang mengumpul setiap karya beliau sebab buku - buku motivasi beliau memang best dan menggunakan ayat yang simple dan mudah difahami malahan setiap rencana diambil dari pengalaman beliau sendiri.
Buku yang akan memberi pembaca untuk sedar betapa pentngnya nilai kasih sayang

Meminta pembaca bangkit untuk menjadikan  diri sebagais eorang jaguh

Buku ini akan membantu kita menjadi orang yang top

Buku yang boleh membantu kita membina kemantapan diri

Buku ini akan mengejutkan kita dari lena yang panjang

Membantu kita membina peribadi yang baik dan berketrampilan



Prof Dr Hamka

Salam,

kali ini hendak bercerita tentang seorang tokoh. Mungkin ada yang kenal siapa Hamka. Okeylah, mungkin ada yang biasa dengar tajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Tapi buku yang saya jumpa adalah bertajuk Chermin Penghidupan. Buku ini adalah milik ayah saya yang nerupakan hadiah yang diberikan oleh sekolahnya , Sekolah Tambak Paya.

Thursday, July 7, 2011

Cinta Yang Sempurna

Ya dua vokalis dari kumpulan yang terkenal iaitu Tomok dari kumpulan The new Boyz dan Noh dari kumpulan Hujan telah mendirikan 'masjid' bersama wanita yang dicintai. Persamaan antara mereka adalah menikahi gadis cantik yang berusia beberapa tahun dari mereka namun usia bukan penghalang untuk mendirikan mahligai. Tomok berusia 27 manakala isterinya Siti rahayu berusia 32 tahun. Noh hujan pula berusia 27 tahun dan Mizz Nina pula berusia 31 tahun. 


Kisah cinta mereka meninggatkan saya kisah cinta Rasulullah dan Saidatina Siti Khadijah. menyelak lembaran kisah cinta Rasululllah yang mendirikan rumahtangga pada usia 25 tahun bersama wanita hebat di dunia iaitu Siti Khadijah yang berusia 40 tahun. teringat seorang penceramah yang mencerita bagaimana mendalamnya cinta dan sayang rasulullah terhadap isteri pertama kerana Saidatina Siti Khadijah pernah berkata, seandainya Rasulullah mahu menyebertang sebatang sungai, dia rela memberi tulang temulang untuk dijadikan titi. Begitulah hebat dan besarnya pengorbanan Siti Khadijah terhadap suami yang dicintainya

SELAMAT PENGANTIN BARU

Lipstic Jungle

Drama yang saya mahu cerita ini pun sudah habis bersiaran tapi saya suka menonton sebab mengisahkan tiga rakan baik yang mengahrungi suka duka dalam dirinya, kerjaya, keluarga dan orang ramai.

Wendy, seorang wnaita yang sudah bekeluarga merupakan seorang penerbit filem yang mengendalikan rumahtangganya snediri serta menguruskan rumahtangganya.

Manakala Nico pula seorang editor majalah pernha berumahtangga dengan seorang pensyarah namun tidak dijangka suaminya menjalinkan hubungan dalam diam dengan seorang pelajarnya sendiri sehingga pelajar tersebut mengandung. Setelah suaminya mati, pelajar etrsebut menemui Nico untuk menuntut hak

Victoria pula seorang pereka fesyen pernah mengalami putus cinta pula menjalinkan hubungan dnegan seorang Kontraktor dan dia cuba mengambil hati anak Kontaktor yang sellau dingin dengannya

Hawaii Five-O

Salam semua,
Kali ni nak cerita pasal drama bersiri yang disiarkan di AXN iaitu Hawaii Five o. Sebenarnya saya memnag taks angka hawaii Fivwe  0 ni ada versi lama 

Versi lama


Steve Mcgarret

Danny aka Danno

Chin

Kono


Versi Baru


Steve McGarret


Danny aka Danno

Chin
 
Kono

Monday, July 4, 2011

Tyler Perry

salam isnin,

Kenal Tyler Perry? Sejujurnya saya tidak eknal beliau tetapi nama beliau cukup gah di Hollywodd malahan lebih hebat  berbanding pelakon - pelakon yang ada pengikutnya snediri. Apa yang menarik, aktor ini memiliki studio filemnya sendiri dan dikatakan memiliki segala - gala hidupnya namun satu perkara yang tidak boleh dilupainya iaitu zaman silam.
saya sedang menonton rancangan Oprah Winfrey. Kali ini wanita ternama ini emnemjubual seorang pelakon hebat dan pengarah yang terkenal iaitu Tyler Perry. Bila menonton temubual beliau dengan Oprah Winfrey, saya berasa sungguh kasihan dengan pelakon ini kerana zaman kecil beliau hingga remaja sungguh menyedihkan. Bleiau menjalani hidup dengan keadaan yang memilukan. Sejak kecil beliau telah mengalami penderaan fizikal yang dilakukan oleh bapanya  malahan mengalami ganggun seksual pada zaman kanak - kanaknya. Beliau diganggu secara seksual oleh seorang pembuats nagkar, Jururawat lelaki dan ibu kepada rakannya. ketika itu beliau tidak tahu apa itu seks. Beliau amat menyayangi ibu walaupun ibunya seorang yang pasif dan turut menyayangi makciknya, Jerry yang menjadikan tempat beliau berlindung.
Tyler juga merupakan sahabat baik kepada with Oprah WinfreyWill Smith and Janet Jackson. dalam Oprah Winfrey, saya melihat oprah mengalirkan air mata bila mendengar sahabat baiknya mendedahkan zaman kanak - kanak. Ini kerana Oprah juga pernah menjalani detik hitam dalam hidupnya.
Nmaun apa yang menarik, Tyler seoranga nak yang baik, meskipun pernah didera, setelah terkenal, beliau amsih menghantar cek bulana kepada bapanya malahan bapanya duduk di rumah yang besar. Katanya, beliau telah lama memaafkan bapanya. Kisah tragis hidup Tler menjadi inspirasi rakyat Amerika

Sunday, July 3, 2011

Family In Hiding

Salam ahad untuk semua,

hari ini tidak ke mana - mana melainkan tercanguk depan astro, menonton rancangan di DIVA. saya sempat menonton sebuah filem yang begitu menarik. Filem etrsebut bertajuk 'Family In Hiding'. Filem ini mengisahkantentang seorang ibu tunggal yang telah berpisah dengan suaminya dan membesarkan dua anaknya iiatu Alicia dan Matt. Puan peterson seorang wanita yang terlalu obses dengan kerja sehinggalahs ewaktu pulang menuju ke parkir kereta dia telah terlihat satu pembunuhan yang telah menyebabkan kematian pembantu peguam negara. Puan Peterson yang terkejut terus melarikan diri namun dua penjenayah telah mengecam nombor plat keretanya.
Akibat takut diburu, peguam negara telah merancang untuk mengubah hidup Puan peterson dan dua anaknya. Identiti asal tiga beranak ini dipadan dan digantikan dengan nama yang baru. Tiga beranak ini terpaksa melupakan cara dan gaya hidup dengan cara hidup nomad yang sentiasa berpindah randah.
Penjenayah tersebut tetap tidak berputus asa untuk menjejak tiga beranak itu

Thursday, June 30, 2011

Cerpen di dalam Majalah Jelita

Assalammualaikum
Saya masih tak lupa, dalam bulan empat rasanya saya menerima panggilan darri kakitangan majalah Jelita yang mahu meminta kebenaran saya untuk memuatkan cerpen karya saya dalam majalah Jelita. Ketika itu saya memang teruja. Alhamdulilah, ada juga cerpen saya menjadi perhatian sebuah penerbitan majalah yang terkenal.
Okey, petang tadi saya ke Tesco singga ke News. saya terdetik unuk membelek - bele jalah Jelita edisi bulan Julai. Saya menyelak secara rambang, tiba - tiba terpandang satu watak cerpen iaitu Nurul Iman, lantas saya mencari nama penulis dan tajuk. Alhamdulilah tertera nama Ida Nardiel dan tajuk cerpen saya ialah KEKASIH

Saturday, June 25, 2011

Dewa Cintaku

Selepas Nora elena yang diadaptasikan dari Novel tulisan meen zulaikha yang bertajuk kasih yang Suci, kini ada sebuah drama bertajuk Dewa Cintaku. saya mendengar tajuk itu, saaya berkata macam pernah dengar tajuk sebegitu dari sebuah novel. puas meninggatkan, ohhh drama terbaru ini juga diadaptasikan dari sebuah novel karya Dilla Hussin. Gambar muka depan novel tersebut adalah gambar Rosyam Noor. Sejujurnya novel tulisan dilla Hussin ini memang best sangat. Setahu saya Dilla Hussin juga seorang penulis skrip drama kalau tidak silap saya. selepas membaca novel tersebut dalam pertengahan tahun 2000, saya menanti juga novel baru tulisan Dilla Husin
Sinopsis novel pun saya ingat Iqbal mencintai seorang penyanyi kelab malam yang bernama June tapi June lebih tua dari Iqbal. June ni macam kasar sedikit dan iqbal juga puas mahu mengambil hatinya tapi pengakhiran novel ini amat mengejutkan dan menyedihkan


Wednesday, June 22, 2011

Bila Manusia tidak tahu mengucapkan 'Terima Kasih'

Pada suatu malam tu, saya tidur lewat. Saya tekan punat remote tv, 708. satu rancangan realiti yang diasaskan oleh Tyra Banks. Wanita ini saya anggap antara wanita kulit hitam yang tercantik di dunia. Baru saya tahu model Iman adalah mentornya. Okey, saya tidak berapa kenal peserta model tetapi pertama kali saya menonton, seorang model kulit hitam bernama Fatima yang tiba - tiba mengata Allison berpunggung besar kemudian Allison balas, saya pernah hidup sebagai anoreksia sebagai sindiran terhadap Fatima.
Selepas beberapa adegan photoshoot, Allison seperti menyakiti hati Fatima. Allison pula berlagak kerana pengalamannya sebagai model sebelum ini. Fatima terus membisu iaitu tidak lagi menyakiti
Kemudian kesemua pserta dinilai oleh Tyra Banks. Tinggal dua peserta iaitu Allison yang begitu yakin kekal dan Dominique yang saya lihat tidak yakin untuk kekal kerana photoshootnya tidak menarik malahan tiada ciri - ciri seperti seorang model. Tyra Banks mengatakan Allison dan Dominique tidak pernah mengucapkan TERIMA KASIH. pada pendapat saya,Allison terkeluar bukan sahaja tidak berbudi bahasa tetapi sikapnya yang suk menyelar oeang lain dan tidak pernah rendah diri lantaran pengalamannya sebagai model
Fatima

Allison


Wednesday, June 1, 2011

Drama Cina

Kali ini hendak bercerita tentang satu drama cina yang amat saya minati sejak zaman sekolah. Drama ini bukan sahaja saya suka tetapi hampir rakyat Malaysia suka menontonnya. Masih ingat tak drama The Good Old Days yang memaparkan kisah pengorbanan seorang isteri dan kehidupannya di rumah mentua. ia juga menyelit kisah persahabatan dan percintaan. dalam perkahwinannya banyak pergolakan yang dialami.
Lagi satu drama cina yang saya suka adalah The Journey to the West. Drama i ni emmang agak melucukan memaparkan kisah yang tentang perjalanan Sunwokung dan sahabatnya serta seorang sami daalm pengemabraan ke Barat. Cerita sebegini memang kelakar dan lucu dengan aksi nakal Sunwukong yang berani dan nakal