Saturday, March 12, 2011

No One Would Tell




Salam,
Baru sahaja menonton sebuah filem yang diterbit pada tahun 1996 berdasarkan kisah benar  dari pembunuh berusia 16 tahun yang telah membunuh kekasihnya yang berusia 14 tahun.
Filem ini mengisahkan Stacy yang telah menaruh hati dengan pelajar popular bernama Bobby yang juga seorang ahli gusti di kolejnya. Akhirnya mereka berdua bercinta dan berjanji akan hidup selamanya sepanjang hayat. Stacy mula renggang dengan rakan baiknya, Nicki dan pelajarannya merosot kerana terlalu lebihkan masa untuk Bobby. Lama kelamaan sikap Bobby yang sebenar mula terserlah, mereka berdua selalu bergaduh dan selalu memukul Stacy. Kawan - kawan mereka yang nampak selalu menasihatkan Stacy agar tinggalkan Bobby tetapi taknak dan selalu menyalahkan diri sendiri.
Selain itu hubungan Stacy dan ibunya agak renggang kerana Stacy marahkan ibunya selalu dipukul oleh teman lelakinya, Rod.
Hinggalah suatu hari Bobby naik berang bila terlihat Stacy berbual - bual dengan seorang lelaki. Bobby terus menarik Stacy keluar dari parti lalu bertengkar. Nicki yang melihat marahkan Bobby tetapi Stacy memihak pada Bobby dan marahkan Nicky.
Pada malam itu selepas dihantar pulang oleh Bobby, Stacy tidak pulang ke rumah sebaliknya terus ke rumah Nicky apabila tersedar bajunya berdarah. Nicki telah menasihatkan Stacy agar tinggalkan Bobby dan Stacy bersetuju. Pada malam itu juga, ibu Stacy telefon memberitahu yang dia telah berpisah dnegan Rod.
Keesokannya di kolej, Stacy memberitahu Bobby yang dia mahu putuskan hubungan dan hanya menjadi kawan biasa tetapi Bobby tidak mahu terima.
Pada malam berikunya, Bobby telah meminta Stacy menggunting rambut di rumahnya  dan Stacy bersetuju. di rumah Bobby mereka berdua bergaduh dan disaksikan oleh Vince dan Carla. Bobby memberitahu Stacy yang dia mahu mahu menghantar pulang dan ditemani oleh Vince tetapi sebaliknya Bobby memandu trak ke sebuah tasik tempat pertemuan pertama mereka dulu.  Bobby dan Stacy keluar menuju ke tasik sementara Vince menanti dalam kereta.Tidak lama kemudian, Bobby kembali seorang dnegan tangan berdarah. bermula esok, Stacy telah hilang

No comments: