Monday, November 7, 2011

Taubah dan Dibawah Pohon Hawthorn

Salam semua,
Sewaktu saya berkunjung di Sabah saya sempat singgah Dawama. saya mula mengenali Dawama bila mencari bahan -bahan rujukan untuk pengajian saya. Okeylah di Dawama saya sempat membeli dua buah buku yang boleh dibeli dengan diakaun 50%.Murah sangat- sangat. Saya sempat dua buah novel yang bertajuk taubah dan sebuah lagi novel terjemahan bertajuk Di bawah pohon Howthorn. saya sempat separuh buku Di Bawah pohon Howthorn di dalam kapal terbang selama 2 jam lebih.

Okeylah saya mulakan dulu dengan novel Taubah yang berkisakan kehidupan remaja. Jika dulu remaja akan mudah terdedah dengan budaya pelancong. maksudnya begini, jika remaja yang duduk di kawasan pesisir pantai akan menemui pelancong - pelancong asing bukan? Jadi dari situ remaja akan melihat cara dan gaya hidup pasangan pelancong asing yang membawa anasir yang tidak elok seperti bercumbu, bercium, bercanda dan berpakaian seksi di tepi pantai. Jadi seorang gadis benama taubah terikut - ikut dengan budaya sebegitu. Kmeudian sudah pandai merokok dan tanpa segan silu becium dengan rakan - rakan lelakinya. Jadi bermula dengan seorang guru GPK HEM yang dipindahkan di sekolah Taubah. Mula - mula pindah di situ GPK HEM terkejut dengan gejala 'sleeping' yang diamalkan di asrama. jadi GPK HEM tekad untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dengan bantuan guru, GPK HEM mula berbuat baik dengan Taubah, gadis cantik yang luas pergaulannya dis ekolah. Bermula dari situ, GPK HEM mula menyiasat siapa dalang yang menyebabkan gejala buruk di sekolah.

Bagi buku Di Bawah Pohon Howthorn pula berkisar kisah benar yang berlaku kemiskinan dan kebuluran  di Ireland. Sebuah keluarga yang terdiri  daripada pasangan suami isteri dan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki. Si suami keluar bekerja dan tidak pernah pulang. Di kawasan tempat tinggal mereka berlaku penyakit dan setiap hari ada sahaja kematian lantaran tiada makanan yang mencukupi.  kesengsaraan itu menjemput kematian Bridget, anak yang paling kecil sekali. mayatnya hanya mampu ditanam di bawah pohon hawthorn. Kesedihan itu menyelubungi bukan sahaja si ibu tetapi dua kakak, Eily dan peggy dan seorang abangnya iaitu Michael. Kesedihan itu memkasa ibunya keluar mencari bekalan secukupnya. kali [ertama ibunya pulang tetapi kali kedua ibunya keluar tidak pulang - pulang lagi. Tiga beradik rasa bimbang dan yakin ibu dan ayahnya tidak akan pulang. Oleh itu tiga berdaik mengambil keputusan untuk keluar dari kampungnya untuk mencari nenek saudaranya. Sepanjang perjalanan mereka menempuhi pelbagai onar dan ranjau seperti ribut besar, dikejar anjing dan sebagainya

No comments: