Bab 13
Hujan lebat membasahi kota New York.
Lebat. Suasana gelap mengelilingi kota raya hebat ini. Rafail Adam berdiri di
luar balkoni. Tempat dia berdiri adalah tempat kegemaran isterinya sewaktu
menikmati kopi hangat. Katanya , dari sini dia dapat melihat taman yang cantik.
Dari sini dia dapat melihat bangku panjang diduduki pasangan veteran yang
saling berpelukan dan berbual mesra.
“Saya
pernah tanya Makcik Rosie, bagaimana dia mengekalkan perkahwinanya sampai 30
tahun” kata Lily Sarah tersenyum manja. Matanya melirik ke arah Rafail Adam
yang ebrdiri disebelahnya.
“Makcik
Rosie kata apa?” tanya Rafail Adam tidak sabar-sabar.
“Jangan
sesekali curang. Kena selalu ada makan malam hujung minggu. Selalu mnerai
bersama. Yang paling penting rasa percaya. Kalau itu hilang sekali, sukar untuk
dapatkan semula” kata Lily Sarah dengan penuh makna.
Rafail
Adam meneguk liur
“Saya
juga tanya kak, Yasmin, bekas guru agama. Dia kata, cara yang paling baik
sentiasa buat solat hajat, solat berjemaah, mengaji Quran bersama dan sentiasa
doakan untuk pasangan” sambung Lily Sarah lalu menghirup kopi hingga habis.
Yasmin
yang dimaksudkan adalah bekas Ustazah yang mengikut suaminya menyambung
pengajian peringkat Ph.D di sini. Apartment yang emreka duduki ini separuhnya
warga Islam yang rata-ratanya datang dari pelbagai Negara. Kak Yasmin juga
mengambil upah mengajar Quran untuk anak-anak penduduk Islam di kawasan
kejiranan mereka. Hubungan mereka sesame sangat erat dan mesra.
“Saya
cintakan awak, Lily. Awak semangat saya. Awak segalanya untuk saya” kata Rafail
Adam sambil melurut-lurut rambut ikal isterinya. Bau harum rambut isterinya
mencecah hidungnya.
Lily
Sarah berpusing menghadap suaminya. Mereka saling berpandangan dengan rasa
cinta yang kuat dan mendalam.
“Saya
lebih mencintai awak. Awak terima saya seadanya. Saya….” Kata-katanya terhenti
saat jari telunjuk Rafail Adam singgah ke bibirnya.
“Kita
tidak sempurna sayang. Saya juga begitu. Seperti awak tapi kita ditemukan untuk
kita saling lengkapi antara satu sama lain. Cinta pertama hanya pengalaman. Ya,
kita pernah tersasar jauh tapi kita ditakdirkan bersama. Tiada siapa yang boleh
pisahkan kita’ tutur Rafail Adam dengan lembut dan meyakinkan. Dia tahu, dia
bukan lelkai yang baik untuk dijadikan
suami tetapi dia yakin dia mampu membahagiakan seorang wanita yang bergelar
isterinya. Begitu juga dengan Lily sarah bukan wanita suci yang ditemukan buat
pertama kali.
Lily
Sarah begitu jujur memberitahu perihal dirinya. Perlukah dia menafikan
perasaannya hanya wanita ini tidak lagi suci? Tidak adil sedangkan dia pernah
terlanjur jauh dengna beberapa orang wanita.
“
Raff, jom makan. Makaroni goreng!” Michael menjerit dari ruang tamu.
Rafail
Adam menoleh ke belakang. Michael begitu sibuk menghidangkan makanan di atas
meja makan. Hampir setiap hari Michael berada di sini, menemani dia. Sesekali
dia pangsapuri Michael yang tidak jauh dari sini. Bila Michael menjerit kali
kedua, baru rafail Adam masuk ke dalam. Michael mencedokkan macaroni ke dalam
pinggan lalu disuakan kea rah Rafail Adam yang hanya menanti. Kemudian Michael
duduk bertentangan dengannya. Mereka berdua berselera menikmati macaroni goreng.
“
Dah lama aku tak merasa nasi goreng” kata Michael tiba-tiba. dia memandang
Rafail Adam yang turut terhenti suapan. Jika dulu, Lily sarah rajin masak nasi
goreng ataupun nasi lemak. Michael paling suka nasi goreng berbanding nasi
lemak. Dia pernah ke Malaysia pun akan mencari nasi goreng. Paling tidak pun,
roti canai bagi sarapan pagi.
