Saturday, September 10, 2016
Before We Go
Sewaktu Nick memainkan alat muziknya di dalam kawasan tren, dia terpandang seorang wanita tercicir telefon bimbit namun wanita yang cuba mengejar tren tidak menyedarinya. Wanita itu kecewa kerana terlewat hanya beberapa minit sahaja. Nick memulangkan telefon bimbit kepada wanita tersebut, Brooke. Dia memberitahu dia juga kehilangan beg tangan. Nick membantu wanita itu untuk pulang dengan menggunakan kad kredit tapi kad kredit itu tidak berfungsi. Nick cuba mahu menghubungi rakannya untuk meminta bantuan tetapi sudah kehabisan bateri. Nick menawarkan bantuan dengan membayar duit hotel namun Brooke beritahu yang dia perlu tiba ke rumah sebelum pagi.
Malam itu NIck dan Brooke menjalani malam dengan pelbagai peristiwa dan melakukan sesuatu yang luar biasa!
Filem yang diarahkan oleh Chris Evan juga dilakon olehnya sendiri!
Train to Busan
Bila tonton dari awal, saya mula tertarik. Kisah bapa dan anak perempuannya mungkin biasa. Bila masuk babak tren, saya rasa tidak sabar untuk tahu selanjutnya. Seorang penumpang yang luar biasa masuk ke dalam tren sudah mula mengundang rasa cemas. Seorang lelaki tua yang ketakutan pun sudah buat saya ingin tahu. Seterusnya, jangkitan menjadi zombie sangat cepat dan merebak. Hampir separuh penumpang tren menjadi zombie. Gagal lari dari gerabak, sudah pasti menjadi mangsa zombie.
Seperti biasa ada hero dan pembantu-pembantunya yang cuba menyelamatkan keadaan. Filem ini mengajar nilai murni dan peradaban. Kanak-kanak mengajar bapanya agar tidak mementingkan diri sendiri. Seorang kanak-kanak begitu berbudi bahasa memberi tempat kepada golongan tua. Ada individu yang sanggup mempergunakan orang lain untuk menyelamatkan diri sendiri. Ada sahabat yang tidak sanggup memukul sahabatnya yang sudah menjadi zombie.
Setiap babak filem ini sangat mencemaskan. Luar jangkaan hampir satu bandar dijangkiti virus sehinggakan golongan yang sepatutnya mengawal negara pun dijangkiti virus zombie.
Apa yang boleh saya katakan, zombie ini begitu menakutkan. menggigit hingga darah memancut keluar. Zombie mengejar dari atas bumbung, mengejar mangsa dari segenap arah. Pengakhiran filem ini membuatkan saya rasa sebak. Seorang sahabat kehilangan sahabat, kehilangan kekasih, kehilangan suami, kehilangan kakak, kehilangan ayah dan hilang segala-galanya.
4/5 bintang
Cinta 7 Negara
Bab 2
KLIA
2 sesak dan padat dengan manusia pada tengahari ini. Selepas membuat
pendaftaran di kaunter, dia terus mencari kafe yang sesuai untuk menikmati
makan tengahari. Kalau boleh dia mahu kafe yang lenggang. Di saat ini dia
mahukan ketenangan dan ruang untuk dia rasa selesa. Biasa selepas menikmati
makanan, dia akan membaca seketika dan mengemaskini media sosial.
Dia
rasa senang untuk ke restoran McDonald. Setelah membayar hidangan, dia terus
mencari tempat di hujung sekali. Dia sengaja mahu jauh dari pandangan manusia.
Dia mencicip kopi hingga tinggal separuh kemudian menggigit burger Mcchiken
juga hingga separuh. Ipad dikeluarkan dari dalam beg. Dia mencari-cari maklumat
tentang Pulau Dewata yang bakal dikunjungi tidak lama lagi.
Slogan yang
dijolokkan kepada Bali, sebuah pulau yang luasnya dua kali kota Kuala
Lumpur dengan kepadatan penduduk menyamai jumlah rakyat jelata Negeri
Johor dengan anggaran penduduk lebih kurang 4 juta orang.
Dia melirik jam
di tangan kiri. Penerbangan ke Bali tinggal satu jam setengah lagi. Lila Suhaili mendongakkan
dagu. Pandangannya meliar di luar restoran.
Tiba-tiba
pandangan terganggu dengan satu tubuh tinggi lampai yang muncul dari arah mana
pun dia tidak pasti. Dia mendongak sambil mengetapkan bibir. Seorang pemuda
memberi salam.
"Boleh saya
duduk di sini. Meja lain dah penuh" mohon pemuda bertubuh tinggi lampai
sambil tersenyum.
Lila Suhaili
terkejut. Penuh? Seingatnya restoran makanan segera ini kurang pengunjung. Dia
mengitari ruang legar. Masih ada banyak meja yang kosong. Lila Suhaili memperbetulkan
posisi duduknya lalu mengangguk sekali. Dia menarik buku karya Jane Austen
bertajuk Emma. Gelas minuman dicicip hingga habis.
Pemuda itu
seraya duduk sambil meletakkan segelas minuman bersama kotak sandwich. Kemudian
satu beg dicapai dari atas bahu. Sebuah kamera jenama Nikon dikeluarkan dengan
berhati-hati.
Lila Suhaili hanya
melirik dari hujung mata. Pemuda itu membelek-belek kamera sambil
memusing-musingkan kamera itu berkali-kali. Jurugambar agaknya, teka Lila.
Seketika
kemudian pemuda itu mengeluarkan organizer dari beg kamera juga. Organizer itu
diselak-selak mencari sesuatu. Pemuda itu tersenyum bila melihat tiket yang
terselit dicelah-celah Organizer.
Lila Suhaili sedikit
tersentak apabila terdengar lagu Jesnita berkumandang. Pemuda itu dengan muka
selamba mengeluarkan Iphone daripada beg kamera juga lalu menjawab panggilan.
"Bambang,
aku ada masa lebih kurang satu jam lagi. Iya, aku tahu! Kau kena halang
pernikahan Jes. Aku sayang dengan Jes, Bam. Iya, kita akan jumpa di Bali. Jangan
lupa jemput aku. Arghhh aku tak peduli. Tak kira apa pun, Jes takkan bernikah
dengan Benji. Sialan dia! Ben tikam aku, tahu tak!. Sudah. Kita jumpa petang
ini. Ingat, jemput aku" talian dimatikan.
Mata Lila
Suhaili membulat. Bali? Pasti naik kapal terbang yang sama. Agaknya Jes yang
dimaksudkan ialah Jesnita.
Lila buat-buat
sedang membaca. Pemuda itu merenung Lila, " Saya mahu tanya kamu"
Lila memandang
muka pemuda itu, "Tanyalah!"
"Kalau
kamu, kamu mahu cinta sejati atau harta yang bertimbun?" tanya pemuda itu
dengan loghat Indonesia yang pekat. Wajahnya juga tidak seperti orang
Indonesia. Pasti ada darah kacukan.
Tanpa berfikir
panjang, " Sudah tentu cinta"
"
Kenapa?" tanya pemuda itu ingin tahu.
"Cinta tak
boleh di beli dengan wang"
Pemuda itu tersenyum
memandang Lila, " Awak pasti ke dengan cinta awak boleh hidup bahagia?”
Lila Suhaili
berjeda seketika kemudian mengangguk laju,” Ya,saya yakin!”
Pemuda itu merenung wajah Lila
Suhaili sehinggakan gadis itu rasa kurang selesa,” Yakin?”
Lila Suhaili mengangguk, “Cinta itu
membahagiakan tapi tak mudah memiliki cinta sejati”
Pemuda itu terdiam
“Nama aku Alamsyahrizal. Panggil
saja aku Rizal. Nama kamu?” tanya pemuda itu dengan senyuman nipis.
“Lila Suhaili. Kamu Jurugambar?”
“Iya aku Jurugambar. Aku mahu ke
Bali. Kamu?”
“Ke Bali juga” balas Lila Suhaili
sambil merenung wajah pemuda yang sedang memandangnya. Manis. Kacak. Barangkali
sudah berpunya. Pria Indonesia lebih kurang sama dengan jejaka dari Malaysia.
“ Kamu sendiri?”
Lila Suhaili mengangguk.
“ kamu berani ke Bali seorang diri?”
riak wajah pemuda itu terkejut.
Lila Suhaili mengangguk, “ Ya, saya mahu mengembara. Bucket
list sebelum saya berusia 40 tahun”
“Kamu wanita bercita-cita besar. Biasanya wanita impiannya hanya
mahu kahwin saja” kata Alamsyahrizal dengan nada sinis.
“Sebenarnya saya mahu cari seseorang di sana. Pelukis
terkenal, Ian Aditya . kamu kenal?”
Alamsyahrizal diam seketika,” Siapa tu?”
