Saturday, March 12, 2011

Heroes


Salam,

Taadaaaa sudah lama tidak menulis dalam blog. Okeylah kali ini saya hendak bercerita tentang filem hindustan. sejujurnya saya dah lama tak tengok filem hindustan Salman KhanPreity ZintaSunny Deol, Bobby DeolMithun ChakrabortyDino Morea, Sohail Khan dan ramai lagi.Filem ini mengisahkan dua pelajar filem bernama Ali dan sameer membuat filem dokumentari mengneai kenapa tidak harus memilih kerjaya tentera. dnmegan motorsikal mereka berdua membawa 3 keping  surat yang ditulis oleh tentera yang telah mati untuk diserahkan kepada keluarga masing - masing.
hentian pertama adalah tempat bernama Atari, di mana mereka bertemu seorang balu bernama Kuljeet kaur bersama anak lelakinya Jossi yang telah kehilangan suami yang berkhidmat dalam tentera kira - kira tiga tahun lalu. balu tersebut mencerita kehebatan suaminya sebagai tentera hingga menmui ajal.Namun Kuljeet begitu bangga menjadi isteri seorang perajurit.
Hentian kedua pula adalah di Himachal, mereka berdua bertemu dengan seorang lelaki bernama Vikram, seorang lelaki yang hebat dalam perkhidmatan tentera sehingga mengalami kecederaan yang mengakibatkan dia terpaksa berkerusi roda. Vikram telah kehilangan adiknya DJ yang juga berkhidmad dalam tentera. Vikram menceritakan  persaingan, kasih sayang dan kematian adiknya. Vikram amat mengkagumi kehebatan adiknya. Malahan Vikram mengatakan dia tidak menyesal bekorban untuk negaranya.
Hentian terakhir,  mereka bertemu ibu bapa Leftenan Shahil, iaitu pasangan doktor. leftenan Shahil yang telah menulis surat untuk mohon cuti namun tidak kesampaian. leftenan Shahil sebenarnya telah tekorban sewaktu menyelamatkan nyawa rakan seperjuangannya. Ibu Shahil boleh menerima hakikat kematian Shahid namun tidak bagi bapa Shahil.
Dua sahabat ini bermuhasabah dan merenung setiap peristiwa yang dialami oleh tiga keluarga yang telah kehilangan orang tersayang. kematian orang yang dikasihi bukan sahaja ada kesedihan namun terselit rasa bangga terhadapa perjuangan tersebut.Filem ini mengajar erti kasih sayang, perjuangan pengorbanan dan penghargaan

No comments: