Saturday, February 18, 2017

Bumi Lestari


Ini kali pertama saya membaca novel karya Rabecca Ilham. Saya suka gaya penulisannya. Selepas saya membaca, saya ingin mencari karya-karya beliau.  Saya di fahamkan novel ini merupakan novel sulung Rebecca Ilham yang memenangi HSKU 2010, kalau tidak silap saya. Bagi saya Rebecca Ilham antara penulis berbakat besar yang memiliki banyak cerpen di dada akhbar.

Novel yang memenangi tempat kedua ini menyentuh kemanusiaan, kekeluargaan dan alam sekitar. Amirah kekurangan kasihsayang bapanya, Hishamudin setelah kematian ibunya. Amirah seperti mengasingkan diri dan memendam perasaan dari bapanya. Amirah tersepit dengan konflik dirinya dan permasalahan yang menghimpit antara dua sahabatnya. Jai anak Buang, rakan sekecilnya mengadu akan empangan akan musnah manakala kapitalis yang memusnahkan alam sekitar adalah bapa kepada sahabatnya sendiri.


No comments: