Majalah itu dilempar
perlahan di atas meja kopi di hadapan. Kopi yang masih hangat diteguk perlahan.
Bagaikan ada suatu kuasa yang memberikan dia tenaga bila air kopi mengalir ke
kerongkongnya. Beberapa buah fail putih diselak perlahan kemudian di tolak
tepi. Dia bosan. Bosan menghadap kerja yang rutinnya sama setiap hari. Dia
bosan mengenakan kot begitu juga dengan kasut mahal di kakinya. Tali leher
dilonggarkan sedikit. Dia mengeluh berat dengan nada kecewa. Rasa kecewa yang
dipendam bertahun-tahun lamanya. Dia merenung wajah di cermin antik yang
tergantung di belakang. Dia cuba tersenyum tapi senyuman yang dilihat tawar.
Ramai mengatakan dia adalah antara tokoh korporat yang termuda di Malaysia yang
lengkap dengan pakej. Apa guna kacak tapi tidak bahagia. Apa guna kaya tapi
hartanya dikikis oleh ramai wanita.
Dia
rindukan kerjaya lamanya. Kerjaya yang membuatkan dia gembira. Kerja yang
membuatkan dia bertemu dengan pelbagai ragam manusia terutama kaum wanita yang
selalu menggodanya dan menagih cinta darinya. Ah, wanita di dunia ini semuanya
sama! Dia mengusap wajahnya berkali-kali. Jika dulu wajahnya bersih tanpa
janggut dan juga kumis kini sebagai lelaki matang dia dikatakan lebih bergaya
dan kacak dengan berkumis dan berjanggut sejemput di dagu.
Lantas dia bangun
menghampiri jendela. Di luar jendela, hujan masih menggila membasahi bumi.
Disebalik teriakan hujan yang tidak menunjukkan tanda – tanda tidak berhenti
dia terus merenung langit gelap. Hujan pernah menjadi saksi pertemuannya dengan
seorang gadis. Dia memejamkan mata ternyata wajah itu masih terbayang di ruang
anak matanya. Kemudian pandangan beralih ke arah laut biru yang menari – nari
keriangan menerima air hujan. Kocakan air laut itu sedikit sebanyak menyentuh
kolam hatinya. Hatinya tersentuh. Dia teringatkan satu ungkapan ombak begitu
setia dengan pantai namun ungkapan itu cukup menjengkilkan dirinya.
Majalah
GAYA di atas meja comel itu ditatapnya lalu tersenyum perlahan. Entah kenapa
ada satu gambar wanita di dalam majalah seakan – akan mengetuk pintu hatinya.
Wanita itu ayu dan wajahnya tampak lembut. Dia pernah terserempak dengan wanita
itu di beberapa buah majlis. Wanita itu nampak tenang namun wajahnya seakan
menyimpan seribu rahsia. Dia tidak pernah melihat wanita itu tersenyum namun dia
yakin senyuman wanita itu pasti menarik sama semanis wajahnya. Ah, dia percaya
ramai lelaki di luar sana cuba mengambil hati wanita itu. Dia sedar beberapa
orang teman korporatnya pernah berbicara tentang wanita bertudung itu. Dia rasa
tercabar. Dia mahukan wanita itu kembali. Mahu mengenali wanita itu semula.
Hatinya sudah tertarik kembali untuk wanita itu. Dia tahu di mana wanita itu
berada sekarang kalau bukan di Brain
Pink.
“Tuan”
tiba – tiba Dawud memanggil. Dia berdecit seketika. Lamunanya terus termati
lantas dia menoleh ke belakang. Dawud, lelaki yang berusia darinya telah
bersama – samanya lebih sepuluh tahun. Sentiasa bersama di saat susah dan
senang. Dawud tidak ubah seperti seorang abang namun lagaknya mengalahkan
seorang ayah terhadap anaknya. Dia cukup rimas bila Dawud mula membebel. Namun
hidupnya janggal kalau ketiadaan Dawud. Dia juga ada Nora, selaku Setiausaha
namun dia tidak mahu merapati wanita seperti mana bos dengan Setiausaha.
Biarlah Nora buat kerja – kerja yang sepatutnya. Kopi untuknya pula Dawud yang
buat bukan Nora. Kelakarnya Nora dan Dawud berlumba – lumba mahu membuatkan air
untuknya.
