Saturday, February 2, 2019

Bohemian Rhapsody


Bohemian Rhapsody mengisahkan perjalanan hidup Freddie Mercury di awal penubuhan kumpulan Rock Queen sehingga mereka membuat persembahan paling hebat di Bumi iaitu di konsert Live Aid pada tahun 1985. Dalam file mini banyak memaparkan bagaimana penubuhan Queen, percintaan dan perpisahan dengan Mary, penciptaan lagu dan kehidupan gay. Hubungan songsangnya tidak keterlaluan di dalam filem. Filem ini lebih menumpukan pada lagu-lagu yang mengangkat nama Queen.

Sebelum membuat album, kumpulan ini hanya menerima undangan menyanyi untuk kolej dan majlis di kawasan komuniti serta pub sahaja sehinggalah van buruknya di jual untuk menerbitkan album sendiri. Sejujurnya saya hanya mengetahui lagu We Will Rock You dan We Are The Champion. Bagi saya jalan ceritanya agak lurus sahaja, tidak begitu mencemaskan, Tidak mendebarkan Cuma babak Freddie memberitahu ahli-ahli kumpulannya yang dia menghidapi AIDS. Kekuatan filem ini hanya pada persembahan lagu oleh Freddie. Itu energy filem ini. Rami Malek membawa watak Freddie dengan begitu baik sekali. Dia berjaya mempersembahkan karakter Freddie dengan gaya yang bersahaja, sinis, lucu dan sebagainya.

Filem ini juga memaparkan kehidupan Freddie bila berada di puncak. Dia ego, angkuh hingga melukakan hati ahli kumpulan Queen. Filem ini juga menunjukkan orang yang rapat juga yang menghancur hidup dan kariernya sendiri

No comments: