Tuesday, January 23, 2024

Jangan Sembunyi Cinta











Johan pulang kepangkuanNya beberapa hari sebelum pernikahan dengan Eriqa Ellen. Eriqa menerima panggilan hotel di sebuah Pulau untuk mengesahkan kehadirannya. Rupanya percutian di Pulau Redang adalah hadiah bulan madu dari Johan untuk bakal isteri tapi tidak kesampaian. Eriqa bersetuju untuk mengisi ruang sedihnya di hotel tersebut.
Tiba di Pulau Redang, dia menemui lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya sebelum Johan.
Eriqa nekad untuk melarikan diri dan terpaksa mengupah lelaki yang baru dikenalinya, Dani sebagai tunangnya. ERiqa dan Dani sentiasa bertemu dan saling bercerita antara satu sama lain
Dari situ bermulalah perjalanan baru yang mengubah hidup Eriqa Ellen. Insiden demi insiden berlaku hingga merenggangkan hubungannya dengan Dani.
Pertemuannya dengan Mikhail membibitkan persahabatan hingga menjalinkan percintaan. Eriqa bertemu Dani secara kebetulan namun tidak seperti dulu. Dani ingin mencuri hati Eriqa semula namun terlewat bila Eriqa memilih Mikhail. Dani tidak mampu untuk menerima kehilangan Eriqa.























Tuesday, September 20, 2022

Ilham Sajak Botol Berisi Surat Cinta di Tengah Lautan






 

Assalamuaalaikum. Alhamdulilah sebuah antologi saya bersama GAPENA sempena Dialog Utara ke-16 dengan tema alam sekitar. Kali ini tajuk puisi yang agak panjang dengan menggunakan elemen alam sekitar, alam semula jadi seperti  laut, pantai, camar, mentari, malam, siang dan sebuah bitol berisi kisah-kisah cinta. Sejujurnya saya suka puisi yang saya tulis kali ini.

         Sebenarnya puisi ini ilham daripada sebuah filem adaptadi novel Nicholas    Sparks yang bertajuk  Message in a bottle. Sebuah filem yang berkisarkan Theresa menemui sebuah botol di pasir pantai berisi surat dan dia temui lagi. Surat-surat itu ditulis seorang lelaki yang kematian isteri dan amat merindui isterinya. Theresa membuat liputan kisah-kisah surat cinta yang ditemui di dalam akhbar dan pada masa yang sama Theresa menjejaki lelaki yang mengirim  surat-surat di dalam botol. Pengakhirannya sangat menyedihkan. Kerinduan tidak mampu diungkapkan lalu menulis dan masukkan ke dalam botol lalu kirimkan ke lautan yang luas.

 


 

Sunday, August 14, 2022

7 Nasihat dalam Antologi Cerpen Kanak-Kanak: Bahagia di Perpustakaan Rumahku

Assalamualaikum
Dah lama tak menjengah blog yang hampir setahun saya tidak menulis apa-apa. Blog popular lebih kurang 10 tahun yang lalu lebih kurang sama dengan Facebook sebelum munculnya Tik Tok. Dulu blog digunakan sebagai medan perniagaan, promosi, juala juga ada yang menulis sebagai review produk. Ada yang buat pendapatan melalui blog.

Untuk kembali merancakkan blog saya yang berhabuk katanya, saya nak kongsikan karya-karya saya yang saya aktif sejak tahun 2000. KIra dah 20 tahun saya berada dalam dunia penulisan.

Buku antologi Cerpen Kanak-kanak diterbitkan pada tahun 2021 oleh SYFE Management. Tajuk cerpen saya yang dimuatkan dalam antologi ini adalah 7 Nasihat. Bukan saja tertarik dengan tajuk lagu Siti Nurhaliza tapi orang yang mendekatkan saya dengan dunia buku ialah ayah saya yang sentiasa mengingatkan saya ambil nasihat yang ada dalam buku cerita yang saya baca sewaktu zaman kanak-kanak. Saya dimewahkan dengan buku oleh ayah saya tetapi tidak sesekali permainan dan patung. Dalam antologi ini saya memuatkan 7 ciri nasihat seperti dalam lagu dendangan Siti Nurhaliza dan saya terjemahkan dalam bentuk karya kreatif.

Kenapa saya pilih tajuk 7 Nasihat? Sebab 7 adalah angka kegemaran yang saya suka dan saya suka nombor ganjil. Sebaiknya dalam karya-karya kreatif penulis tampilkan nilai-nilai murni untuk para pembaca. Penulis berperanan menyampaikan sesuatu yang baik untuk para pembaca terutamanya kanak-kanak yang mula berjinak dengan buku.







Friday, August 6, 2021

Wisata Terbang Inspirasi: Himpunan 50 Jurnal Pengembara.

 Assalamualaikum

Sebenarnya saya rasa bersyukur dan lega apabila antologi yang banyak kali tertunda dan ditunda akhirya menjadi sebuah buku yang diimpikan sejak tahun 2016. Ini bermakna 5 tahun perjalanannya. Pertama kali menjadi Penyelenggara untuk buku bertemakan pengembara, bukan mudah. Sejujurmya rasa bersemangat dan bila ada penulis tarik diri, mula tak cukup penulis terus rasa down. Sehinggalah saya melupakan terus projek ini. Dalam hati rasa bersalah dengan penerbit dan beberapa orang penulis yang mengharapkan projek buku ini menjadi. Saya cuba melupakan namun sukar sebab asyik teringat dan dah berjanji yang projek ini akan berjaya. 

Pada bulan Ogos ke September tahun 2019, seorang penulis projek ini menghubungi saya dan bertanyakan status dan perkembangan projek ini. Saya beritahu projek tersebut tak jadi. Penulis tersebut berasa sedih dan saya pula rasa bersalah. Beliau minta saya hidupkan kembali projek tersebut. Dia beritahu akan bantu saya mencukupkan 50 karya agar menjadi sebuah buku. Saya berusaha mencari semula karya-karya penulis yang sudah hantar sebelum ini sebelum maklumat, karya dan semuanya dalam laptop lama saya yang rosak. Saya berusaha berbulan-bulan mencari semula dalam emel. Kumpulkan dan menyemak semula. Saya hubungi beberap penulis lain untuk melengkapkan 50 karya Kembara ini. Minta maaf boss Rozlan, saya pada awalnya tak beritahu untuk gerakkan projek ini. Bila cukup 50 karya, baru  saya hubungi Boss Rozlan untuk menghidupkan semula projek ini. Saya risau juga jika  boss Rozlan menolak. Alhamdulilah boss Rozlan menerimanya.

Dismeber 2019 saya menunaikan umrah, saya berdoa di hadapan kaabah, doa utama saya agar projek 50 Kembara ini berjaya menjadi walau macam mana pun halangan sebab saya baru bertatih menjadi Penyelenggara dengan bimbingan Boss Rozlan dan Boss Nasser. Ketika itu pun saya masih segan dan malu nak bertanya lebih lanjut tapi lama-kelaman saya belajar dan banyak merujuk kepada mereka.

Bila masuk bulan Mac 2020, projek 50 Kembara ini terhenti seketika sebab ramai penulis mengharapkan projek ini menjadi.  Saya berdepan juga dengan karenah penulis yang tidak berhenti bertanya. Alhamdulilah mereka memahami tapi bila PKP berterusan bermulalah halangan dan macam-macam masalah tapi saya percaya projek ini akan menjadi sebuah buku juga walaupun mengambil masa yang panjang. Saya pun pertama kali belajar jadi penyelenggara. Bukan mudah. Bila saya  berdepan dengan tugas-tugas Penyelenggara, baru saya faham bagaimana peranan Penyelenggara.

Akhirnya jadi juga sebuah buku. Saya percaya buku Wisata Tewrbang Tinggi pasti memberi inspirasi kepada para pembaca pada musim pandemik. Ramai yang tidak dapat mengembara, buku ini pasti membawa anda mengembara ke banyak tempat di luar negara.








Gunting: Lipatan 50 Kisah Pengkhianatan

 Assalamualaikum

Dah lama tak menulis di blog. Makan bulan juga tak menjengah blog. Kata Blogger, blog dah berhabuk. Tak apa, kali ini saya nak kongsikan buku antologi yang diterbit pada awal tahun 2021. Saya lupa nak kongsikan di blog. Buku Gunting: Lipatan 50 Kisah Pengkhianatan.

Saya hantar 2 karya untu buku Gunting yang bertajuk Cinta Khianat dan Sahabat Gunting. Sejujurnya 2 kisah yang saya tulis adalah kisah benar yang berlaku di sekitar saya. 

Buku terbitan Metromedia Solution ini mendapat perhatian lantaran ramai pembaca yang sakit hati membaca kisah-kisah khianat dari 50 karya yang berbeza. Saya baca pun sendiri sakit hati.











Friday, January 15, 2021

Sick For Toys

Sick For Toys
2018
Astro Boo

Lelaki adalah barang permainan bagi Emilia. Jika lelaki itu tidak menurut kehendak, menyakiti dan mengecewakan, lelaki itu dianggap sudah rosak dan patut dibunuh. Jika diperlukan lelaki itu boleh diperbaiki. 
Jason rakan Roy didapati hilang secara tiba-tiba. Roy bercadang untuk menyiasat di apartmentnya dan menemui nombor telefon Emilia. Ini membawa kepada Roy bertemu Emilia. Emilia dilihat seperti wanita manja dan cantik lalu mempelawa Roy ke rumahnya untuk berkenalan dan berkenalan dengan abangnya bernama Edward yang kelihatan serius dan sinis. Watak Emilia ni bagi saya Autisme atau terencat akal. Emilia dan abangnya Edward pernah jadi mangsa pedofilia ketika dijaga oleh pakciknya.

Adopt a Highway

Adopt a Highway

2019

Fox Movies


Ethan Hawke antara pelakon
hebat
dan gred A. Bad boy dan jambu masa muda. Lakonan beliau tak pernah mengecewakan namun filem kali ini mengundang sebak. Bekas banduan yang terpisah dari dunia luar selama 20 tahun atas kesalahan berat sebelah. Dia berasa janggal setelah keluar dari penjara.
Dia bekerja di restoran dan tidak tahu menggunakan komputer tapi dia belajar dan tak pernah merungut. Dia cuba belajar dari persekitaran dan dia sedar banyak benda dia ketinggalan. Dia jumpa bayi yang dibuang dalam tong sampah. Sedikit sebanyak dia belajar menjadi seorang ayah namun dia terpaksa berpisah dengan bayi yang diberi nama Ella. Dia buat keputusan pulang ke kampung halaman. Dalam bas dia berkenalan dengan seorang wanita namun berpisah begitu saja.
Babak sedih sewaktu Russel melawat kubur mak ayahnya. Kemudian dia ke bank untuk mengambil sesuatu yang diamanahkan oleh ayahnya.

Lebih sedih surat ayah kepada Russel. Seorang ayah, dia tahu anaknya tidak bersalah. Sebelum mak ayah meninggal dunia, keperluan dan peluang kedua Russell sudah disediakan untuk bina hidup baru.
Ethan bawa watak Russell ni sangat tenang namun penuh emosi sehingga penonton boleh rasa sedih dan terbawa-bawa emosi yang diriakkan oleh Russell

Thursday, January 14, 2021

Hereditary

Hereditary

2018

Astro Boo

Dikatakan filem paling seram tapi tak seram pun tapi jalan cerita menarik. Hereditary mengisahkan tentang sekeluarga yang tinggal dalam sebuah rumah yang jauh di tengah hutan.  Annie  lakonan Toni Collette baru sahaja kehilangan ibunya. Annie dengan ibunya tidak begitu baik. Beliau sendiri pernah bertengkar dengan ibunya kerana ibunya hendak menyusukan anak perempuan Annie, Charlie  lakonan Milly Shapiro.

Permulaan filem ini sebenarnya perlahan.  Annie yang kehilangan ibunya. Meskipun, beliau tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya dia  alami kemurungan sehingga menyertai  support group untuk menghilangkan rasa sedih dan bersalah beliau.

Hubungan Annie dengan Peter lakonan Alex Wolff, anak lelakinya juga tidak baik. Kematian tragis Charlie memberi kesan kepada keluarga Annie dan Steve. Hubungan Annie dan anak lelakinya, Peter dingin kerana kecuaian Peter punca kematian Charlie.

Pertemuan Annie dengan Joan mengubah segalanya bila Joan menyarankan Annie buat upacara ritual jika mahukan kehadiran Charlie. Annie pada awalnya tidak mahu lakukan tetapi dia buat upacara itu tetapi selepas itu mereka sekeluarga alami gangguan terutama Peter.

Lakonan Toni Collette dalam filem ini sangat hebat sehingga berjaya menyampaikan lakonan yang cukup emosi dan berkesan dihati aku. Saya paling suka babak Toni dan Peter bertengkar di meja makan menonjolkan emosi yang keluarganya sebenarnya dalam kesedihan. Dia tidak mampu menyalahkan Peterr sahaja malahan lebih emosi bila Peter mengungkit yang dia minta bawa Charlie sekali pada malam itu. Babak Peter diganggu jelas ketakutan sehingga menangis. 

Pengakhirannya juga tidak disangka-sangka oleh penonton.

Saturday, January 9, 2021

Shadow in The Cloud

Shadow in The Cloud

2020


Best filem ini. Pada masa Perang Dunia II, Kapten Maude Garrett menyertai kru pengebom B-17 yang lengkap dengan lelaki dengan pakej rahsia. Terkejut dengan kehadiran seorang wanita dalam penerbangan tentera, kru penerbangan menguji setiap pergerakan Maude. Pada awal pembukaan filem ini bosan sedikit sebab Kapten Maude Garret asyik bertikam mulut dengan krew. Krew penerbangan menguji dan seperti tidak puas hati bila seorang wanita menumpang pesawat tersebut dan merendah-rendahkan Maude. Maude menumpang pesawat tersebut untuk menghantar misi rahsia dengan membawa satu beg berisi dokumen rahsia.
Maude terganggu dengan kemunculan makhluk misteri dan serangan pesawat tentera yang lain. Maude cuak dan bimbang bila makhluk tersebut cuba mengambil beg berisi dokumen rahsia.. apa yang ada dalam beg tersebut? Adalah beberapa babak yang tak logik 
😁😅
 Babak yang Maude lawan makhluk tu best, kuasa wanita!