Bab 4
“Awak
kena baca novel ni. Sangat menarik” beritahu Puan Linda sambil menanggalkan
kaca matanya.
“Apa
yang menariknya” tanya Lily Sarah yang hanya memandang buku yang bewarna biru
laut. Muka depan yang cantik. Dia memuji dalam hati. Warna kegemaran dia. Masih
seperti dulu. Warna biru sentiasa menggamit hati lelaki itu. Katanya biru itu lautan
yang setia dan biru itu langit yang menanti dan kita berdua pasangan yang sentiasa
memerlukan antara satu sama lain. Kata dia. katanya! Bentak hati Lily Sarah! Arghhh
itu semua kata-kata manisnya.
“Khabarnya
kisah benar. Kisah rumahtangga penulis buku ni” tokok Puan Linda sambil
menunjukkan buku setebal dua inci itu lalu diletakkan di atas meja Lily Sarah.
“Puan
dah baca?” serius nada suara Lily Sarah tanpa merenung wajah Ketua Editor. Dia
membelek-belek novel itu dari depan hingga ke belakang. Dia membelek di muka
hadapan lagi. Satu ucapan yang membuatkan dia tersentak
For my ex wife. Still loving you
“Kisah
yang menyedihkan. Rafail seperti membuka pekung di dadanya. Dia mengaku mencurangi
isterinya sendiri dengan menjalin hubungan dengan sahabat baik isterinya. Saya
teringat lagu Yuna yang bertajuk Lelaki” kata Puan Linda tersengih. Yunalis
Zarai antara penyanyi tempatan yang berjaya di Amerika.
“Lirik
lagu itu sesuai dijadikan filem atau drama kalau novel ini diadaptasikan” kata
Puan Linda tersengih. Di Malaysia, drama adaptasi daripada novel antara menjadi
perjatian penonton malahan itu satu factor untuk melariskan novel di pasaran.
Lily
Sarah terkelu. Ya, lagu lelaki yang pernah menjadi siulannya suatu ketika dulu.Malahan
sewaktu menetap di New York dia berpeluang menyaksikan persembahan anak muda
berhijab itu membuat persembahan.
“Yunalis
Zarai, penyanyi muda yang bagus. Penampilannya agak berbeza. Saya kagumi
beliau” kata Rafail Adam bersungguh-sungguh sambil menunjukkan satu
halaman muka surat yang memaparkan
gambar penyanyi kelahiran Malaysia itu tidak lama dulu. Dari situ Rafail Adam membuat
keputusan mahu menonton persembahan Yunalis Zarai.
Lily
Sarah tersenyum bangga, “Mestilah. Anak melayu dah tak macam dulu. Kebanyakkan
mereka berani menyahut cabaran. Ada yang jadi Chef di luar Negara, ada yang
bekerja sebagai pereka kasut macam Datuk Jimmy Choo”
“Sayang,
lagu Lautan untuk awak. Laut yang biru mendamaikan seperti saya memandang wajah
awak. Saya selalu ingin menyelam lautan dasar hati awak agar saya sentiasa
memahami awak”bicara Rafail Adam tatkala Yunalis mendendangkan lagu bertajuk
lautan.
Dia
terkesima tika merenungi mata redup milik lelaki yang berjaya melamarnya awal
tahun lepas. Bersaksikan dua rakan baik Rafail Adam dan jurunikah masjid, dia
sah menjadi isteri kepada Rafail Adam yang sudah bermastatutin di New York
lebih sepuluh tahun.
“Rafail
Adam ialah novelis Melayu yang paling berjaya di New York. Dia menulis hampir
10 buah novel dan dicetak banyak kali. Dengar khabar sebuah novelnya akan
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh syarikat Datuk Umar dan akan difilemkan!”
Puan Linda menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Editor majalah GAYA.
Entah kenapa dia begitu senang berbual dengan Lily Sarah yang kelihatan tenang
orangnya. Tidak banyak bercakap tetapi banyak bergerak.
“Datuk
Umar?” Lily Sarah menyebut nama itu dengan dahi berkerut. Datuk Umar antara pelakon
veteran yang berkecimpung sebagai pengarah dan penerbit filem sehingga mampu
mengaut keuntungan berjuta-juta untuk setiap filem keluarannya.
“Ya,
Datuk Umar mengambil risiko mahu mengadaptasi sebuah novel Rafail Adam bertajuk
‘Flower for girl’. Ada bacakan? “tanya
Puan Linda yang cukup fanatic dengan setiap novel karya Rafail Adam
Lily
Sarah diam. Novel itu adalah kisar benar yang memaparkan kisah percintaan
Rafail Adam dari cinta pertama hingga dia sebagai wanita terakhir yang berjaya
membuka pintu hati Rafail Adam sehingga termaktub sebagai suami isteri.
“Puan
memang suka ke dengan karya Rafail
Adam?” tanya Lily Sarah ingin tahu
“Mestilah.
Orangnya sangat kacak macam pelakon James Mcavoy” kata Puan Linda yang begitu
gembira menceritakan perihal penulis lelaki kelahiran Melaka yang berjaya
menembusi dinding penulisan di luar negara.
“Cuma
saya ingin tahu siapa isterinya. Pasti wanita hebat, cantik, dan berkerjaya. Dalam
novel ni, nama-nama wanita yang hadir dalam hidupnya digunakan dengan nama lain
tapi saya rasa bekas isterinya orang Melayu” kata Puan Linda dengan rasa kagum.
Lily
Sarah berdebar. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu status dirinya yang sebenar.
Bujang ataupun janda. Kalau boleh dia tidak mahu dikaitkan dengan Rafail Adam
Lagi.Cukup sudah dia menangis kerana lelaki itu lagi. Ya, lelaki itu miliki
segala-galanya. Bukan sahaja kacak dan kaya raya hasil royalti tetapi mampu
mencairkan hati wanitanya dengan puisi puitis karyanya sendiri.
“Saya
mendapat tahu Rafail akan datang ke Malaysia pada bulan depan. Saya minta Datuk
Umar aturkan pertemuan kita berdua dengan Rafail” Puan Linda semakin teruja.
“Kita
berdua?” dahi Lily Sarah berkerut. Tubuhnya bergigil. Sesungguhnya dia tidak mampu
menyebut nama Rafail Adam. Tidak terdaya rasanya.
“Ya.
Kita berdua. Saya mahu kisahnya dipaparkan dalam majalah GAYA dalam ruangan
lelaki. Pasti hebat bukan?” kata Puan Linda yang begitu mengkagumi kredbiliti
Rafail Adam yang berjaya mengumpul peminat di seluruh dunia.
Lily
Sarah terdiam. Terkelu. Mulutnya sedikit ternganga.
“Kenapa?
Kamu tak suka ke?” tanya Puan Linda pelik bila melihat wajah Lily Sarah
kegelisahan.
“Saya
juga membaca karya-karyanya” kata Lily Sarah. Bukan setakat membaca sahaja,
malah mengkritik dan orang pertama yang akan membaca manuskrip sebelum
diserahkan kepada penerbit. Malahan saban hari dan setiap malam dia akan
menemani lelaki itu menaip hingga lewat subuh.
Rafail
Adam, lelaki romantic yang mampu mencairkan mana-mana wanita. Dia kegelisahan. Rindukah
dia pada lelaki itu?
No comments:
Post a Comment