Saya tonton filem ini atas saranan seorang teman. Sebuah filem seram yang bagi saya sarat dengan kasih sayang. Jeffrey membunuh isterinya lalu membawa lari dua anak perempuannya yang masih kecil iaitu Victoria dan Lily sehingga kereta yang dipandunya terhumban ke tepi jalan. Si bapa dan dua anaknya selamat lalu membawa ke dalam hutan. Di tengah hutan terdapat sebuah cabin lama. Di dalam rumah itu juga Jeffrey mati lalu dua anaknya membesar dengan satu roh wanita.
Selepas lima tahun, Lucas yang duduk serumah dengan Annabelle dihubungi yang kereta abangnya ditemui dan dua anak saudaranya juga ditemui. Lucas sedaya upaya memohon untuk menjaga dua anak saudaranya itu dan berjaya meskipun Jean, kakak kepada ibu kandung Victoria dan Lily juga menuntut mahukan dua anak itu.
Filem ini sangat menarik dan begitu menyeram malahan menggunakan teknik imbas kembali yang tersuusn. Mimpi yang dialami memberikan petunjuk. Sinematografinya juga menarik walaupun latar filem begitu kelam dan menyeramkan. Pengakhiran filem ini tidak klise malahan sangat menyentuh hati saya. Saat dua beradik ini dipisahkan oleh satu roh, ia mampu mkengundang rasa sayu penonton malahan ibu saudaranya, Annabelle juga sanggup berhempas pulas menarik dua beradik itu kembali kepadanya daripada genggaman roh yang kehilangan anak.
Bintang: 4/5
No comments:
Post a Comment