“Kawan arwah mama saya. Pelukis terkenal dari Indonesia.
Takkan kamu tak kenal? Itu nama besar” kata Lila Suhaili seperti tidak puas hati.
Dia selalu mengikuti perkembangan Ian Aditya melalui media sosial dan blog. Dia
begitu kagum dengan lukisan-lukisan pelukis terkenal itu. Bukan sahaja terkenal
di Ondonesia mahupun asia tetapi seluruh dunia mengenal nama itu.
Alamsyahrizal tersengih sambil menggaru-garu kepala yang
tidak gatal,” saya lebih kenal Jurugambar daripada pelukis. Sebenarnya aku ke
Bali mahu halang perkahwinan kekasih saya”
“Ha? “terus Lila Suhaili memandang wajah Alamsyahrizal yang
menjungkit kening kepadanya.
“Dia kahwin pilihan keluarga. Dia gadis yang paling aku
cintai. Aku ini ngak punya apa-apa tapi aku yakin membahagiakan dia” kata
Alamsyahrizal yakin.
Lila Suhaili diam. Melarikan bakal isteri orang itu kerja
gila. Ya barangkali cinta pria ini juga gila! Cinta itu gila! Dia tidak pernah bercinta.
Teringin tapi takut.ada yang ingin bercinta dengannya tapi dia tolak.
“Jika dia jodoh kamu, usah kamu bimbang. Jika bukan, kamu bias
ketemu orang lain yang lebih baik dari dia” selamba Lila Suhaili berkata-kata tanpa
memandang wajah pemuda di depannya. Dia tahu pemuda itu sedang merenung wajahnya.
“ Tapi aku sangat mencintai dia” tekan Alamsyahrizal.
“Jika dia mencintai kamu, dia sanggup menolak pilihan keluarganya.
Mungkin pilihan keluarganya lebih baik dari kamu. Barangkali?” berani Lila Suhaili
berkata-kata.
Alamsyahrizal terdiam seketika, “Banyak uang mungkin tapi yang
pasti aku lebih kacak dari bakal suaminya” katanya diakhiri dengan tawa.
Lila Suhaili tertawa sinis. Lelaki ini masih belum boleh terima
kenyataan. Dia teringat satu tajuk lagu lama, kekasihku dipetik orang. Lila Suhaila
tersenyum sendirian. Sedalam amna cinta, belum tentu orang mampu berenang ke tengah
lautan. Setinggi mana pun cinta, belum tentu ada yang sanggup mendaki.
Lila Suhaili menolak bekas makanan dan minuman ke tengah meja.
Buku dan Ipad disimpan semula ke dalam tote,” Maaf aku pergi dulu”
“Maaf, flight kamu?” tanya Alamsyahrizal.
“Malindo Air. Saya mahu check
in. Semoga berjaya untuk awak. Jika dia ditakdirkan untuk awak, semuanya akan
jadi mudah. Jika bukan, jalan kamu untuk miliki dia lalui makin sukar” pesan Lila
Suhaili sebelum meninggalkan restoran McDonald.
Alamsyahrizal yang sedang mengelap kameranya dengan tuala sekadar
mendiamkan diri.
Sinopsis Rindu Syurga di New York
Lily Sarah meninggalkan Malaysia mengikut ibu saudaranya, Datuk Rahmah ke New York. Dia membesar di situ sehingga berkenalan dengan Michael Ryan yang menjadi sahabat baiknya sewaktu menuntut di Universiti. Michael Ryan sebenarnya amat meminat Islam tetapi tidak boleh memeluk agama Islam kerana ibunya, Rose Wick tidak akan mengakunya sebagai anak jika Michael Ryan meninggal agama asalnya. Hasrat itu amat digfahami oleh datuknya, Eric Turner yang pernah menjadi tentera British dan berkhidmat di Tanah Melayu. Sewaktu di Universiti, Michael Ryan selalu bertindak sebagai pelindung Lily Sarah yang menjadi mangsa diskriminasi agama.
Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila Elicha mula menggugat rumah tangga pasangan itu dengan cuba menggoda Adam Rafail.
Kematian Datuk Rahmah juga membuatkan Lily Sarah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Segalanyanya semakin menggugah keadaan apabila cinta pertamanya, Ariq Iskandar mahu menuntut cinta dari Lily Sarah. Saat pergolakan rumahtangga, Michael Ryan dan Adam Rafail menjadi rapat. Michael Ryan menarik Adam Rafail kembali ke agama Islam dengan menghadiahkan Al Quran yang sebenarnya milik Eric Turner. Namun konflik memuncak apabila Adam Rafail mendapat tahu Michael Ryan selalu menghubungi Lily Sarah di Malaysia. Lebih membuatkan Adam Rafail marah dan tertipu, Michael Ryan pernah ke Malaysia menemui Lily Sarah. Adam Rafail tidak mahu kembali ke Malaysia dan yakin Lily Sarah akan kembali semula ke New York.
Lily Sarah berada dalam di lema. Antara Adam Rafail, Michael Ryan atau Ariq Iskandar
Lily Sarah mengahwini Novelis terkenal, Adam Rafail yang sudah tinggalkan nilai-nilai Islam dan adat Melayu dalam hidupnya. Lily Sarah cuba untuk memperbetulkan hidup suaminya. Michael Ryan yang sebenarnya memendam perasaan cinta terhadap Lily Sarah ingin menjadi sahabat pasangan suami isteri itu.
Perubahan hidup pasangan suami isteri itu bergolak apabila Elicha mula menggugat rumah tangga pasangan itu dengan cuba menggoda Adam Rafail.
Kematian Datuk Rahmah juga membuatkan Lily Sarah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Segalanyanya semakin menggugah keadaan apabila cinta pertamanya, Ariq Iskandar mahu menuntut cinta dari Lily Sarah. Saat pergolakan rumahtangga, Michael Ryan dan Adam Rafail menjadi rapat. Michael Ryan menarik Adam Rafail kembali ke agama Islam dengan menghadiahkan Al Quran yang sebenarnya milik Eric Turner. Namun konflik memuncak apabila Adam Rafail mendapat tahu Michael Ryan selalu menghubungi Lily Sarah di Malaysia. Lebih membuatkan Adam Rafail marah dan tertipu, Michael Ryan pernah ke Malaysia menemui Lily Sarah. Adam Rafail tidak mahu kembali ke Malaysia dan yakin Lily Sarah akan kembali semula ke New York.
Lily Sarah berada dalam di lema. Antara Adam Rafail, Michael Ryan atau Ariq Iskandar
Monday, September 5, 2016
Calmi Cuori Appassionati
Filem ini sudah puas saya cari di kedai. akhirnya dapat saya tonton di Youtube. walaupun senikata dalam bahasa cina, saya boleh faham filem ini.
Calmi cuori Appassionati atau dalam bahasa Jepun Reisei untuk Jonetsu tidak Aida atau dalam bahasa Inggeris Between Calmness dan Passion adalah filem yang diterbitkan pada tahun 2001 yang diarahkan oleh Isamu Nakae. Filem dibintangi oleh Yutaka Takenouchi dan Kelly Chen. Sebuah kisah cinta antara dua pelajar yang bertemu di sebuah kolej seni di Jepun. Filem ini adalah berdasarkan novel yang paling laris di Jepun. Calmi cuori Appassionati berjaya meraih kutipan tertinggi di Jepun tahun 2001.
Calmi cuori Appassionati atau dalam bahasa Jepun Reisei untuk Jonetsu tidak Aida atau dalam bahasa Inggeris Between Calmness dan Passion adalah filem yang diterbitkan pada tahun 2001 yang diarahkan oleh Isamu Nakae. Filem dibintangi oleh Yutaka Takenouchi dan Kelly Chen. Sebuah kisah cinta antara dua pelajar yang bertemu di sebuah kolej seni di Jepun. Filem ini adalah berdasarkan novel yang paling laris di Jepun. Calmi cuori Appassionati berjaya meraih kutipan tertinggi di Jepun tahun 2001.
Junsei Agata adalah pelajar untuk menjadi seorang pakar pemulihan seni halus. Dia merasakan hidupnya kosong. Beliau sering teringat seorang gadis yang ditemuinya di kolej. Namanya ialah Aoi. Pada suatu hari, Junsei mendapat tahu Aoi berada di Milan dan mendapati Aoi tinggal bersama seorang ahli perniagaan Amerika yang kaya.
Junsei ingat janji 10 tahun yang lalu. Sewaktu di kolej Junsei membuat janji dengan Aoi untuk bertemu di atas Duomo di Florence pada hari lahir ke-30 beliau. Dia berharap Aoi mesti ingat pada janji.
Filem ini sebuah filem romantik. Dengan lukisan indah, muzik yang mendamaikan jiwa. Cinta pertama memang sukar dilupakan.
Sunday, September 4, 2016
Southpaw
- Jake Gyllenhaal melakonkan watak sebagai Peninju Profesional, Billy Hope hilang segalanya setelah kematian isterinya, Mo atau Maureen lakonan Rachel McAdam akibat ditembak sewaktu Billy bergaduh dengan musuh gelanggangnya di satu keramaian. Dari titik itu, Billy Hope mula hilang kawalan dalam hidupnya sehingga mengabaikan anak perempuannya Leila. Kematian Mo meninggalkan kesan dalam hidupnya. Billy dan Mo bertemu di rumah anak yatim sewaktu zaman kanak-kanaknya. Mo menjadi tulang belakang Billy sepanjang kariernya.
Billy mula hilang fokus sebagai peninju hebat dan membiarkan dirinya bergelumang dengan dadah, alkohol serta memiliki senjata api. Rumahnya di lelong dan anak perempuannya diperintahkan oleh mahkamah dijaga oleh Badan Kebajikan.
Billy menuju ke satu pusat gim milik Tick Willis. Dia bekerja di situ sebagai pembersih bagi menyara hidupnya yang menyewa rumah kecil sahaja. Dari situ Billy mula mendapat sokongan dan semangat dari Tick agar kembali bertinju. Selain itu Billy menghadapi konflik berat apabila anaknya Leila mula membenci dirinya dengan tidak mahu bertemu Billy.
Saturday, September 3, 2016
Wednesday, August 31, 2016
Salam Merdeka yang ke 59!
Assalamualaikum
Selamat menyambut hari merdeka ke 59
Perjuangan Itu
Perjuangan Itu Adalah Satu Kehidupan
Perjuangan Itu Membawa Kepada Pengorbanan
Perjuangan Itu Lambang Jati Diri
Perjuangan Itu Simbol Kekuatan
Perjuangan Itu Sumber Kebenaran
Perjuangan Itu Menerangi Kegelapan
Perjuangan Itu Adalah Puncak Keberanian
Perjuangan Itu Membunuh Ketakutan
Perjuangan Itu Mengadili Keadilan
Perjuangan Memberi Kita Pepaduan
Perjuangan Itu Umpama Perjalanan Yang Panjang
Perjuangan Itu Tidak Akan Padam Selagi Kita Hidup
Selama-Lamanya
Perjuangan Itu Membawa Kepada Pengorbanan
Perjuangan Itu Lambang Jati Diri
Perjuangan Itu Simbol Kekuatan
Perjuangan Itu Sumber Kebenaran
Perjuangan Itu Menerangi Kegelapan
Perjuangan Itu Adalah Puncak Keberanian
Perjuangan Itu Membunuh Ketakutan
Perjuangan Itu Mengadili Keadilan
Perjuangan Memberi Kita Pepaduan
Perjuangan Itu Umpama Perjalanan Yang Panjang
Perjuangan Itu Tidak Akan Padam Selagi Kita Hidup
Selama-Lamanya
Sunday, July 3, 2016
Saturday, June 25, 2016
Roti Bakar 3 rasa
Roti ini pada mulanya dipanggil roti bakar saja, kata ibu saudara saya. katanya ada mayonis, planta dan kaya jadi saya pun tambah hujungnya 3 rasa. cara buat roti ni senang dan ringkas sahaja. Ambil sahaja sepotong roti, sapukan planta, kaya dan mayonis di atas roti tersebut. kemudian lipatkan dua. pada kedua-dua belah roti tersebut sapu planta dan goreng saja atas kuali. tak perlu letak minyak. Bila nampak garing atau seperti roti bakar pada kulit roti tersebut, angkat sahaja. Sedap di makan ketika roti tersebut masih panas
Friday, June 17, 2016
Bidadari-Bidadari dari Sorga
Antara pelakon wanita dari seberang yang saya kagumi kerana kehebatannya ialah Nirina Zubir ataupun Nina Zubir. Bagi apa saja watak, beliau akan tangani dengan baik. Beliau mampu membawa karakter hingga sampai ke hati.
Filem Bidadari-Bidadari dari Sorga merupakan karya adaptasi dari novel tulisan Tere Liye. Nina Zubir memegang watak Laisa merupakan kakak sulung dari lima adik berdaik. Namun begitu Laisa berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Laisa berkulit gelap dan berambut kerinting. Dia ada sikap rendah diri namun mempunyai semangat yang tinggi mengubah nasib keluarga.
Bermula hidup di Lembah Lahambay, mereka mencari sumber rezeki di hutan, mencari kayu dan menganyam topi. Dari ladang yang tidak punyai apa-apa. Laisa berjaya memiliki ladang Strawberi yang berkembang maju
Dalimunte, adik keduanya rasa bersalah untuk bernikah kerana kakaknya, Laisa belum berjodoh. Mereka berusaha mencarikan jodoh untuk Laisa namun gagal. Laisa berasa sakit dan sedih dengan percaturan jodoh oleh keluarganya yang sentiasa menemui jalan buntu.
Sehinggalah Dalimunte memperkenalkan Dharma dengan Laisa. Tanpa pengetahuan Laisa, Dharma sebenarnya sudah beristeri tetapi tidak mampu melahirkan zuriat. Isteri Dharma rela suaminya itu bernikah dengan Laisa. Akhirnya Laisa tahu yang Dharma sudah beristeri. Pada mulanya menolak tetapi dalam keterpaksaan dan kesudiaan lelaki itu memperisterikannya, Laisa menerima.
Pada hari perniahan, Dharma menerima khabar yang isterinya telah mengandung. Dharma serba salah untuk meneruskan pernikahan meskipun isterinya masih merelakan. Akhirnya Dharma menarik diri dan membatalkan pernikahan itu. Laisa semakin sakit, kecewa dans edih namun kental meneruskan ladang straberinya.
Sunday, May 15, 2016
Friday, March 18, 2016
Monday, March 7, 2016
Wednesday, February 24, 2016
Ada Apa Dengan Cinta
Saya menonton filem Ada Apa Dengan Cinta pada awal tahun 2002. Saya ingat-ingat lupa. Kisah cinta Rangga dan Cinta. Kisah persahabatan Cinta dan empat rakan baiknya. Buku puisi Chairil Anwar sentiasa di bawa Rangga
Kini Ada Apa Dengan Cinta 2 kembali. Cinta dan Rangga terpisah lama.
Percutian Cinta dan 3 sahabat baiknya ke Jogjakarta telah menemukan dia dengan Rangga semula. Rangga pulang ke Indonesia mahu mencari Cinta dan mahu menemui ibunya, Saat mereka berdua bertemu pergaduhan tidak begitu ketara sekali. Rangga mengakui akan kesilapannya meninggalkan Cinta. Bagi Cinta perpishan dia dengan Rangga meninggalkan kesan yang mendalam. Lantas mereka berdua berbaik dan menjadi kawan. Percutian itu dihabisi bersama Rangga. mereka mengahbiskan sehari semalam bersama.
Cappucino di Border's Tea
Taraaa habis kerja terus lepak di Border Tea. Pekena Cappucino yang hangat dan spagetti dan chiken wing yang boleh tahan sedap.
Sunday, February 14, 2016
Perkampungan Penulis 2016
Alhamdulilah, 14 Februari 2016 saya dapat juga berkunjung ke Perkampungan penulis di Karangkraf, Shah Alam, Selangor. Saya dan dua rakan penulis bertolak dari Melaka dalam jam 7 pagi. Perjalanan ke sana lancar walaupun terpaks abergantung pada aplikasi waze. Tiba di sana hampir jam 8.30 pagi.
Di sana saya dapat bertemu ramai penulis hebat dan popular. Saya terasa sangat kecil dan kerdil. bagi saya banyak perkongsian ilmu dan pengalaman yang hebat. pelbagai isu mengenai dunia penulisan dikupas. Panel dan moderator yang hebat. Isu ciplak di kalangan Penulis, isu manuskrip di tolak, penghasilan travelog yang sekarang mendapat sambutan begitu juga dengan novel seram.
Sesi pertukaran buku adalah sesi paling best. Selain dapat majalah dan novel percuma dari penganjur, saya dapatlah tukar-tukar buku.
Di sana saya dapat bertemu ramai penulis hebat dan popular. Saya terasa sangat kecil dan kerdil. bagi saya banyak perkongsian ilmu dan pengalaman yang hebat. pelbagai isu mengenai dunia penulisan dikupas. Panel dan moderator yang hebat. Isu ciplak di kalangan Penulis, isu manuskrip di tolak, penghasilan travelog yang sekarang mendapat sambutan begitu juga dengan novel seram.
Sesi pertukaran buku adalah sesi paling best. Selain dapat majalah dan novel percuma dari penganjur, saya dapatlah tukar-tukar buku.
Subscribe to:
Posts (Atom)