Sunday, November 20, 2011

Filem dan Kanak - Kanak

Salam smeua,
okeylah saya sebenarnya nak cerita pasal filem dan kanak - kanak. Hari sabtu saya sempat menonton sebuah filem Indonesia yang bertajuk Laskar Pelangi. Mungkin cerita ini sudah ramai yang menontonnya dan saya orang terlewat malahan novelnya pun belum sempat saya membaca. Filem ini cukup menyedihkan saya, teramats edih. Saya sedih kalau kanak - kanak yang mahu elajar tapi tidak beri peluang lebih - lebih lagi mereka amat pintar dan bijak. Okeylah sekumpulan kanak - kanak di Pulau belitung mahu belajar tetapi kerana kemiskinan mereka ketinggalan lalu dua orang cikgu iaitu Cikgu Harfan dan Cikgu Muslimah membuka sebuah sekolah rendah yang dinamakan sekolah agama Muhammadiyah.  Sekolah boleh dibuka jika ada 10 orang pelajar tetapi saat sekolah itu hampir ditutup seorang murid istimewa bernama Harun telah menyelamat keadaan.

Sekolah Agama Muhammadiyah telah menceritakan kisah duka pelajar, guru, masyarakat dan sebagainya. Bermula menyertai pertandingan tarian ala - ala orang asli, sekolah tersebut telah membuka mata ramai masyarakat kemudian mereka menghadapi saat - saat getir apabila Cikgu Harfan meninggal dunia, cikgu Muslimah pula patah semangat namun kecekalan pelajar - pelajar disitu telah memberikan mereka semangat dan mereka belajar bersungguh - sungguh dan menyertai satu kuiz.

Namun pengakhiran cerita sungguh menyayat hati, seorang pelajar bernama Lintang terpaksa melupakan hasrat untuk belajar kerana terpaksa menjaga adik -adiknya kerana ayahnya telah hilang di laut.


Kemudian, jam 2 petang layan filem hindustan. Filem bertajuk Taarezameenpar yang mengisahkan seorang pelajar sekolah bernama Ishan yang seperti tidak berminat untuk belajar. Di sekolah dia hilang tumpuan sehingga membangkitkan kemarahan guru. Malahan masalah Ishan sampai ke ibubapa Ishan yang tidak faham akan perangai pelik Ishan yang seperti memusuhi buku. Sehingga di hantar ek sekolah asrama pun Ishan masih tiada perubahan sehingga seorang guru baru masuk telah mendapati Ishan mengalami masaalh Disleksia. Masalah Disleksia inisebenarnya membuatkan pelajar keliru untuk belajar dan mereka suka membaca dan mengeja perkataan yang dilihat kadang - kadang berpusing - pusing, timbul tenggelam dan sebagainya.


1 comment:

eita said...

citer kat atas tu tak tengok plok...tapi yang hindustan tu layan lah jugak..tapi sekerat jalan je......citer tu memang best...kesian kat budak tu...