Langkah
Nurul Iman terhenti bila tangannya ditarik oleh seorang lelaki dari arah
belakang. Nurul Iman memejamkan matanya menahan air mata agar tidak lagi lebat
membasahi pipinya. Hatinya masih sakit. Lukanya masih dalam.
”Iman,
maafkan abang”lelaki itu merayu hiba. Nurul Iman mengeraskan hatinya untuk
tidak melihat wajah lelaki yang pernah menjadi suaminya selama lima tahun dulu.
Dia benci! Benci! Benci tapi dia rindu sebenarnya
”Sedangkan
Nabi Muhammad boleh memaafkan umatnya takkan Iman tidak boleh maafkan abang?”suara
lelaki itu semakin sayu. Ada sisa-sisa tangisan. Nurul Iman menoleh dengan
bibir diketapkan sekuat hati. Mereka berdua saling berpandangan. . tiada rasa
keghairahan di antara mereka bila bertentangan.
”Jangan
sesekali sebut nama Nabi Muhammad. Abang adalah umat Nabi Luth yang ingar
dengan Allah!”hambur Nurul Iman. Giginya bergetar. Matanya tajam merenung
merenung lelaki dihadapannya. Lantas tangannya ditarik dengan kasar dari
pegangan lelaki itu. Kakinya bersedia melangkah ke tempat berlepas
”Maafkan
abang, Iman. Abang sayangkan Iman lagi!” kedua-dua tangan Nurul Iman ditarik
dari arah belakang lagi dan terus melutut
di hadapan Nurul Iman. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandang.
Kalau boleh dia mahu memiliki wanita ini semula. Wanita ini bagaikan satu dalam
sejuta. Dia tidak mampu melupakan layanan dan kasih sayang dari wanita bernama
Nurul Iman ini. Cintanya terlalu agung.
”Maafkan abang, Iman. Abang bersalah. Abang tak berguna!”lelaki itu terus menangis
teresak-esak. Kedua-dua tangan Nurul Iman digenggam erat seakan tidak mahu
dilepaskan lagi.
”Abang
bangun, jangan buat macam ini”Nurul Iman cuba menarik bahu lelaki itu. Lelaki
itu tidak bergerak. Berterusan menangis seperti anak kecil.
”Abang
bangun! Bangunlah!”akhirnya lelaki itu bangun, mahu memeluk Nurul Iman tetapi
Nurul Iman mengelak.
”Kita
bukan lagi suami isteri”tingkah Nurul Iman.
”Iman,
kembalilah pada abang. Berilah abang peluang kedua”lelaki itu merayu.
Nurul
Iman menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia mengeraskan hatinya. Dia tidak akan
rasa simpati sedikit pun. Biarkan. Biarlah
”Abang,
saya tak mahu menjadi seorang isteri lagi. Hati saya dah tertutup untuk menjadi
seorang isteri lagi. Saya tiada tempat di hati seorang lelaki. Bila abang buat
perangai macam tu, betapa hinanya diri menjadi orang perempuan. Adakah saya
tidak lagi memenuhi kemahuan dan kepuasan abang sehingga abang
....abang....”Nurul Iman tidak sanggup lagi meneruskan katanya sebaliknya air
mata terus mengalir deras. Terbayang peristiwa pada malam itu. Dia seperti mahu
pengsan dan menjerit sekuat hati tapi ditahannya. Tidak guna melawan atau
bergaduh bila melihat dua lelaki sedang berada di atas katil yang pernah menjadi
kamar pengantinnya.
”Abang,
kalau abang nak mahu kahwin lagi satu pun tak mengapa, bang. Iman tak kisah.
Malah abang nak cukupkan empat isteri pun tak mengapa tapi kenapa abang sanggup
buat benda terkutuk? Kenapa?”mata Nurul Iman tajam merenung wajah lelaki di
hadapannya. Benci pun ada. Kasihan pun ada. Semuanya sudah menjadi bubur. Bagaikan
sudah jatuh ditimpa tangga. Waktu tidak boleh dipusingkan lagi. Tiada peluang
kali kedua untuk dia membina rumahtangga
lagi.
”Iman,
jangan tinggalkan abang. Abang rasa hidup abang dah kosong . kosong sangat.
Tiada bererti. Maafkan abang”suara kasar itu berbasi-basi bersama tangisan.
Nurul Iman menarik nafas. Segala keputusan sudah cukup muktamad buat dirinya.
Malah sokongan dari keluarganya amat kuat agar dia terus meninggalkan lelaki
ini
”Iman
dah maafkan abang tetapi abang perlu minta ampun dan maaf dari ALLAH. Iman
takkan kembali pada abang lagi. Biarlah kita sama-sama bina hidup baru dengan
haluan masing-masing”suara Nurul Iman bertukar lembut. Lelaki itu agak
terkejut. Dia menggeleng-geleng tanda tidak setuju dengan keputusan Nurul Iman.
Dia mahukan wanita ini lagi.
”abang
janji takkan buat lagi”
”Jangan
berjanji dengan Iman tapi dnegan diri abang. Nafsu yang mengawal diri kita
berbanding dari iman. Abang, lelaki adalah untuk wanita dan wanita untuk lelaki
seperti mana Adam untuk Hawa dan Hawa untuk Adam. Bila Adam dan Hawa terpisah
dunia akan jadi porak peranda. Masing-masing akan rasa gelisah seperti kita.
Abang, jangan biarkan Adam dan Hawa terpisah lagi. Biarkan mereka bahagia. Saya
benci manusia songsang. Apakah lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi
pasangan bahagia?”kata Nurul Iman sambil mengetapkan bibirnya. Lelaki itu
terkaku. Lantas Nurul Iman mencapai bagasi cepat-cepat berlalu ke tempat
berlepas. Dia nekad kasih dan sayang akan dicurahkan kepada manusia-manusia di
tanah gersang Iraq, Luban dan Afghanistan. Kini hatinya sudah tertutup buat
manusia bernama lelaki namun kasih dan cintanya kepada DIA takkan terpadam. Dia
berllau tanpa memandang ke belakang lagi. Hidup perlu diteruskan.
Lidah
Nurul Iman terkelu seketika bila membaca mesej di dalam telefon bimbitnya.
Sayang, i merindui sangat. I mahu bersama
you. I ingin lebih mengenali you
Gila!Kiriman
dari Aida membuatkan dia mahu tremuntah. Geli geleman dibuatnya. Perempuan ni
gila! Bukan tidak ingat dunia tetapi tidak ingat akhirat langsung. Dia ingat
aku ni lesbian ke?
Aida,
penari kebudayan yang dikenalinya di suatu majlis tidak lama dulu. Pertama kali
Aida sudah merenung dia semacam penuh keghairahan. Pertemuan seterusnya tangan
Aida sudah pandai naik atas tubuhnya sehingga ke tempat-tempat yang tidak
sepatutnya. Mula merepek yang bukan-bukan. Mesej penuh dengan ayat-ayat lucah
dan kata-kata romantis yang memualkan. Sejak itu dia melarikan diri dari Aida.
Sudah berkali-kali dia menukar telefon bimbit tapi masih berjaya dihidu oleh
Aida yang tidak henti-henti menagih
kasih dan sayang darinya
Ya
ALLAH, berikanlah aku kekauatan. Jauhkanlah aku dari segala godaan dan maksiat,
mohon dia dalam hati. Dia tidak sanggup menghadapi smeua ini. Dia tidak terdaya
untuk memberitahu suaminya, Haizal yang sentiasa sibuk. Bila dia sudah lena
baru suaminya pulang. Hubungan mereka sebagai suami isteri semakin renggang.
Hujung bulan sahaja Haizal selalu ke luar negara atas urusan perniagaan. Dia
juga perasan suaminya sudah banyak berubah. Tiada kucupan mesra setiap kali
bertemu dan berpisah, tiada pelukan seperti selalu, tiada gurau senda bila
bersembang-sembang dan segala-galanya benar-benar berubah. Sikap dingin Haizal
kadang-kadang membuatkan dia mengalirkan air mata. Barangkali Haizal sudah ada
wanita lain? Ah, kalau ada mengapa tidak beritahu aku saja. Aku redha jika
Haizal bernikah lain asalkan dia bahagia
Lamunannya
termati bila dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Matanya melihat nama
yang tertera i skrin telefon bimbitnya. Aida? Segera telefon bimbit di matikan.
Nurul Iman mengucap panjang lalu mengeluh berat. Kenapalah dengan kau ni Aida?
Carilah lelaki kalau kau berada dalam kegersangan. Aku adalah wanita yang tetap
memerlukan lelaki.
Dia
teringatkan Haizal. Sudah lama mereka berdua tidak makan bersama. Lantas
jarinya menekan-nekan butang telefon pejabatnya satu persatu. Tiada jawapan
dari telefon bimbit suaminya. Nurul Iman mencuba lagi hingga berkali-kali.
Biarpun penat dan lenguh jari jemarinya menekan punat telefon, dia tetap mahu
mencuba. Tanpa berfikir panjang dia terus menghubungi telefon pejabat suaminya.
”Assalamualaikum......Haizal ada
tak? Tiada? Dia ke mana? Hmmm
tak mengapalah. Nanti kalau dia balik minta dia telefon isterinya ya. Terima
kasih. Asalamualaikum!” gagang telefon di letak perlahan. Hatinya terasa hiba. Sudah
lama dia tidak meluangkan masa bersama suaminya. Sibuk sangatkah Haizal hingga
tiada masa untuk dirinya? Nurul Iman tersandar lesu. Apapun keadaan dan
rintangan dia tetap mahu menyelamatkan masjid yang dibinanya ini. Dia berkhayal
seketika. Mengenang semula pertemuan pertama dia dengan Haizal sewaktu menuntut
di universiti yang sama.
Nurul
Iman terbangun dari sofa bila terdengar bunyi enjin kereta milik Haizal. Dia
segera bangun menyelak langsir. Dia tersenyum melihat Haizal keluar dari perut
kereta. Dia mahu menyambut kepulangan suaminya.
Haizal
agak terkejut bila terlihat Nurul Iman berdiri di hadapannya sebaik daun pintu
dibuka. Nurul Iman segera mengambil briefcase dari tangan Haizal.
”kenapa
Iman tak tidur lagi?”tyanya Haizal acuh tak acuh. Tangannya menggalkan tali
leher yang sudah lepas ikatannya
”Iman
tunggu abanglah”kata Nurul Iman manja
Haizal
menghempaskan tubuhnya di atas sofa dengan keletihan. Nurul Iman mengambil
tempat di sebelah suaminya. Dia bersedia untuk melayani suaminya. Dia mahu
menghabiskan masabersama suaminya
”abang
nak makan? Iman ada masakkan makanan kegemaran abang, asam pedas ikan pari”kata
Nurul Iman teresnyum simpul.
”tak
payahlah, Iman. Abang dah makan di luar tadi dengan client”
Nurul
Iman terdiam seketika. Rasa kecil hati terbit di hatinya.
”Hmmm
abang nak minuman. Iman ambilkan ye”Nurul Iman hampir bangun
”tak payah. Abang tak mahu”Haizal terus bangun mencapai briefcase. Langkahnya terus diangkat tanpa merenung
wajah Nurul Iman. Tiba –tiba terdengar telefon bimbit suaminya berbunyi
nyaring. Haizal terus menyambut dan serta merta wajah menjadi girang. Nurul
Iman hanya memerhati
”Boleh
tak kau jangan ganggu hidup aku lagi?!”bentak Nurul Iman dengan suara lantang.
”Kenapa
ni sayang? I rindukan you sangat-sangat
tau. Dah lama kita tak berjumpa”suara manja galak itu terus kdengaran di hujung
talian.
”Aida,
tolong jangan begini. Bawa mengucap. Ingat Allah. Aku perempuan dan kau juga
perempuan. Aku bukan lesbian. Aku ada suami, Aida”suara Nurul Iman kembali
mendatar.
”Iman,
i sukakan you. You seorang yang tabah, bekerjaya, cantik, anggun dan you ada
segala-galanya. I nak bersama dengan you. I tahu you
pun gersang jugakan?”suara Aida semakin manja cuba memancing Nurul Iman. Sesekali
ketawa manja. Nurul Iman semakin meluat
”Gila! Aku sunyi ke, gersang ke, aku masih
ada keluarga dan kawan-kawan rapat aku. Aku tak perlukan kau faham!”
”Iman, i datang pejabat you ye?”
“Kalau berani
datanglah. I akan saman you kerana cuba menganggu ketenteraman hidup
i. I akan bawa semua mesej-mesej dan email-email lucah yang you hantar pada
pihak polis. Biar padan muka you”gertak Nurul Iman sambil tergelak kecil. Dia
yakin Aida akan ketakutan. Dia tidak tahan lagi. Aida perlu di ajar.
“janganlah buat I
begini, Iman, Please!!!”Aida seperti mahu menangis
“I don’t care,
Aida. Kalau you call atau mesej I lagi selepas ini, I takkan teragak-agak bawa
you ke muka pengadilan. Biar you meringkuk dalam penjara.You cantik dan seksi, cari saja mana-mana lelaki yang you
mahu. Meskipun hanya perempuan yang memahami perempuan itu belum mampu memenuhi
kemahuan dan kepuasan. Hati seorang wanita. Ingat. Kita adalah Hawa dan lelaki
adalah Adam. Jangan sesekali pisahkan Adam dengan Hawa. Macam I, I tetap perlukan suami I”luah Nurul Iman
kegeraman lalau menghempaskan gagang telefon sekuat hatinya.
Sekali
telefon itu berbunyi. Nurul Iman menggigit bibir. Kenapalah perempuan tu tak faham-faham bahasa?!
Dia nekad lepas ini dia mahu terus menghubungi pihak polis. Gagang telefon
diangkat kasar.
“kau ni kenapa tak faham-faham bahasa
ha?!”tengking Nurul Iman.
”Iman,
kenapa ni? Ini saya Haji Kamarul” kedengaran suara garau milik seorang lelaki
kedengaran ke gegendang telinganya. Nurul Iman menarik nafas lega.
”Ohhh..ohh
maafkan saya Tuan haji. Eerr
tadia da orang ganggu saya tadi. Maafkan saya”mohon Nurul Iman
“Tak mengapa. Saya minta kamu gantikan
tempat saya untuk mesyuarat pada hari jumaat ni sehingga hari isnin di Cameron
Highland. Saya ada hal hari jumaat tu.Segala tempat tinggal dan makan minum,
kamu jangan bimbang sebab saya dah aturkan”
”Baik,
Tuan haji. Ini mestuarat tentang apa?”
”Ini
mesyuarat tentang pemasangan rangkaian komputer dengan sebuah syarikat
komputer”
”Okey,
baiklah. Saya akan uruskan”
”terima
kasih. Oh ye, jangan lupa berikan saya laporan mesyuarat itu nanti”
”Baiklah!”
Sudah
tiga hari dia tidak dapat menghubungi talian telefon bimbit suaminya. Telefon
rumah juga seakan tidak berfungsi lagi. Pelik? Ke mana suaminya pergi? Kenapa telefin
bimbit dan telefon rumah tidak dapat dihubungi? Dia sakitkah? Nurul Iman terus
dilanda kegelisahan. Kalau Haizal sakit mesti ada jiran-jiran, keluarga atau
sahabat karib yang akan menghubunginya.
Nurul
Iman terus memandu kenderaan dengan berhati-hati. Jalan raya pada waktu sore hampir lengang. Hatinya rasa tidak sedap
dan berdebar-debar namun dia juga tidak sabar-sabar untuk menemui suaminya
Sebaik
sahaja dia tiba di depan pintu kamarnya, terdengar suara orang berbisik
diselangi gelak tawa. Kedengaran suara suaminya mengusik dalam perkata-perkatan
yang tidak sewajarnya tetapi kenapa suara lagi satu itu seperti garau juga?
Hati Nurul Iman mula tidak senang. Dia dapat mendengar dengan jelas suara
pasangan suaminya itu adalah lelaki. Jantungnya semakin kecang seperti pelumba
lari yang mahu menamatkan perlumbaan. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Tombol
pintu terus dipusung dan di kuak. Nah, matanya terus terbelalak bila terlihat
dua lelakis aling ebrtindihan di atas katil tanpa seurat benang. Haizal dan
pasangannya juga terkejut melihat kemuculan Nurul Iman.
”Allahuakhbar!”laung
Nurul Iman berkali-kali. Tangannya menutup wajahnya. Dia malu dan jijik melihat
dua manusia di atas katil sambil berpelukan. Tubuhnya yang hampir rebah
digagahkan juga untuk berdiri. Nafasnya mula turun naik. Serta merta air
matanya terus menitis laju.Entah dari mana datangnya kudrat, tubuhnya menjadi
gagah lalu cepat – cepat menuruni anak tangga berlari keluar mendapatkan
keretanya.
Dia
tidak menyangka lelaki yang bersamasuaminya tadi adalah junior sewaktu di
universiti dulu. Lelaki itu bernama
Izham, seorang lelaki yang pendiam dan tidak pandai bergaul. Dadanya
bagaikan dihiris-hiris tajam. Sakitnya tak terkira.
Binatang.
Kau binatang Haizal! Binatang!, jerit
hati Nurul Iman. Dia terus memandu laju menuju ke Sungai Besi. Dia nekad mahu pulang ke Alor Gajah pada
malam ini. Dia juga merancang
mahu menfailkan penceraian.
Sudah
tiga bulan dia tidak menemui Nurul Iman. Sudsah beratus-ratus mesej dihantar.
Hampir sakit tangannya mendail nombor telefon bimbit tetapi tidak diangkat
juga. Pulang ke kampung isterinya, dia terus di maki hamun oleh keluarga
mentuanya. Segunung kesal bagaikan beban yang terlalu berat. Dia merasakan
kehilangan Nurul Iman membawa sebahagian daripada dirinya. Selama Nurul Iman
menjadi isterinya tidak pernah Nurul Iman melalaikan tanggungjawabnya.
Tangannya dikempalkan lalu menumbuk-numbuk sofa. Air matanya terus meleleh
sambil memanggil-manggil nama Nurul Iman. Ini smeua gara-gara kehadiran Izham.
Izham punca rumahnya tangga berantakan. Lelaki itu hadir bekerja di syarikat yang sama dengannya. Dari
hubungan kenalan biasa menjadi adik angkat akhirnya menjadi intim. Izham selalu
meluahkan kekecewaan putuis cinta dan putus tunang. Rasa simpati yang dilahirkan
Haizal terus menyongsangkan hidup mereka berdua
”Nurul
Iman!” Haizal terus merintih sedih. Di saat ini dia mula merindui kasih sayang,
kenakalan dan senda gurau Nurul Iman. Dia bagaikan seorang lelaki yang kehausan
dan dahagakan kasih dan cinta dari seorang wanita. Tidak cukup itu segala
pakaian-pakaian Nurul Iman di dalam almari di ambil, dicium dan dipeluk sekuat
hati. Perit sungguh hidup bila mengalami kehilangan seseorang. Dia merindui
pelukan dan ciuman dari Nurul Iman. Baru dia terasa akan kehangatan cinta dan
kasih sayang Nurul Iman yang tidak boleh diperolehi dari Izham dan mana-mana
lelaki.
Aku
bukan gay! Rintih Haizal tidak henti-henti
Telefon
bimbitnya berbunyi nyaring. Pantas di capai dan dilekapkan ke telinganya.
”Hello....apa
sayang-sayang?!..... ah, peduli apa?!... apa yang aku dapat dari kau ha?.....ah,
pergi mampuslah dengan kau. Kerana kau aku kehilangan isteri aku tahu tak?! Kau
jangan ganggu aku lagi. Aku tak mahu kau. Aku nak isteri aku!!!!”Haizal
menjerit lalu melemparkan telefom bimbit ke dinding lalu bersepai ke lantai.
Air matanya terus membasahi pakaian-pakaian Nurul Iman yang berada di dalam
dakapannya
IDA NARDIEL HAJI MOHD RASID
1 NOVEMBER 2006
6.22PM
No comments:
Post a Comment