Sunday, August 6, 2017

Ulasan Novel: Amukan Jembalang Tanah

Assalamualaikum



Selesai juga saya membaca novel seram tulisan  A. Darwisy. Sejujurnya saya tak pernah baca novel cinta yang di tulis A.darwisy sebaliknya saya mengenali nama beliau sebagai penulis novel seram. Bintang untuk novel kali ini 4/5 bintang. A.darwisy suka menulis kisah hantu dan makhlus halus. bagis aya tak ramai penulis-penulis Malaysia menulis sebegitu kalau ada pun thriller. Sebelum ini kita disogokkan dengan orang minyak dengan dua novel sirinya. memang saya beli dua novel Jangan Biarkan dia masuk. Novel kali ini menampilkan Jembalang tanah dan di tampilkan juga penanggal. ohh serius, saya suka cerita-cerita sebegini sebab saya obses dengan filem-filem seram.

Berbalik pada novel ini, saya beranggapan ia berdasarkan sebuah kisah benar. Ya, hampir semua sekolah di Malaysia pasti ada kisah-kisah yang terseimpan beratus-ratus tahun. Kukuhnya sebuah sekolah pasti ada misteri yang tersembunyi. Sekolah bising pada waktu siang tapi sunyi pada waktu malam. kalau tanya kepada pengawal Keselamatan, pasti ada ceritanya. Pernah juga saya berbual-bual dengan Pengawal Keselamatan tentang sekolah yangs aya kerja sekarang. mereka mengatakan ada. ada makhlus halus yang berlegar-legar. Saya ni jenis selau tertinggal barang, selalu datang ke sekolah lewat petang pun dah rasa merinding bulu roma.

Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada uri atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan. Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut. Sumber dari Wikipedia.

Novel ini mengisahkan rahsia yang tersembunyi di sebuah sekolah. Sekolah tersebut dikatakan kebal dan ampuh dari serangan tentera jepun kerana ada penjaganya dikatakan kebal dari ditawan pihak Jepun. Bermula dengan persiapan majlis sambutan yang dirancang pihak sekolah maka bermulalah rentetan peristiwa yang menyelongkar rahsia 100 tahun dahulu.

Kematian Sakinah menimbulkan pelbagai persoalan yang bermain di kalangan rakan-rakannya terutama Mira, kaisara dan Natrah. Cikgu Mastura dan cikgu Badrul juga ingin tahu bersama-sama menyiasat akan perkara-perkara pelik yang berlaku sehingga menyebabkan kematian bapa Kaisara. Selain itu tindak tanduk luar biasa pengusaha kantin juga membuatkan bukan saja watak tertanya-tanya, kita sebagai pembaca pun ingin tahu.

Teknik imbas kembali menghubungkan plot-plot dan hubungkait pada zaman sekarang dan zaman lampau. Jalan cerita lancar serta pembaca mudah memahami perjalanan cerita ini. Plot tersusun dengan garapan bahasa yang baik. setiap watak dalam novel ini dimainkan dengan baik. setiap bab yang di baca menimbulkan debaran dan persoalan di benak pembaca.

Mesj yang ada dalam novel ini banyak seolah-olah memberi peringatan syirik itu di larang di sisi agama Islam. Sebaik-baik pertolongan hanya daripada Allah SWT sahaja



No comments: