Bab 2
Dia bersendirian di dalam kafeteria mewah
ini. Lagu sentimental yang bergema di ruang kafe ini membuatkan hatinya tersentuh.
Sayu dia mendengar. Lagu Gubahan Rindu Puisi
Syahdu dendangan Fauziah Latiff mencarik-carik hatinya. Sambil menanti
seseorang dia meneguk secawan kopi panas
bersama sepotong kek coklat. Kek di dalam pinggan comel di hadapannya sudah
tinggal separuh. Entah kali ke berapa dia melirik jam tangan berjenama rolex.
Dia melepaskan satu keluhan yang agak berat. Sudah lewat 15 minit. Namun dia
bersabar. Sabar dengan kerjaya yang memerlukan dia harus peka dengan dunia
wanita yang semakin urban kini. Namun di sebalik kehebatan wanita zaman
sekarang masih ada wanita yang ketinggalan mengejar impian. Kasihan. Namun itu
adalah nasib masing – masing. Kebahagiaan yang dimiliki tidak semestinya selama
begitu juga penderitaan tidak juga akan dirasai selamanya.
“Assalammualaikum,
Cik Lily Sarah ke?” satu suara halus memecah lamunan Lily Sarah, lantas dia
menoleh ke sisi. Ada seorang wanita sederhana tinggi dan berambut lurus paras bahu menanggalkan cermin mata hitam. Wajah itu nampak cengkung
dan kusam. Jelas menunjukkan seribu kesakitan dan penderitaan yang
ditanggungnya.
“Waalaikummusalam.
Ya, saya Lily Sarah”balas Lily Sarah dengan sedikit terkejut kemudian
menganggukkan kepala. Lantas dia mempersilakan wanita di hadapannya duduk .
“Maafkan
saya sebab terlewat. Saya terpaksa hantar anak saya ke rumah ibu saya tadi”
wanita itu memberi alasan. Dia juga resah kalau – kalau tidak dapat bertemu
dengan Lily Sarah. Ah, wanita di depannya terlalu cantik dan pasti muda dari
dirinya. Dia mula tercabar malah terselit rasa cemburu. Lily Sarah dilihatnya sebagai
wanita sofistikated.
Lily
Sarah hanya mengangguk faham. Dia tidak mahu bertanya lanjut. Dalam telefon
tempoh hari, wanita itu berada dalam keadaan yang sukar. Rumahtangga bergolak
membuatkan wanita bernama Farihah ini menjadi mangsa kecurangan suami.
Panggilan pertama dari wanita ini juga mengundang pertanyaan kenapa dirinya
dijadikan tempat meluahkan perasaan.
Pelayan
yang datang terus mengambil pesanan dari Farihah. Lily Sarah merenung wajah
sugul di hadapannya. Dulu melalui Facebook
wanita ini cantik dan gebu kini dilihatnya semakin kurus malah seperti tidak
bermaya.
“Puan
Farihah okey ke?” tanya Lily Sarah sambil mengangkat kedua – dua kening. Di
bertanya begitu bila awajah wanita ini jelas menunjukkan wajah sugul
“Sa….saya
okey. Maaf kalau saya mendesak Cik Lily untuk bertemu tapi saya terpaksa. Sudah
lama saya ingin bertemu. Dulu suami saya kata Cik Lily Sarah adalah sumber
inspirasinya” kata Farihah dengan suara tersekat – sekat. Kedua – dua matanya
merah dan bengkak. Barangkali baru lepas menangis.
Lily
Sarah terkelu seketika. Dia tidak lupa yang dirinya pernah dijadikan sumber
inspirasi oleh seorang bintang bola sepak. Itu dulu sekarang tidak lagi. Ketika
itu dia baru lagi belajar di sebuah kolej. Bibit – bibit perkenalan bermula sewaktu
bintang bola sepak itu berlatih di padang kolejnya.
“Nadzim
sudah banyak berubah. Selepas dia bersara dari bola sepak, hidup kami tak sama
seperti dulu. Dia dah tak macam dulu lagi. Tidak seperti yang saya kenal”
cerita Farihah tanpa di pinta.
Lily
Sarah hanya membisu namun mahu tahu kisah seterusnya. Apa yang berlaku
dengan Farihah dan suaminya, Nadzim?
Suatu ketika dulu dia cemburu dengan Farihah kerana dapat memiliki lelaki yang
pernah bergelar pemain bola sepak yang terkenal suatu ketika dulu. Dalam diam
dia cuba bersaing untuk memiliki bintang bola sepak itu. Widad sedar bukan dia
sahaja yang mahu cuba mencuri hati lelaki itu namun ramai wanita yang mahu
mencuba nasib. Farihah wanita yang pernah bergaya sebagai Eksekutif perbankan
berjaya memiliki Nadzim. Perkahwinan mereka berdua pernah mendapat liputan
hebat dari para wartawan lantaran Nadzim pernah digosipkan dengan beberapa
orang artis terkenal dulu. Widad beralah dan mendoakan sahaja kebahagiaan
rumahtangga lelaki yang pernah dicintai dalam diam. Ketika itu dia sedar siapa
dirinya yang hanya sebatang kara tidak layak berganding dengan lelaki itu.
Nadzim,
adalah cinta pertama juga teman sepermainannya. Saat melangkah kea lam remaja Nadzim
mendapat tawaran ke sekolah sukan. Dari situ hubungannya mula menjauh. Mula renggang.
Namun rindunya terubat bila melihat perlawanan bola sepak melibatkan Nadzim di kaca
televisyen.
“Lily
Sarah, saya ingin tahu adakah suami saya pernah menghubungi awak selepas kami
berkahwin?” tanya Farihah dengan pandangan bimbang. Suaranya masih bergetar
seperti tadi.
Lily
Sarah sedikit tersentak terus menggelengkan kepala. Namun kebelakangan ini dia
acap kali menerima panggilan tanpa nama namun sengaja dia biarkan. Prinsipnya
tidak suka menjawab panggilan tanpa nama.
“Jangan
bimbang. Saya sudah melupakan Nadzim. Kami tidak akan saling berhubungan sampai
bila – bila. Saya sesekali tidak akan menjilat ludah semula.” tegas Lily Sarah yang
cuba mengukir senyuman. Dia mahu meyakinkan wanita dua anak di hadapannya
bahawa dia bukan wanita yang mudah menggoda mana – mana lelaki. Malah dia bukan
jenis perempuan yang suka melayani mana – mana lelaki. Dia tidak berminat itu
semua. Dia ada kerja lain yang harus diselesaikan.
“Sejak
akhir – akhir ini dia selalu bercerita tentang kamu. Dia pernah cakap. Dia menyesal kahwin dengan
saya. Dia juga menyesal tinggalkan awak” suara Puan Farihah menjadi lebih
sendu.
Lily
Sarah terkelu. Terkejut. Ada rasa bersalah. Bukan salah dirinya bila dirinya
menjadi model sambilan untuk beberapa buah butik pakaian dan tudung.
“Saya
masih sayangkan dia Lily. Mungkin dia marah sebab saya pernah mendesak dia
berhenti main bola sepak. Saya paksa dia bekerja dengan abang saya.Hidupnya tak
glamour macam dulu lagi” terang Farihah dengan rasa kesal. Sejujurnya dia
mencintai Nadzim bukan kerana kehebatannya di arena bola sepak tetapi dia
mencintai lelaki yang bernama Nadzim.
“Jadi
apa masalah puan dengan suami puan?” Lily Sarah mengubah topic. Dia ingin tahu
apa sebenarnya yang berlaku.
“Baru
– baru ini saya terjumpa beberapa resit hotel. Saya lihat dia langsung tak
boleh berenggang dengan telefon bimbitnya. Saya syak dia ada perempuan
lain”nada suara Farihah menjadi semakin sebak.
Lily
Sarah merenung wajah persis cina di hadapannya. Suatu ketika dulu wanita ini
amat bahagia dnegan suaminya malah gambar – gambar bahagia pasangan ini pernah
dimuatkan dalam web sosial menggambarkan betapa bahagianya Farihah bersama
Nadzim. Tapi sekarang semuanya sudah berubah. Wajah Farihah yang tua beberapa
tahun dari Nadzim jelas menunjukkan wajah kecewa yang teramat sangat.
“Apa
yang boleh saya bantu puan?” tanya Lily Sarah perlahan. Sungguh dia tidak
mengerti atas alasan apa yang Farihah mahu menemuinya. Adakah mahu berkongsi
masalah rumahtangga untuk pembaca majalah GAYA?
“Lily
Sarah, saya percaya dari dulu suami saya masih mencintai awak” Farihah merenung wajah cantik
yang begitu anggun mengenakan pashmina di kepala. Wanita ini ternyata jauh
lebih hebat dari dirinya. Ada rasa
cemburu terbit dari hatinya. Namun apakan daya dirinya terasa kerdil
bila berhadapan dengan wanita hebat di hadapannya.
Lily
Sarah tersentak. Tergamam seketika bersama mata tidak berkelip. Nadzim masih
menyintai dirinya? Gila! Dia tidak lupa apa yang Nadzim cuba lakukan pada
diirnya. Dari titik itulah dia hilang keprcayaan kepada Nadzim
“Kenapa
puan kata begitu? Kami sudah lama tidak berhubungan”
Farihah
mengeluh perlahan, “Setiap kali kami bergaduh suami saya akan menyebut nama Lily
Sarah. Lebih menyedihkan dia rasa kesal tinggalkan awak” jelas Farihah dengan
nada suara keras.
“Puan
salahkan saya atas apa yang berlaku dalam rumahtangga puan?” suara Lily Sarah lembut
dan tenang. Dia tidak mahu member api sebaliknya memberikan air. Dia tahu hati
Farihah sedang bergejolak.
“Entahlah.
Saya sedar dia mula teringatkan awak bila wajah awak terpampang dalam majalah
GAYA dan majalah – majalah lain. Dia anggap saya yang menyebabkan hubungan awak
dengan dia terputus” Farihah mengesat air mata di bawah tubir.
Lily
Sarah meneguk liur kemudian mengetap bibir sekuat hati. Adakah dirinya
dipersalahkan. Dalam panggilan telefon hari itu, Farihah turut memberitahu yang
Nadzim ada hubungan skandal dengan beberapa orang wanita. Takkan hanya dirinya
dipersalahkan? Huh, dia sudah menjangkakan pasti Nadzim mula memikat beberapa orang wanita. Di zaman kanak-kanaknya Nadzim begitu galak mengusik kanak-kanak perempuan sehingga zaman remajanya. Bukan dia tidak tahu siapa kekaish pertama dalam hidup Nadzim kalau bukan Suraya, anak jirannya dulu sewaktu tinggal di kawasan rumah flat. Tidak cukup itu Nadzim dan Suraya pernah ditangkap duduk berdua-duaan di belakang blok pada waktu malam.
“Boleh
tak tolong lupakan suami saya. Kalau dia hubungi awak tolong jangan layan”
Farihah merayu.
Lily
Sarah merenung wajah Farihah yang sudah basah dengan air mata, “Saya dengan dia
tiada apa – apa dan tidak akan berlaku apa – apa antara saya dengan dia. Saya
masih ingat lagi yang dia memberitahu saya yang awak adalah wanita terbaik buat
dirinya masakan dia sudah lupa itu semua?” Widad seperti menyindir. Sengaja dia
berkata sebegitu. Ah, dia pun tidak ingin bertemu dengan Nadzim lagi. sesekali
tidak!
“Tapi
sekarang dia tidak mencintai saya lagi. saya tidak tahu apa salah saya. Selama
sepuluh tahun, saya sentiasa melakukan yang terbaik buat dia” luah Farihah
dengan bahu terhenjut – henjut.
“Lelaki
tidak pernah puas apa yang dimilikinya. Saya belajar satu perkara dari kawan
yang turut mengalami keruntuhan rumahtangga. Dia memberitahu saya lelaki yang
bercinta tidak akan sama selepas dia berkahwin” tegas suara Lily Sarah memberitahu.
Farihah
tersentak terus merenung wajah Widad, “Ramai yang kata begitu”
“Saya
nasihatkan puan, jadi sahaja isteri yang terbaik kalau tidak sia – sia sahaja
puan bersaing dengan ramai perempuan yang mahukan Nadzim. Jadilah wanita yang
tabah saat puan melayani karenahnya. Untuk menjadi seorang isteri bukannya
senang walaupun saya belum berkahwin. Ranjaunya lagi hebat sebelum berkahwin.
Jadi saya nasihatkan puan, jadilah isteri yang taat dan setia. Saya percaya
Nadzim akan kembali meninggati puan. Maaf saya ada agenda lain. Kalau ada apa –
apa boleh hubungi saya. Apapun saya gembira dapat mengenali puan” selepas
bersalaman Lily Sarah terus melangkah dengan bergaya sambil menyarung rayban. Langkahnya laju meninggalkan
kafeteria mewah. Dalam hati dia tersenyum puas. Wanita yang memiliki sejati dari
lelaki yang dicintai sepenuh hati belum tentu bahagia di dalam rumah tangga.
No comments:
Post a Comment