Friday, February 17, 2017

Innocent Defendant vs Remember War of The Son





Sebenarnya saya bukanlah pengikut K-pop yang tegar. walaupun ramai yang menggilai, saya hanya biasa-biasa sahaja. Tidak semua drama Korea  mahupun filem saya akan tonton. Saya agak memilih. Bermula dengan drama Doctor Stranger melarat ke drama Remember: War of the son seterusnya Legend of the Blue Sea ke Please Come Back Mister dan sekarang Innocent Defendant.

Drama Innocent Defendant lebih kurang sama dengan Remember war of The Son. Kedua-dua drama ini ada peguam dan pendakwaraya. Seperti biasa ada watak antogonis iaitu watak orang jahat. Nam Kyu Man dan Chan Min Ho/ Chan Su Ho lebih kurang psiko dan jahatnya. Persamaanya adalah watak orang kaya dan mewarisi kekayaan keluarga.

Dalam drama Remember war of The Son, Seo Jin Woo mengalami hypertasia manakala Park Jung Woo mengalami Amnesia. 

Seo Jin Woo mahu membawa pembunuh ke muka pengadilan yang menyebabkan ayahnya meringkuk ke penjara  manakala park Jun Woo mencari pembunuh isterinya sehingga menyebabkan dia sendiri meringkuk ke dalam penjara. Menarikkan?

Motif pembunuhan jelas dan miliki persamaan iaitu kematian gadis di villa yang membawa plot itu berkembang menggunakan teknik imbas kembali yang jelas. Sukar dan cuba meninggatkan sesuatu memkasa watak-watak utama mengimbas semua plot-plot yang lepas untuk diojadikan bukti perbicaraan. 


No comments: