Saturday, November 20, 2010

Bumi Cinta





Salam, 
Aku sempat mengkhatam sebuah novel karya sasterawan Nusantara, Habiburahman El Shirazy. Selepas membaca tiga novel tulisannya, aku sentiasa mendamba novel - novel terbaru beliau. yang terbaru, aku baru menghabisi sebuah novel yang aku rasa memang hebat dan menakjubkan iaitu BUMI CINTA. 
Mengisahkan Ayyas yang datang ke Moskow untuk menyiapkan tesis untuk kajian sarjananya mengenai Sejarah  di Moskow. Di Moskow beliau dibantu oleh rakan lamanya Devid yang hidup bergelumang dengan perempuan dan arak. Ayyas terpaksa berkongsi apartment bersama dengan dua gadis yang berbeza agama iaitu Linor seorang gadis berbangsa Yahudi dan Yelena yang tidak percayakan agama dan seorang murtad kerana pernah keluar dari agama Islam. Ayyas turut berkenalan dengan seorang wanita hebat bernama Anatasia yang cantik, anggun, bijak dan memiliki gelaran kerana memiliki Ph.D dalam usia yang muda. Anastasia sentiasa membantu Ayyas dalam melaksanakan sarjananya dan dalam diam - dia mempunyai perasaan terhadap Ayyas dan pelawaannya mengajak Ayyas makan malam selalu ditolak ini kefrana Anatasia yang beragama katolik selalu meremehkan dan memandang rendah terhadap agama Islam.
Manakala Linor seorang pemain biola sebenarnya perisik Mosad yang amat bencikan Ayyas dan sentiasa mahu menggoda Ayyas dan Yelena pula seorang pelacur kelas atasan yang lemah lembut dan sentiasa membantu Ayyas
Dalam novel ini banyak mengupas kisah - kisah Rusia, kisah rakyat Palestin dan novel ini penuh sarat dengan informatif bagi mereka yang amat mencintai sejarah Dunia. Ayyas menghadapi banyak dugaan dan segalanya ditempuhi dengan kesabaran dan yang paling hebat adalah Ayyas dituduh sebagai pengebom. Malahan Ayyas seorang yang bijak dan petah berkata - kata dalam mempertahankan agama Islamnya sewaktu dipilih sebagai ahli panel di sebuah seminar.
Ayyas betemu dengan Sofia, gadis misteri yang mahu hidup bersama dengannya dan pengakhiran novel ini amat menyayat hati dan penuh tragis

No comments: