Tuesday, March 21, 2017

Ulasan Novel: Fobia


Pertama kali terpandang muka depan novel thriller ini, saya sudah tertarik. tajuknya membuatkan saya tidak sabar mahu membaca lalu terus saya hubungi penulis yang memiliki berpuluh-puluh buah novel, kak Siti Rozilah. saya mahu miliki novel ini dari tangannya sendiri.

Pulang dari bertemu kak Siti Rozilah, saya tidak buang masa lagi. Mula-mula dihidangkan penderitaan seorang kanak-kanak bernama Luth yang diseksa oleh ibu tirinya. Terus membawa pembaca menemui 3 watak yang berbeza iaitu Hakeem, Luth dan Hidayat.

Pertemuan Hidayat dengan Doktor Humairah membibitkan perasaan cinta namun rasa terhalang bila mendapat tahu Doktor Humairah sudah bertunang.

Seterusnya Hakim baru berpindah berkenalan dengan seorang Datin terus menjalinkan hubungan terlarang dengan datin tersebut. ini biasa berlaku dengan masyarakat sekarang yang terjerumus dengan skandal. Mula-mula pembaca akan fikirkan Hakeem menjalinkan hubungan dengan Datin tersebut semata-mata harta tetapi tidak. Hakeem ada visi dan misinya tersendiri.

Luth, watak kanak-kanak yang di dera dan disakiti ibu tiri bertindak sebagai rakan Hidayat dan cuba mengorat Janet, pembantu peribadi Hidayat.


Namun pengakhirannya akan mengejutkan pembaca.


No comments: