Tajuknya menarik yang membuatkan saya
ingin membacanya. Muka depan pun satu tarikan untuk kita tahu apa sebabnya
Cindai itu berdarah. Ia mengisahkan saka yang diturunkan kepada Imran melalui
sehelai kain cindai. Cindai dalam tradisi Melayu bukanlah semata-mata tekstil
atau pakaian, sebaliknya mengandungi unsur mistikal halus yang memerlukan
ketajaman pemikiran manusia untuk merungkai rahsia di sebaliknya. Saya suka
bila penulis ini mengetengahkan kain cindai sebagai unsur mistik dan rahsia.
Bagi saya kain Cindai
itu sangatlah misteri seperti lagunya yang dinyanyikan Datuk Siti Nurhaliza pun
boleh meremangkan bulu roma kita. Dalam
kesusasteraan Melayu, kain Cindai telah digunakan oleh Hang Jebat bagi membebat
/membalut luka sebelum dia turun mengamuk. Hang Jebat dikatakan hanya mati
selepas bebatan kain Cindai itu dibuka oleh Hang Tuah.
Dalam novel Cindai
Berdarah, sejak Imran menerima kain turun temurun itu, sejak itu pelbagai
peristiwa aneh dan menyeramkan berlaku kepada Imran, Mak Nang dan Riena. Selain
itu dendan turun temurun dari keturunan yang yang lalu juga menimbulkan banyak
konflik juga percintaan tiga segi.
3/5 bintang
No comments:
Post a Comment