Saturday, February 18, 2017

Artis menulis, Fattah Amin dan Buku

Assalamualaikum,

Berantakan juga media sosial bila isu Fattah Amin menulis buku. Ya, sesunguh itu sangat bagus dan di kagumi selepas mendengar lagunya mula berputar di corong-corong radio maka belia pria yang hebat sekali. Buku berjudul '99 Kata-Kata Fattah Amin'  dipasarkan sejak 11 Februari lalu itu mengundang kritikan dan cemuhan  ramai kerana isi kandungannya didakwa ramai sebagai tidak layak dibukukan.

Kritikan dan cemuhan buku yang di tulis oleh aktor tersebut menjadi bahan ejekan. Imej dan teks buku tersebut digantikan dengan lelaki bangla, Sultan Melaka dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.  Penulis-penulis selebriti janganlah menulis buku untuk sekadar tangkap muat. Hanya beberapa patah perkataan, cukup untuk melengkapkan satu muka surat. Ya,  buku ini dibuat untuk peminat. Kalau setakat gambar-gambar swafoto dengan 'copy and paste' ayat-ayat daripada laman sosial Twitter, IG atau facebook, lebih baik tidak perlu dijual. Cukup sekadar diberikan percuma kepada peminat fanatik. Itu pendapat sayalah. Ada sesetengah penulis media sosial  yang salin dan tampal untuk dijadikan buku ada yang tidak menjaga perkataan. kalau yang jadi yg. perkataan mereka jadi mrk dan sebagainya. ya, harga buku mahal sebab menggunakan kertas yang berkualiti. Mungkin ada yang tidak tahu ada penulis-penulis YANG betul-betul penulis guna kertas murah saja untuk diterbitkan dan ada yang terbit dalam bentuk Zine. Ada juga gambar-gambar di letak untuk di tatap sepuas-puasnya.

Jika di Malaysia, Datuk Aznil Nawawi pernah menulis buku. Tidak silap saya nama wataknya Fifi, nama anak perempuannya. pelakon Rina Khan yang sekarang penulis skrip juga ada menulis novel bertajuk RM 10000, kalau tidak silap saya. Datuk Rosyam Noor juga menulis buku dari kisah hidupnya yang sukar sehingga menjadi pelakon yang berjaya dengan tajuk bukunya  Impian Jutawan Budak Setinggan



Jika di Indonesia aktres Rieke Diah Pitaloka dari Indonesia miliki bakat menulis sehingga mengeluarkan Kumpulan Puisi Renungan Kloset: Dari Cengkeh Sampai Ultrecht, Filsafat Kekerasan Negara Menular ke Masyarakat, Kumpulan Puisi Ups!,
dan Kumpulan Puisi Sumpah Saripah.

Dewi Lestari Siman atau lebih dikenali Dee ,merupakan seorang penulis terkenal dan  penyanyi trio Rida Sita Dewi dan merupakan mantan isteri penyanyi Marcell. Antara bukunya yang popular dan dijadikan filem ialah Supernova dan perahu kertas.

Jika di Hollywood, pasangan adik beradik yang merupakan adik beradik tiri Kim Kardhasian iaitu Kendall dan Kylie Jenner menerbitkan buku mereka yang berjudul Rebels: City of Indra. Buku mereka berdua  mengisahkan tentang kehidupan dua perempuan yatim piatu bernama Lex dan Livia yang berpetualang di dunia distopia bernama Indra. 


Tyra Banks, peragawati terkenal dan pengasas rancangan realiti televisyen iaitu America's Next Top Model, Beliau telah mengeluarkan buku bertajuk Modelland bersadarkan pengalamannya sebagai model pada tahun 2010 dan antara yang top seller.

Oprah Winfrey, pengacara hebat yang masih tiada tandingi merupakan penulis buku dan antara penulis buku yang terbanyak di kalangan selebriti. Beliau yang bukan sahaja pengacara tetapi juga seorang dermawan. Oprah Winfrey adalah menulis kisah sejarah hidupnya yang sukar, pernah menjadi mangsa rogol sehingga melahirkan bayi tapi sayang bayi itu meninggal dunia. beliau mengambil masa untuk bangkit dan menjadi wanita yang hebat di dunia ini.


Saya sebenarnya lebih suka jika seseorang artis itu menulis biografi. Kisah hidupnya dari manusia biasa hingga menjadi bintang terkenal.

No comments: