Saturday, June 25, 2011

Dewa Cintaku

Selepas Nora elena yang diadaptasikan dari Novel tulisan meen zulaikha yang bertajuk kasih yang Suci, kini ada sebuah drama bertajuk Dewa Cintaku. saya mendengar tajuk itu, saaya berkata macam pernah dengar tajuk sebegitu dari sebuah novel. puas meninggatkan, ohhh drama terbaru ini juga diadaptasikan dari sebuah novel karya Dilla Hussin. Gambar muka depan novel tersebut adalah gambar Rosyam Noor. Sejujurnya novel tulisan dilla Hussin ini memang best sangat. Setahu saya Dilla Hussin juga seorang penulis skrip drama kalau tidak silap saya. selepas membaca novel tersebut dalam pertengahan tahun 2000, saya menanti juga novel baru tulisan Dilla Husin
Sinopsis novel pun saya ingat Iqbal mencintai seorang penyanyi kelab malam yang bernama June tapi June lebih tua dari Iqbal. June ni macam kasar sedikit dan iqbal juga puas mahu mengambil hatinya tapi pengakhiran novel ini amat mengejutkan dan menyedihkan


No comments: