Sunday, July 22, 2018

Doktor Umum



Biografi terbitan MPH yang memuatkan 62 bab membuatkan saya ambil masa yang panjang untuk menghabiskannya.

Untuk mendapatkan buku ini pun saya mengambil masa yang lama juga. Setiap kali singgah di kedai buku MPH, memandang buku ini lama. Rasa rugi benar jika tidak mendapatkannya sebagai koleksi peribadi. Saya antara pembaca tegar yang gemarkan buku biografi. akhirnya saya dapatkan buku ini dari kenalan Facebook.

Tun Dr Mahathir bukan saja seorang Doktor tetapi juga Ahli Politik yang di sanjung timggi oleh masyarakat dunia. selain Malaysia, negara-negara perang juga  mengkagumi Tun Dr M sebagai pemimpin yang lantang, berani, malah di geruni beberapa pemimpin luar terutamanya Yahudi.

Selain sebagai Perdana Menteri yang mentadbir negara selama 22 tahun, beliau juga seorang  penulis yang hebat. Tidak smeua ahli politik memiliki bakat sebagai Penulis. Kita hanya tahu kebanyakkan ahli Politik suka bercakap di atas pentas politik.

Berbalik pada Buku ini, ia menyusuri perjalanan hidup Tun  Dr M sejak kecil. Asal usul keluarganya, hidup di zaman peperangan, percintaan, pernah di buang dari UMNO kerana lantang mengkritik Tunku Abdul Rahman. beliau perdana Menteri keempat Malaysia yang paling berani melakukan  perubahan landskap dalam politik, ekonomi, sosial, pembangunan, pendidikan dan sebagainya selama 22 tahun!

Doktor Umum juga melangkaui sejarah politik Malaysia yang mungkin ramai tidak tahu. Tun Dr Mahathir amat menghargai dan mengenang jasa Tun Abdul Razak yang membawa beliau kembali ke pangkuan UMNO sehingga membuka jalan beliau sebagai Perdana Menteri.

Penggunaan bahasa juga ringkas dan bersahaja dan tidak terlalu berat. Kita sedia maklum, Tun Dr Mahathir orang sains  maka penulisannya tidak begitu sastera.

Bila saya membaca buku ini, begitu rupanya Tun Dr Mahathir.

No comments: