Wednesday, February 16, 2011

True Confessions of a Hollywood Starlet

Salam
Saya sempat menonton sebuah filem lakonan Jojo di rancangan Diva. Filem yang menarik dan memaparkan kisah hidup pelakon remaja yang menjadi pujaan dan bintang Hollywood iaitu Morgan caretr yang menghabiskan zaman kecilnya hingga remaja sebagai pelakon yang terkenal manakala ibunya, Bianca adalah bekas ratu cantik dan hidup Morgan sentiasa bersama pengurus iaitu Sam. Sehinggalah Morgan menjadi ketagih arak dan diletakkan dalam pengawasan namun pengurus dan Ibunya telah membuat keputusan untuk 'menyorok' Morgan dnegan menghantar Morgan di suatu tempat agar tidak dihidu oleh wartawan dan papparazzi iaitu di Fort Wayne, Indiana. Morgan dijaga oleh makciknya iaitu, Trudy yang baru berpisah dnegan suaminya.
Di Indiana, Morgan menggunakan identiti baru dengan nama Claudia dan bersekolah tinggi. Dis ekolah hidup Morga aka Claudia tidaklah seindah mana sebaliknya dia dipinggirkan oleh rakan - rakannya. ini kerana penampilan seorang bintang menjadi kolot iaitu memakai baju - baju murah. Dia selalu diejek dan dipandang rendah oleh Debbie dan rakan - rakannya
Pada mulanya Norgan aka Claudia tidak suka dengan penampilan barunya dan rasa tidak suka disisih kerana dia adalah bintang filem yang sentiasa dikejar peminat namun di Indiana tiada sesiapa pun yang mengenalinya sebagai pelakon filem.
Trudy banyak membantu Morgan dengan penampilan barunya, menghabiskan masa bersama d negan membuat kek dan berkebun
Morgan aka Claudia berkenalan dnegan rakan sekelasnya, Eli dan memperkenalkan Morgan aka Claudia kepada adiknya Emily. Sejak itu Morga aka Claudia rapat dengan Eli dan Emilly. suatu malam Emily mengajak Morgan menghadiri parti di rumahnya tetapi keriangannya tidak lama kerana Debbie juga ada dan memberitahu Morgan agar tidak rapat dengan Eli kerana Debbie mengatakan Eli adalah kekasihnya. Morgan rasa kecewa dan terus pulang ke rmah dan dia menelefon ibunya tetapi Sam yang mengangkat. Rupa - rupanya sam dan ibunya, Bianca telah pun berkahwin. Morgan berasa marah kerana rasa diketepikan dan dia minum sebotol arak yang dijumpa di dalam kabinet dapur.
Keesokan harinya, Eli datang menemui Morgan dan mendapati sebotol arak . Morgan tersedar terus membuat cerita bahawa dia diekori oleh bapanya yang seorang kaki pukul. Eli percaya dan berjanji akan melindungi Morgan. Sejak itu ereka jatuh cinta dan Morgan rasa gembira dnegan kehidupan biasa yang dia lalui bersama Trudy dan Eli
Tidak lamakemudian Marissa, rakan seperjuangan Morgan datang menemui Morgan dan mengajak ke kelab untuk berparti. Morgan mengikut dan berjanji tidak akan minum arak namun Morgan tidak sedar bahawa ada seseorang telah tahu di mana dia berada selama ini dan di sekolah rahsianya telah diketahui oleh Debbie bila Debbie menunjukkan majalah yang memaparkan gambar Morgan di muka hadapan

No comments: