Wednesday, August 14, 2013

Sinopsis CINTA YANG TERINDAH



Cinta pertama Lyra Soraya bersama Syafizal bukanlah seindah yang disangkakan. Cinta pertamanya itu hanyalah pertaruhan lantaran musnah bersama perasaan yang turut menghiris hatinya. Kenapa tidak? Cinta pertama ini pernah menggoyahkan persahabatannya dengan tiga rakan baik. Lyra Soraya hampir – hampir kehilangan sahabatnya sendiri. Pernikahan ayahnya dengan seorang wanita membuatkan dia kecewa bila cinta ibunya didustai oleh lelaki yang diagung – agungnya selama ini.
Pertunangan Azhan Andrew dengan pelakon terkenal, Fiera turut menghiris hati Lyra Soraya. Sedih bila lelaki itu tidak pernah menghubungi dirinya bila terpisah sejak alam kanak – kanak lagi. Tanpa disedari Fareez, rakan baik Syafizal menyintai dalam diam mahukan cinta dari Lyra Soraya meskipun Norhana menggila mahukan cinta dari Fareez.
Pertunangan Azhan Andrew dan Fiera akhirnya terlerai. Ini membenarkan Azhan Andrew cuba mendamba hati Lyra Soraya tapi sayang gadis itu telah pun dimiliki Fareez. Bagi mengubat hati yang lara Azhan Andrew cuba mahu menjadi seorang abang untuk Lyra Soraya namun perasaan cinta melebihi segala – galanya.
Cinta Lyra Soraya dan Fareez diuji dengan kehadiran Atieyah, bekas kekasih Fareez yang sanggup mahu membunuh Lyra Soraya kerana hanya mahukan cinta pertamanya semula. Lebih menyedihkan Fareez secara tiba – tiba memutuskan hubungan indah itu lalu menyepi Azhan Andrew cuba menggubati hati lara Lyra Soraya namun Lyra Soraya mahu bersama Fareez meskipun hingga ke hujung nyawa.
Bila Norhana dan Atieyah menjadi persaingannya, Lyra Soraya mula mahu mengalah bila terpadamnya cinta Fareez terhadapanya, Lyra Soraya mula rebah tapi kebangkitan cinta dari Azhan Andrew membuatkan dia harus memilih.

No comments: