Friday, February 17, 2017

Terusir


Terusir
Tajuknya simple tetapi menarik. Sejujurnya saya tidak akan kewujudan novel ini sehinggalah saya mengetahuinya di Facebook. Tanpa membuang masa saya terus memesan buku ini melalui seorang rakan di facebook.

Terusir sudah menggambarkan seseorang di usir dan terus menderita. Tulisan hamka tidak pernah jauh dari kisah rumahtangga seperti Merantau ke Deli,Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk.  . Bukan seperti kisah-kisah rumah tangga dalam novel-novel popular.

Mariah, isteri yang telah di usir oleh suaminya akibat fitnah keluarga suaminya. hamka sentiasa menggunakan teknik surat dalam karya-karyanya. usiran dari suaminya membuatkan Mariah menderita kerana terpisah dengan anak lelakinya, Sofyan. Utusan surat kepada suaminya Azhar menginggatkan suaminya akan janji-janji yang pernah dilafazkan di awal pernikahan.

Mariah bekerja dengan Nyonya dan bernikah dengan Yasin namun setelah Nyonya pulang ke Eropah, Mariah bercerai dengan Yasin. Maka dari situ bermulanya kehidupan beliau sebagai Pelacur dengan nama Neng Siti

dalam novel ini, perempuan menjadi mangsa penderitaan akibat lelaki yang bergelar suami dan dicemburui wanita lain kerana kecantikan. 

No comments: