“Cukuplah
tu Lily. Jangan terlebih rajin pulak bila bekerja. Badan kamu perlukan rehat
dan otak kamu perlukan ketenangan. Usah paksakan diri kamu tu. Kerja 8 jam pun
dah memandai. Cukuplah tu!” tegur Puan
Linda yang muncul tiba – tiba di muka pintu. Sempat mengukir senyuman.
Lily
Sarah mendongak dengan muka terkejut. Dahinya berkerut. Lily Sarah tidak sedar
waktu bila Puan Linda berada di hadapan pintu biliknya yang terbuka sedikit.
Kemudian Lily Sarah mengerling jam di dinding. Sudah masuk waktu maghrib. Widad
akan bersolat di sini sebelum pulang ke rumah.
Lily
Sarah tersenyum nipis. Kepenatan yang dialami membuatkan dia tidak berdaya
untuk memberikan senyuman manis. Apa yang dia tahu, dia harus menyiapkan kerja
– kerja penulisan untuk majalan GAYA bulan depan. Majalah GAYA semakin mendapat
tempat di hati pembaca yang setia. Pelbagai program dijalankan untuk menarik
perhatian pembaca sementelahan banyak majalah – majalah baru muncul di pasaran.
Sebagai majalah antarabangsa dalam versi bahasa Melayu pelbagai kehendak
pembaca harus diikuti. Untuk bulan seterusnya diia akan menampilkan tema hijab
dan tambahan beberapa muka surat sebagai tarikan pembaca.
“Kamu
pergilah dating, jumpa boyfriend ke, Tonton wayang ke, Beli
belah ke” cadang Puan Linda tersenyum nakal. Tangan kanannya memegang satu
cawan mug berisi milo panas yang sudah tinggal separuh. Sewaktu keluar dari pantry dia melihat bilik Lily masih
terang. Dia kagum sungguh dengan semangat kerja Lily Sarah. Tekun dan serius bila memberi hujah dan pendapat.
“Boyfriend? Saya masih single. Nobody” jawab Lily Sarah dengan senyuman kelat. Dia sudah biasanya dengan pertanyaan tentang
dirinya yang masih bersendirian. Rata – rata ramai tidak percaya yang dia masih
bersendirian. Dia lebih senang begini. Dia bebas melakukan apa sahaja yang dia
mahu.
Lily Sarah sudah lali
dengan soalan berkaitan kahwin ataupun kekasih. Telinganya sudah bebal. Mahu tak mahu dia memberikan jawapan
yang jujur namun ada yang masih tidak mempercayai yang dia tiada kekasih. Dia
lebih senang begini. Bercinta dengan kerjaya adalah terbaik malah memberi
kepuasan dalam dirinya. Berkawan dengan sesiapa pun dia tidak rugi apa – apa.
Dahi
Puan Linda berkerut. Sukar percaya yang gadis seayu Lily Sarah masih lagi
bersendirian. Gadis bertudung di hadapannya begitu manis dan bergaya tatkala
mengenakan baju kurung ataupun kebaya. Orangnya bersahaja namun kaya dengan
senyuman. Lily Sarah yang dikenalinya tidak banyak cakap tetapi lebih banyak
menurut arahannya. Dia cukup senang bekerja dengan gadis yang baru dua tahun berkhidmat di
majalah GAYA. Dia tahu siapa Lily Sarah di sebalik majalah Blue Pink. Rahsia
itu harus disimpan, itu permintaan Lily Sarah bila pertama kali bertemu. Lily
Sarah hanya mahu meneruskan legasi milik keluarganya.
“Boleh
percaya ke ni?” Puan Linda cuba mahu mencungkil gadis yang gemar berahsia ini.
Lily
Sarah memberi senyuman yang paling manis. Walaupun wajahnya nampak keletihan
dia tetap bersemangat memberikan komitmen terhadap kerjaya yang menjadi cita –
citanya sejak sekolah lagi.
“
Terpulang!!” Lily Sarah menjungkitkan bahu sambil tersenyum penuh makna.
Puan
Linda terus mengambil tempat di hadapan meja tulis Lily Sarah. Dia kagum dengan
gaya penulisan Widad yang memberi inspirasi kepada wanita di luar sana agar
terus meneruskan hidup selepas gagal dalam percintaan dan rumahtangga.
“Lily
adakah rencana – rencana yang kamu tulis itu berkaitan dengan hidup kamu?”
tanya Puan Linda ingin tahu.
Penulisan
Lily Sarah terhenti seraya merenung wajah Ketua Editor dengan wajah tenang. Dia
harus menenangkan diri tanpa menunjukkan reaksi gelabah. Dia akui bahawa
sebahagian rencana yang ditulis pernah berlaku dalam hidupnya. Pengalaman
dititip dijadikan pengajaran buat pembaca.
Lily
Sarah menarik nafas pendek. Wajah Puan Linda ditatap bersama senyuman yang
dirasakan dibuat – buat. Pen ditangan kanan dilepaskan perlahan.
“Tanpa
pengalaman, saya tak mungkin berada di sini. Pengalaman adalah guru terbaik
buat saya”jawab Lily Sarah dengan senyuman puas.
“Pengalaman
cinta?” teka Puan Linda
Lily
Sarah diam. Tekaan itu memang tepat. Kerana pengalaman lalu dia mengambil
keputusan untuk bersendirian sehingga usia masuk 31 tahun Dia masih belum
dimiliki dan memiliki. Dia senang hidup begini. Bukan tidak percaya apada cinta
atau perkahwinan tapi barangkali ini adalah takdir hidupnya. Mungkin jodoh belum
sampai. Mungkin juga tidak. Barangkali jodohnya di syurga.
“Mustahil
wanita secantik kamu ni masih tidak punya sesiapa. Kamu tahukan Nora yang hitam
dan tidak berapa lawa tu bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi” Puan
Linda memperlahankan suara. Sempat matanya mengerling kiri kanan.
Lily
Sarah hanya tersenyum. Dia tahu sikap bossnya yang suka memprovokasikan orang
lain. Dia cukup sebal dengan perangai cerewet Puan Linda yang ada masa datang
angin secara tiba – tiba. Ada masa orang yang tidak bersalah juga menjadi
mangsa amarahnya. Widad masih mampu bertahan dengan karenah ketuanya ini.
“Puan,
jodoh dan cinta tidak kenal manusia.
Cinta itu buta. Begitu juga dengan jodoh.
Mungkin nasib Nora lebih baik dari saya” ujar Lily Sarah tenang.
Kolam hatinya juga
terusik bila seorang wanita yang tidak berapa cantik bakal mendirikan
rumahtangga. Dia akui Nora ada kelebihan lain iaitu peramah dan suka berlawak.
Barangkali itu tarikannya terhadap kaum Adam. Sedangkan dia pendiam dan kadang
kala serius sehingga dianggap sombong.
Puan
Linda pula seeperti memikirkan sesuatu. Barangkali rasa bersalah mengata Nora
sebegitu. Widad juga mempunyai hubungan baik dengan wartawan itu yang rajin
mencari bahan.
“Saya
hendak tanya kamu, pernah tak kamu jatuh cinta?”tanya Puan Linda dengan muka
serius.
Lily
Sarah terdiam. Soalan yang membuatkan
dia tersentak sehingga terbayang – bayang satu demi satu wajah yang pernah
hadir dalam hidupnya. Wajah – wajah itu hampir dilupai tatkala dia bertungkus
lumus menyiapkan setiap rencana. Namun satu wajah membuatkan dia menjadi
seorang perindu setelah 10 tahun dia pernah meninggalkan bumi Malaysia.
“Jujurnya,
saya pernah alami namun setiap cinta saya tidak pernah kesampaian” jawab Lily
Sarah tenang. Setenang wajahnya yang ayu. Dia menahan perasaan di hati agar dia
tidak menangis lagi. cukuplah dengan cinta tragis yang melanda dirinya. Setiap
janji dan kata manis dari seseorang bergelar lelaki sudah menjadi debu yang
ditiup angin.
“Kamu
serik?” Puan Linda masih mahu mencungkil
rahsia dari wanita yang dianggap perahsia. Tidak banyak kisah wanita ini
diketahuinya. Selain itu gadis ayu di hadapannya gemar menyendiri namun pandai
membawa diri dan bergaul.
Lily
Sarah tersneyum lagi. soalan itu senang di jawab dengan anggukan sekali.
Kemudian Widad melepaskan keluhan kecil, “Cinta itu sakit. Perit. Saya tidak pernah
temui cinta sejati melainkanNYA”ujar Lily Sarah yakin.
“Lily,
kamu mengalah? Kamu harus mencari cinta. Kamu berhak bahagia. Kamu berhak
memiliki lelaki mengasihi kamu” tegas puan Linda. Dari raut wajah gadis itu pun dia sudah dapat merasakan yang Lily
Sarah tidak mahu lagi menerima mana – mana cinta dari lelaki. Barangkali alami
peristiwa yang menyedihkan sehingga menutup hati untuk mana-mana lelaki.
Lily
Sarah mengeluh lagi. kali ini lebih berat. Dia mula tidak keruan bila ditanya
bertubi – tubi tentang lelaki dan cinta. Padanya itu semua sudah tutup dalam
kamus hidupnya. Tiada lagi untuk dirinya.
“Kamu
marah?” bila Puan Linda dapat melihat perubahan pada wajah lembut itu.
Lily Sarah Wanita manis dan bersahaja orangnya.
Lembut dan mesra tetapi sayang seeprti tidak percaya pada cinta lagi. dia dapat
melihat beberapa orang lelaki di Pink Brain ada yang cuba mahu mengisi hati Lily
Sarah yang kosong itu namun gadis ini lebih suka mengelak tak pun memberikan
pelbagai alasan. Kenapa begitu ego dirimu Lily Sarah?
“Puan,
saya mahu balik dulu. Ada beberapa buah rencana sudah saya siapkan” Lily Sarah
menyusun beberapa buah fail. Dia sebenarnya sudah tidak selesa sekarang. Ada
ketika dia tidak suka berada dalam tekanan bila memberi tumpuan pada
penulisannya. Dia tidak sabar – sabar mahu pulang. Di fikirannya sudah
terbayang katil yang seakan sudah melambai – lambai kepadanya. Perutnya masih
kenyang bila diisi dengan mi goreng
sebentar tadi.
Lily
Sarah mencapi beg tote yang diletaknya dalam laci. Dia sudah tergesa – gesa
mahu pulang.
“Lily,
esok jangan lupa mesyuarat kita dengan pengiklan” Puan Linda meninggatkan.
“Ya Puan. Saya tak lupa. Saya pulang dulu.
Assalammualaikum!” Lily Sarah terus melangkah keluar dengan langkah yang laju.
No comments:
Post a Comment