“
Kau nak ke? Pagi esok aku gorengkan nasi lemak tapi taklah sesedap masakan….”
Kata-kata Rafail Adam terhenti. Dia juga gemari nasi goreng masakan Lily Sarah.
“
kau tahu ke masak nasi goreng?” tanya Michael seperti orang bodoh.
:
Eah mestilah tahu. Walaupun aku duduk di New York, kau ingat aku dah lupa?
Sebelum kahwin pun, aku masak sendiri tau” kata Rafail Adam sedikit marah.
Michael
ketawa terbahak-bahak, “ Manalah aku tahu. Aku kenal kau pun melalui Lily
Sarah. Aku mana kenal kau sebelum kau kahwin dengan Lily” kata Michael
bersungguh-sungguh. Pertama kali dia bertemu dengan penulis hebat ini pun
sewaktu novel pertama Rafail Adam diterbitkan oleh satu syarikat gergasi.
Ketika itu novel pertama Rafail Adam
bertajuk Revenge of Women. Manuskrip itu pernah ditolak lebih lima syarikat
penerbitan. Alasan munasabah bagi menolak karya Rafail Adam penulis dari
Malaysia yang belum tentu menarik perhatian pembaca di Amerika. Atas bantuan
rakan Rafail Adam yang juga Editor penerbitan Mc Adam Publishing, manuskrip itu
berjaya menarik perhatian dan mengambil risiko.
“
Kau tidur sini sajalah. Kita tengok perlawanan bola keranjang. Aku sunyi” kata
Rafail Adam perlahan lalu bersandar. Dia kekeyangan. Fikirannya menerawang
memikirkan seseorang yang amat dirinduinya.
Rafail
Adam bangkit,” Aku buatkan kopi untuk kau sekali” Rafail Adam terus ke dapur.
Michael
terus menghabiskan makanannya. Dia mengitari ruang legar rumah ini. sSnyi juga
bila rumah ini hilang serinya. Meskipun
rumah ini kelihatan seperti lalu tetapi terasa kosong. Dia rindukan
gelak tawa dan gurau senda Lily Sarah. Lily Sarah selalu jadi mangsa usikan
Rafail Adam dan dia. Bila merajuk, panjang muncung Lily sarah yang akan mogok
masak. Kalau ada perlawanan bola keranjang di televisyen, Lily Sarah akan
sembunyi ‘remote control’. Puas Rafail
Adam mencari. Bila rumah digeledah, Lily Sarah akan mengamuk bila melihat
barang-barang bersepah. Michael cukup faham perangai pasangan suami isteri ini.
Bila bergaduh, Michael jadi orang tengah
dan pakar kaunseling rumah tangga.
“Nah!”
satu mug berisi kopi diletakkan di depan Michael.
Rafail
mencicip kopi hingga tinggal separuh. Dia
mengeluh berat, “ Aku rindukan Lily, Mike. Rindu sangat. Setiap malam
aku teringatkan dia. aku takut kehilangan dia. aku sayangkan dia, Mike. Aku
memang bodoh! Bodoh!” bentak Rafail Adam lalu emndengus kasar. Dia mengetap
bibir sekuat hati.
Michael
menyentuh bahu Rafail Adam, “abar. Biarkan keadaan tenang dulu. Beri masa pada
Lily. Kaukan tahu dia macam mana? Kalau dia marah pun, jangan beri api.
Banyakkan berdoa. Kalau dia memang jodoh kau sampai ke syurga, dia akan kembali
pada kau dan tuhan akan satukan kau berdua” pujuk Michael lalu menepuk-nepuk
bahu Rafail Adam.
Rafail
Adam diam. Matanya tertancap kea rah potret mereka berdua. Gambar itu menunjukkan wajah gembira Lily Sarah selepas
akad nikah. Lily Sarah sangat manis pada hari bersejarah itu. Saat dia
menyarungkan cincin di jari manis Lily Sarah, dunia ini dirasakan miliknya.
Bila Lily Sarah meninggalkan dia, dia seperti hidup seorang diri di dunia ini. Air
matanya menitis.
“
Kau kena kuat Raf!” Michael memegang ekdua-dua bahunya
No comments:
Post a Comment