“Kenapa?”
tanya dia dengan nada suara serius. Raut wajahnya juga tegang.
“Masih
terkenangkan Dewi ke?” tanya Dawud yang sengaja mahukan kepastian.
Dawud tidak tahu di
mana Dewi berada sekarang. Mungkin di London atau sudah kembali ke Singapura,
kampung halaman. Kerana perempuan itu tuannya menutup pintu hati untuk mana –
mana perempuan. Baru – baru ini dia dan tuannya pernah terserempak dengan Dewi
di sekitar New York yang begitu mesra dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris.
“Dewi?”
lelaki itu tersenyum sinis.
Dawud
diam. Rasa bersalah pula bila menyebut nama itu. Sejak kebelakangan ini dia
mula perasan perubahan diri lelaki di
hadapannya. Sering termenung malah selalu membelek – belek majalah GAYA. Pelik
juga bila seorang lelaki membaca majalah yang khas untuk kaum Hawa sahaja. Dia
tahu sikap lelaki yang bertindak sebagai majikannya itu adalah seorang
perahsia. Jarang benar mereka berdua bercerita tentang perempuan. Malahan dia
tidak pernah tahu siapakah kekasih pertama tuannya melainkan Dewi yang pernah
menjadi tunangan tuannya.
“Dawud,
kamu pernah jatuh cinta?” tanya lelaki itu dengan wajah sedikit kemerahan.
Dawud
tersenyum lebar. Soalan itu amat senang
baginya. Jawapannya mudah tentulah pernah namun cinta pertama itu Cuma
cinta monyet. Sekarang dia sudah bertunang dengan seorang wanita pilihan
ibunya.
“Pernah.
Kenapa Tuan tanya begitu?” tanya Dawud dengan dahi berkerut.
Lelaki
tampan di hadapannya membisu seketika namun wajahnya tenang meskipun sedikit
berkerut.
“Kamu
tahukan, begitu lama saya menutup hati saya untuk mana – mana perempuan” suara
lelaki itu mendatar penuh kesayuan.
Dawud
mengangguk faham. Dia tahu sejarah pahit yang menimpa tuannya. Pilihan Puan Sri
Fatimah telah mencalit kedukaan buat tuannya ini. Kerana peristiwa itu tuannya
membuat keputusan untuk meninggalkan rumah agam untuk mengubat hati yang lara.
Puan Sri Fatimah masih rasa bersalah sehingga ke hari ini. Tapi dia dapat
merasakan ada peristiwa lain yang lebih melukakan hati tuannya. Masakan tidak,
sewaktu Dewi melarikan diri pada malam
pernikahan, wajah tuannya kelihatan tenang dan bersahaja malah boleh pula
tersenyum pula. Puan Sri Fatimah pula seperti orang hilang bila menantu tak
jadinya melarikan diri entah ke mana.
“Tuan
sudah jatuh cinta ke?” tanya Dawud berhati – hati.
Lelaki
merenung Dawud lalu tersenyum
Dawud
terkebil – kebil. Adakah tekaannya tepat? Siapakah wanita yang membuatkan hati
tuanya kembali cair? Adakah wanita itu puteri raja? Anak Datuk? Anak tan Sri?
Mungkin penyanyi atau pelakon? Mungkin model majalah ataupun peragawati pentas?
“Saya
ada kerja untuk kamu” serius suara lelaki itu memberitahu
“Kerja
apa?” tanya Dawud tidak sabar-sabar. kerja mudah atau susah? Apapun dia sanggup melakukan untuk lelaki yang telah banyak membantunya. Wang? Tidak usah cakaplah, memang beribu-ribu lelaki itu membantunya.
Lelaki
itu tersenyum penuh makna. Bagaikan ada sesuatu yang tersirat. Dawud mula
berdebar. Baru hari ini dia nampak senyuman lebar tuannya. Tapi apa tugasan
terbarunya? Tuannya itu melemparkan majalah Sastera dan kemudian menarik laji
mencari sesuatu. Dawud hanya memerhati tanpa banyak soal. Di tangan tuannya
terdapat sebuah fail hitam yang agak usang. Dawud terkebil – kebil menanti
arahan.
No comments:
Post a Comment