Saya baca novel ini sudah
lama. Saya pun hampir lupa jalan ceritanya bagaimana dalam novel tetapi saya masih
ingat watak utamanya iaitu Ejim, Amirudin dan wan Suraya. Bila menonton filem
Tombiruo di pawagam MBO, Melaka Mall, jalan ceritanya agak menyimpang dari
novel. Ya hendak memuatkan jalan cerita asalnya dalam bentuk visual selama dua jam lebih mungkin
mustahil tetapi saya menonton layar peraknya, saya boleh terima dan berpuas hati sebagai pemuja
Ejim dari awal buku pertama hingga ke buku ketiganya.
Bila menonton filemnya, saya
sukakan sinematografi. Rakyat Sanah sepatutnya bukan sahaja berbagga dengan
hutan belantara yang tebal tetap Tumbiruo, penunggu hutan yang begitu misteri
dan dikatakan dewa Hutan.
Bagi saya watak dalam filem
Tombiruo sangat menyerlah sehinggakan saya tidak tahu Zul Ariffin memegang
watak Tombiruo. Saya sukakan watak Ondu yang begitu bersahaja dan lucu. Aksi
pertarungan antara Ejim dan Amirudin juga menarik. Selain itu suara wanita tua
ataupun Bobolian yang bergetayangan di
langit memberitahu Ejim dan Amirudin adalah saudara kembar di lihat begitu luar
biasa sekali.
Jika ada sekuel kedua
Tombiruo, harap watak Ejim dan Amirudin lebih menarik. 3/5 bintang
No comments:
Post a Comment