Wednesday, August 31, 2016

Salam Merdeka yang ke 59!


Assalamualaikum

Selamat menyambut hari merdeka ke 59

Perjuangan Itu


Perjuangan Itu Adalah Satu Kehidupan
Perjuangan Itu Membawa Kepada Pengorbanan
Perjuangan Itu Lambang Jati Diri
Perjuangan Itu Simbol Kekuatan
Perjuangan Itu Sumber Kebenaran
Perjuangan Itu Menerangi Kegelapan
Perjuangan Itu Adalah Puncak Keberanian
Perjuangan Itu Membunuh Ketakutan
Perjuangan Itu Mengadili Keadilan
Perjuangan Memberi Kita Pepaduan
Perjuangan Itu Umpama Perjalanan Yang Panjang
Perjuangan Itu Tidak Akan Padam Selagi Kita Hidup
Selama-Lamanya

Saturday, June 25, 2016

Roti Bakar 3 rasa

Roti ini pada mulanya dipanggil roti  bakar saja, kata ibu saudara saya. katanya ada mayonis, planta dan kaya jadi saya pun tambah hujungnya 3 rasa. cara buat roti  ni senang dan ringkas sahaja. Ambil sahaja sepotong roti, sapukan planta, kaya dan mayonis di atas roti tersebut. kemudian lipatkan dua. pada kedua-dua belah roti tersebut sapu planta dan goreng saja atas kuali. tak perlu letak minyak. Bila nampak garing atau seperti roti bakar pada kulit roti tersebut, angkat sahaja. Sedap di makan ketika roti tersebut masih panas

Friday, June 17, 2016

Bidadari-Bidadari dari Sorga

Antara pelakon wanita dari seberang yang saya kagumi kerana kehebatannya ialah Nirina Zubir ataupun Nina Zubir. Bagi apa saja watak, beliau akan tangani dengan baik. Beliau mampu membawa karakter hingga sampai ke hati.

Filem Bidadari-Bidadari dari Sorga merupakan karya adaptasi dari novel tulisan Tere Liye. Nina Zubir memegang watak Laisa merupakan kakak sulung dari lima adik berdaik. Namun begitu Laisa berbeza dengan adik-beradiknya yang lain. Laisa berkulit gelap dan berambut kerinting. Dia ada sikap rendah diri namun mempunyai semangat yang tinggi mengubah nasib keluarga. 

Bermula hidup di Lembah Lahambay, mereka mencari sumber rezeki di hutan, mencari kayu dan menganyam topi. Dari ladang yang tidak punyai apa-apa. Laisa berjaya memiliki ladang Strawberi yang berkembang maju

Dalimunte, adik keduanya rasa bersalah untuk bernikah kerana kakaknya, Laisa belum berjodoh. Mereka berusaha mencarikan jodoh untuk Laisa namun gagal. Laisa berasa sakit dan sedih dengan percaturan jodoh oleh keluarganya yang sentiasa menemui jalan buntu.

Sehinggalah Dalimunte memperkenalkan Dharma dengan Laisa. Tanpa pengetahuan Laisa, Dharma sebenarnya sudah beristeri tetapi tidak mampu melahirkan zuriat. Isteri Dharma rela suaminya itu bernikah dengan Laisa. Akhirnya Laisa tahu yang Dharma sudah beristeri. Pada mulanya menolak tetapi dalam keterpaksaan dan kesudiaan lelaki itu memperisterikannya, Laisa menerima.

Pada hari perniahan, Dharma menerima khabar yang isterinya telah mengandung. Dharma serba salah untuk meneruskan pernikahan meskipun isterinya masih merelakan. Akhirnya Dharma menarik diri dan membatalkan pernikahan itu. Laisa semakin sakit, kecewa dans edih namun kental meneruskan ladang straberinya.

Friday, March 18, 2016

Meatball ala-ala Ikea

Diakui memang tidakpandai masak tetapi suka memasak yang ringkas-ringkas sahaja. Kebetulan makan Meatball di Ikea terdetik ingin belajar buat Meatball.
Hari ini mencuba buat Meatball. Bolehlah hasil eksperimen seorang kawan.

Yogurt Peach di Border's Tea

Mengenang hari panas berdegang, waktu rehat lepak di kafe yang biasa kami lepak iaitu di Border's Tea di Semabok. Di sini minuman panas disediakan tetapi kali ini minuman sejuk jadi pilihan yakni Yogurt Peach. Rasanya boleh tahap sedap. So yummy!

Monday, March 7, 2016

Projek 50 Kembara

Assalamualaikum

Metromedia kini kembali dengan tema terbaru iaitu KEMBARA. 50 orang penulis diperlukan bagi melengkapkan antologi Kembara. Bagi yang berminat boleh emailkan ke projek50kembara@gmail.com

Wednesday, February 24, 2016

Ada Apa Dengan Cinta

Saya menonton filem Ada Apa Dengan Cinta pada awal tahun 2002. Saya ingat-ingat lupa. Kisah cinta Rangga dan Cinta. Kisah persahabatan Cinta dan empat rakan baiknya. Buku puisi Chairil Anwar sentiasa di bawa Rangga
Kini Ada Apa Dengan Cinta 2 kembali. Cinta dan Rangga terpisah lama.
Percutian Cinta dan 3 sahabat baiknya ke Jogjakarta telah menemukan dia dengan Rangga semula. Rangga pulang ke Indonesia mahu mencari Cinta dan mahu menemui ibunya, Saat mereka berdua bertemu pergaduhan tidak begitu ketara sekali. Rangga mengakui akan kesilapannya meninggalkan Cinta. Bagi Cinta perpishan dia dengan Rangga meninggalkan kesan yang mendalam. Lantas mereka berdua berbaik dan menjadi kawan.  Percutian itu dihabisi bersama Rangga. mereka mengahbiskan sehari semalam bersama. 

Cappucino di Border's Tea

Taraaa habis kerja terus lepak di Border Tea. Pekena Cappucino yang hangat dan spagetti dan chiken wing yang boleh tahan  sedap.

Sunday, February 14, 2016

Perkampungan Penulis 2016

Alhamdulilah, 14 Februari 2016 saya dapat juga berkunjung ke Perkampungan penulis di Karangkraf, Shah Alam, Selangor. Saya dan dua rakan penulis bertolak dari Melaka dalam jam 7 pagi. Perjalanan ke sana lancar walaupun terpaks abergantung pada aplikasi waze. Tiba di sana hampir jam 8.30 pagi.

Di sana saya dapat bertemu ramai penulis hebat dan popular. Saya terasa sangat kecil dan kerdil. bagi saya banyak perkongsian ilmu dan pengalaman yang hebat. pelbagai isu mengenai dunia penulisan dikupas. Panel dan moderator yang hebat. Isu ciplak di kalangan Penulis, isu manuskrip di tolak, penghasilan travelog yang sekarang mendapat sambutan begitu juga dengan novel seram.

Sesi pertukaran buku adalah sesi paling best. Selain dapat majalah dan novel percuma dari penganjur, saya dapatlah tukar-tukar buku.











Wednesday, January 13, 2016

Nasi Ayam Penyet Limongan


Kali ini sudah dua kali saya ke Nasi Ayam penyet Limongan. Bagi saya sangat sedap dan lazat. tempatnya pun ada penghawa dingin dan dekorasi ala-ala bali. 

Saturday, January 2, 2016

Projek 2016: Indah Adlina


Projek 2016: Manuskrip Cinta 7 Negara


Lila Suhaili pelajar Ph.D Komunikasi membuat keputusan untuk mengembara setelah mendapat tahu arwah ibunya meninggalkan sejumlah wang yang banyak untuk  hidupnya nanti. Wang yang banyak itu adalah kiriman dari sahabat lama arwah ibunya Stephanie yang berada di London. Tanpa pengetahuan Lila Suhaili arwah ibunya adalah bekas pelukis yang pernah bermastatutin di UK. Stephanie telah membantu menjual hasil-hasil  arwah ibu Lila Suhaili.

Lila Suhaili yang rasa terpinggir dengan keluarga sendiri membawa diri sambil emnyiapkan tesisinya. Dia tidak mahu berasa tertekan berada di rumah. Dia merancang magu menyinggah perpustakaan yang dilawati setiap negara.

Bermula di Bali, dia bertemu dengan lelaki bernama Alamsyahrizal yang kecewa, kekasihnya berkahwin dengan lelaki lain. Malahan di Bali, dia bertemu dengan bekas kekasih arwah ibunya, Bambang yang masih bujang.

Dari Bali ke Singapura seterusnya ke  Thailand dia asyik tertembung dengan Alamsyahrizal. Dia beranggapan  lelaki Minangkabau itu sengaja mahu mengintip dia. Hinggakan ke destinasi terakhir di UK, dia bertemu lagi dengan Alamsyahrizal. Lila Suhaili tertanya-tanya adakah lelaki kelahiran rembau ini jodohnya?

Mencari 'Mr Right: My George




Annie yang bercita-cita mahu menjadi Novelis mendapat berita baik bahawa buku beliau My George akan diterbitkan. Penerbit beliau Della  memberitahu beliau bahawa beliau teruja tentang kisah hubungan Annie dengan teman lelaki yang sempurna George. Malah, mereka tidak sabar untuk bertemu dengannya apabila Annie membuat penampilan pertama di Ekspo Bookseller Amerika bertemu dengan lelaki bernama George yang begitu sempurna di matanya. Annie menulis kerana mengimpikan lelaki yang sempurna seperti George dalam novelnya. Della dan Annie berbincang untuk menggunakan lelaki bernama George  untuk melariskan novel tersebut. Annie juga cuba mendekati lelaki itu agar mereka lebih rapat.
Novel ini bukan cerita benar mengenai apa yang telah berlaku, ia adalah salah satu fiksyen tentang apa Annie berharap akan berlaku. Sejak Della telah menjual novel itu sebagai memoir, dia mencadangkan mereka menyewa "George" untuk Ekspo Buku nanti agar pembaca novel My George lebih teruja.
Annie memiliki kawan lama bernama Henry, pereka Landskap yang sentiasa memberi sokongan namun tidak ebrsteuju bahawa Annie menipu pembaca dengan menggunakan George bagi melariskan novel tersebut. Henry juga rasa bimbang dan cemburu jika Henry benar-benar jatuh cinta dengan Annie.
Sehari sebelum Ekspo buku berlangsung, Annie ditemui oleh Henry dan meluahkan perasaannya. Henry berkata nama George dalam novel Annie boleh sahaja ditukar dengan namanya. Malah dia yakin hanya dia lelaki yang diperlukan oleh Annie sebenarnya.

Vacation


Filem yang diterbitkan pada tahun 1985 benar-benar membuatkan saya teruja menonton di CINEMAX . Filem ini memang kelakar dengan insiden-insiden luar jangkaan sehingga melibatkan kematian sewaktu bercuti.

Clark Griswold  lakonan  Chevy Chase, mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan isterinya Ellen lakonan Beverly D'Angelo dan dua anaknya Rusty  dan Audrey setelah 15 tahun bekerja tanpa bercuti. Clark memutuskan untuk membawa keluarganya dari Chicago kawasan ke Los Angeles yang ada taman hiburan Walley Dunia. Ellen mahu menaiki kapal terbang , tetapi Clark berkeras untuk memandu, kerana beranggapan dapat merapatkan hubungan keluarganya. Beliau membeli kereta baru sebagai persediaan untuk perjalanan yang jauh , tetapi peniaga kereta mendakwa kereta tersebut tidak bertahan untuk enam minggu. .Perjalanan dari Chicago ke LA mengambil masa 2 minggu jika memandu kereta!

Semasa perjalanan keluarga, mereka menghadapi banyak kejadian yang tidak diingini,  Ketika Ellen dan Clark bergaduh , mereka tersesat  kemalangan dan menjadi terdampar di padang pasir

Walaupun menghadapi pelbagai musibah yang emlanda  Ellen dan anak-anaknya, Clark menjadi taksub untuk tiba ke  Walley World. Mereka akhirnya tiba walley World tetapi  mendapati taman ini ditutup dua minggu untuk proses penambaikan. Clark kecewa akhirnya membeli pistol mainan untuk mengugut  pengawal keselamatan agar membenarkan  mereka masuk ke dalam walley Woeld  Ellen dan anak-anak ikut dan  cuba untuk menenangkan Clark. Akhirnya, pasukan LAPD SWAT tiba, bersama-sama dengan pemilik walley World

Friday, January 1, 2016

Projek 2016: Gadis Kopi


Arissa penggemar kopi yang selalu menikmati kopi di kafe kopi milik Aridi. Arissa dilihat wanita pendiam yang penuh misteri. Setiap hari menaip di kafe Aridi dan setiap hari kopi menjadi minumannya.Sehinggakan kafe Aridi dikutuk dan dikritik hebat oleh Gadis Kopi melalui akhbar kompak, Aridi merasakan Arissa itu Gadis Kopi

Wednesday, December 30, 2015

'Planner' dan Merantau ke Deli


Sehari lagi kita akan melangkah ke tahun 2016. Jadi saya sempat ke POPULAR, AEON Ayer Keroh, melaka semata-mata mahu mencari Planner untuk saya gunakan pada tahun 2016. Belek punya belek saya tertarik dengan Planner geometri warna merah jambu

Walaupun saya penulis saya tak berapa gemar menulis tentang kehidupan dan apa yang berlaku sebaliknya cuma tulis perkara-perkara penting sahaja

Merantau Ke Deli adalah buku yang memang saya cari sebab saya dalam proses mengumpul karya-karya Hamka. 

Tuesday, December 29, 2015

Antologi: Sedetik.Doc



Alhamdulilah. Ini merupakan buah tangan saya sebelum penutupan tahun 2015. Ini merupakan antologi kedua saya. Sebelum ini antologi pertama saya ialah Impian dan Harapan terbitan IPM. Antologi kedua saya ini memaparkan perjuangan saya mencuba setiap genre penulisan untuk kali pertama. Pertama kali menulis novel, pertama kali menulis artikel, pertama kali menulis esei, pertama kali menulis puisi dan pertama kali membaca sajak di khalayak ramai.


Puisi: Sayang


Alhamdulilah. Puisi yang saya tulis dua tahun lepas akhirnya tersiar dalam Akhbar Sinar Ahad pada 27 Disember 2015. Puisi ini ditulis apabila saya melihat gambar-gambar pemderitaan anak mangsa peperangan di Syria dan Palestin. Hati saya cukup terusik akan penderitaan mereka. Kebanyakan kanak-kanak ini kehilangan orang-orang tersayang

Ulasan Novel: Lukanya Merah


Pertama kali diberi peluang mengulas novel hebat ini saya teruja. Sangat teruja. Bagi saya novel karya Rohani Deraman mampu mengalirkan air mata pembaca. Saya sendiri sebak dan tidak menyangka wanita tua ini mampu berdepan dengan pelbagai onar dan rintangan untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negerinya. Wanita tua yang kehilangan suami dan anak-anaknya mampu  berdepan dengan pelbagai rintangan yang saya rasakan wanita tua lain tidak mampu mendepaninya.

Para wanita di luar sana harus membaca karya hebat ini. Membaca setiap aksara mampu menyerap semangat jati diri cintakan agama, bangsa dan negara. Ulasan saya ini tersiar dalam Majalah Jendela Selatan edisi Disember 2015

Thursday, December 17, 2015

Forum Hang Tuah Memang Wujud

Pada 17  Disember 2015 bertempat di Muzium Rakyat telah ada satu Forum Hang Tuah memang Wujud anjuran PERZIM dan IKSEP. Forum ini diadakan rentetan beberapa Penganalisis dan pakar Sejarah ada yang menolak akan kewujudan Laksamana Haang Tuah. Forum ini dihadiri rata-ratanya anak jati Melaka yang datang memberi sokongan dan mempertahankan kewujudan pahlawan terbilang itu.

Hang Tuah dikatakan wujud apabila ada bukti salasilah pahlawan tersebut. Selain itu, kewujudan makan Hang Tuah di Tg Keling. Selain itu, ada bukti-bukti Hang Tuah mengembara ke serata dunia termasuk China dan Jepun. Selain itu ada nama-nama tempat menggunakan nama Hang Tuah di sekitar negara seberang.

Dua orang Pensyarah dari Universiti Putra Malaysia juga menyokong kewujudan Hang Tuah berdasarkan hasil kajian yang dijalankan.