Sejujurnya ini antara karya yang terbaik dan luar biasa. Bagi saya naskhah ini karya agung bagi kak Rohani Deraman. Saya rasa, novel ini di angkat di dua majlis penganugerahan. karya ini sangat menyentuh hati. Saya rasa terkesan sehingga saya rasa sebak dan menangis. Saya tertanya-tanya, kenapa wanta tua ini yang menjadi mangsa? kenapa wanita tua ini yang di uji? Kenapa wanita tua ini begitu cekal?
Selatan Thai tidak
pernah aman. Begitu kisah Mek Romah, wanita kelahiran negeri Cik Siti Wang
kembang berjuang di negeri Pattani setelah bernikah dengan anak seorang Imam di Kg Chanae, selatan
Thailand. Pernikahan ini melahirkan 3 zuriat iaitu Seman, Dolah dan Mat Hussin.
Seperti rumahtangga yang lain, kehdupan Mek Romah sekeluarga sederhana tetapi
bahagia.
Bermula dengan kematian Seman yang ditembak oleh senapang
tak bermata sudah menggambarkan Mek Romah wanita yang mudah menangis, meraung
dan menangis. Beliau seorang isteri yang
taat setia, ibu yang penyayang dan suri rumah hanya redha dengan apa yang
berlaku di kampungnya. Pembunuhan demi pembunuhan sehingga meragut nyawa
anak-anak lelaki dan suaminya di tangan kerajaan sedikit pun tidak mematahkan
semangatnya untuk mempertahankan hak dan tanahairnya. Perlahan-lahan semangat .perjuangan wujud dalam dirinya setelah dituduh
sebagai pemberontak dan pendatang
Kematian demi kematian dengan
pengeboman masjid,hutan, jalan raya dan
di mana-mana sahaja., begitu juga pembunuhan guru agama yang dituduh mengajar
anak-anak muda memberontak, tangkapan golongan muda secara melulu,
pengkhianatan olah bangsanya sendiri, menjadikan Mek Romah semakin kuat,
lebih-lebih lagi kelibatnya sebagai wanita tidak pernah dicurigai sebagai
‘pejuang. Mek Romah
bangkit setelsh melihat kezaliman kerajaan Thai dan perjuangannya tidak
disedari pihak penguatkuasa, ahli
politik, dan bangsa Thai terhadap minoriti terpinggir Petani di Selatan
Thailand.
Mek Romah bertuah di sisinya, Siti
Aishah menantu yang snetiasa memeberi kekuatan, motivasi dan semangat agar
tidak berputus asa malah sama-sama berjuang. Mek Romah bertemu dengan Fatmah,
pejuang gerila Petani yang diburu oleh tentera dan polis Thailand kerana
pengaruh arwah ayahnya. Kekahan luka dikakinya sedikit pun tidak
melunturkan semangatnya agar terus berjuang walaupun kakinya terhencut-hencut,
Mek Romah gigih untuk menentang kerajaan yang membulakan peperangan.
Naskhah perjuangan ini mampu menyerap rasa perjuangan
namun mampu mngalirkan air mata pembaca. Mek Romah pejuang yang tidak
didendangkan. Pemergian Mek Romah menghadap Ilahi juga tidak menghentikan bom
di selatan Thailand.
4/5 Bintang
No comments:
Post a Comment