Thursday, January 14, 2021

Hereditary

Hereditary

2018

Astro Boo

Dikatakan filem paling seram tapi tak seram pun tapi jalan cerita menarik. Hereditary mengisahkan tentang sekeluarga yang tinggal dalam sebuah rumah yang jauh di tengah hutan.  Annie  lakonan Toni Collette baru sahaja kehilangan ibunya. Annie dengan ibunya tidak begitu baik. Beliau sendiri pernah bertengkar dengan ibunya kerana ibunya hendak menyusukan anak perempuan Annie, Charlie  lakonan Milly Shapiro.

Permulaan filem ini sebenarnya perlahan.  Annie yang kehilangan ibunya. Meskipun, beliau tidak mempunyai hubungan baik dengan ibunya dia  alami kemurungan sehingga menyertai  support group untuk menghilangkan rasa sedih dan bersalah beliau.

Hubungan Annie dengan Peter lakonan Alex Wolff, anak lelakinya juga tidak baik. Kematian tragis Charlie memberi kesan kepada keluarga Annie dan Steve. Hubungan Annie dan anak lelakinya, Peter dingin kerana kecuaian Peter punca kematian Charlie.

Pertemuan Annie dengan Joan mengubah segalanya bila Joan menyarankan Annie buat upacara ritual jika mahukan kehadiran Charlie. Annie pada awalnya tidak mahu lakukan tetapi dia buat upacara itu tetapi selepas itu mereka sekeluarga alami gangguan terutama Peter.

Lakonan Toni Collette dalam filem ini sangat hebat sehingga berjaya menyampaikan lakonan yang cukup emosi dan berkesan dihati aku. Saya paling suka babak Toni dan Peter bertengkar di meja makan menonjolkan emosi yang keluarganya sebenarnya dalam kesedihan. Dia tidak mampu menyalahkan Peterr sahaja malahan lebih emosi bila Peter mengungkit yang dia minta bawa Charlie sekali pada malam itu. Babak Peter diganggu jelas ketakutan sehingga menangis. 

Pengakhirannya juga tidak disangka-sangka oleh penonton.